8 Jenis Individu Yang Gemar Kongsi Maklumat Di Media Sosial

8 Jenis Individu Yang Gemar Kongsi Maklumat Di Media Sosial. Bukan sekadar untuk berhubung, media sosial kini lebih kerap digunakan untuk berkongsi maklumat. Kata orang sharing is caring. Mungkin sebab sifat caring yang mendalam, maka ada segelintir yang kadang kala terlebih kongsi maklumat.

8 Jenis Individu Yang Gemar Kongsi Maklumat Di Media Sosial

Contohnya seperti di Facebook, ada pelbagai jenis status yang dimuat naik. Ada yang baik, bermotivasi dan positif namun tidak kurang juga yang sekadar menyebarkan fitnah, gosip dan juga yang menyakitkan mata dan meloyakan tekak.

Terbaca satu artikel, katanya ada 8 Jenis Individu Yang Gemar Kongsi Maklumat Di Media Sosial. Antaranya individu yang suka kongsi gambar yang mengerikan atau mengganggu sensitiviti orang lain. Gambar yang akan buat orang tak tidur malam. Kalau pejam mata je mesti terbayang. Contohnya gambar kemalangan, mayat tanpa kepala atau dipenuhi darah. Mungkin untuk sesetengah orang, gambar sebegitu tak memberi kesan tetapi untuk sesetengah orang yang lain, gambar sebegitu boleh buat mereka mengigau sampai demam panas berhari-hari.

Ada juga individu yang suka menayang kekayaan di laman sosial. Setiap kali muat naik status mesti berkaitan pulangan lumayan yang diterima. Siap disertakan gambar berkepuk-kepuk wang kertas sebagai bukti. Selalunya individu jenis ini nak tunjuk kepada dunia yang dia hidup mewah dan juga sebab hendak mengajak orang ramai untuk menyertai skim cepat kaya yang disertainya.

Selain ini menurut artikel The 8 Types Of People Who Share Too Much Information On Social Media, ada beberapa jenis lagi individu yang gemar kongsi maklumat di media sosial. Rasanya individu jenis yang kelima dan keenam tu memang kerap kita jumpa di laman sosial. Betul tak?

(Visited 3,386 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

3 thoughts on “8 Jenis Individu Yang Gemar Kongsi Maklumat Di Media Sosial

  1. salam..

    kalau yaya,jnis lebh suka share info..
    dan 2nd-psl pe yg sedang dilakukan..mksd, kalau tgh pergi satu tmpt,dan nmpk menarik,pe lagi,amik hp,snap 1-2 dan post..just share pic je..hehe

Comments are closed.