Friday , 27 April 2018
Home » Sharing » 10 Perkara Kesukaan Ramai Ketika Raya

10 Perkara Kesukaan Ramai Ketika Raya

10 Perkara Kesukaan Ramai Ketika Raya. Ramai yang akan kembali bekerja dan bersekolah esok. Cuti raya dah habis. Tapi kenangan menyambut raya bersama keluarga, sahabat handai dan insan tersayang pasti tidak dapat dilupakan. Sejak malam raya lagi, instagram dan facebook meriah dengan perkongsian gambar-gambar raya. Gambar bersama keluarga di pagi raya dan gambar pelbagai hidangan di atas meja yang sangat menyelerakan menjadi antara pilihan perkongsian gambar pengguna laman sosial.

10 Perkara Kesukaan Ramai Ketika Raya

Bercakap tentang raya, pasti ada beberapa perkara yang menjadi kesukaan anda setiap kali menjelang raya..betul tak? Antaranya dapat bercuti panjang dan meluangkan masa bersama keluarga di kampung. Selain dapat berkumpul ramai-ramai menyediakan persiapan raya, dapat juga merapatkan silaturrahim sesama sanak saudara dari dekat mahupun jauh.

Kalau ditanya pada kanak-kanak, perkara apa yang menjadi kesukaan mereka ketika menjelang raya…jawapan yang diberikan pastinya duit raya dan bermain bunga api. Meriahnya ketika zaman kanak-kanak kan.

Anda pun pasti ada kesukaan tersendiri setiap kali menjelang raya. Adakah kesukaan anda sama dengan apa yang tersenarai di 10 Perkara Yang Kita Suka Setiap Kali Raya. Anda pasti bersetuju dengan yang tersenarai di nombor 6. Betul kan!

(Visited 578 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...