Friday , 15 December 2017
Home » Resipi » Resipi Semperit Coklat

Resipi Semperit Coklat

Resipi Semperit Coklat | Biskut semperit adalah antara biskut tradisional yang kekal popular sehingga ke hari ini. Semperit sering menjadi antara kuih raya yang menjadi kegemaran ramai.

Namun sesuai dengan peredaran zaman, semperit telah mula divariasikan resipinya mengikut citarasa si pembuat biskut.

Untuk resipi pilihan hari ini, nak kongsikan dengan anda salah satu variasi kuih semperit yang pasti digemari kanak-kanak. Resipi semperit coklat yang menggunakan serbuk koko.

Resipi Semperit Coklat

Resipi Semperit Coklat

Bahan-Bahan
500g tepung jagung
150g tepung gandum
4 biji kuning telur
350g mentega
250g gula kastor (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
50g gula aising
25g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
coklat urai (chocolate rice)

Cara Membuat Biskut Semperit Coklat
1) Putar gula dan mentega sehingga gebu. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil terus memutar.
2) Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko. Tambahkan juga esen vanilla. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3) Masukkan doh ke dalam acuan semperit. Tekan di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Hiaskan dengan sedikit coklat urai.
4) Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celsius. Siap.

(Visited 11,004 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

5 comments

  1. macam sedap je semperit coklat ni. selalu makan semperit putih je. hihi

  2. Wah..ada juga yer semperit coklat. Terima Kasih atas perkongsian..boleh cuba ni!!