Monday , 26 June 2017
Home » Resipi » Resipi Biskut Mentega Kacang

Resipi Biskut Mentega Kacang

Resipi Biskut Mentega Kacang Yang Mudah Dibuat. Biskut mentega kacang memang digemari ramai kerana rasanya yang agak berlemak dan rangup. Nak membuatnya pun mudah. Tidak memerlukan banyak bahan dan cara membuatnya pun tidak rumit.

Resipi Biskut Mentega Kacang

Bahan-bahan utama selain tepung gandum dan gula, pastinya kena ada mentega kacang. Kalau nak buat biskut yang jenis cair dalam mulut, kenalah gunakan mentega kacang yang jenis halus. Tetapi kalau anda nak biskut yang ‘crunchy’ lebih sesuai anda pilih mentega kacang yang jenis kasar.

Bahan-Bahan:
1 cawan mentega
1 cawan mentega kacang
1 cawan gula kastor (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat Biskut Mentega Kacang
1) Putarkan mentega dan mentega kacang bersama gula kastor dan gula perang. Bila dah sebati, masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar.
2) Di dalam bekas yang berasingan satukan kesemua bahan-bahan yang lain. Kemudian tambahkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran mentega, gula dan telur.
3) Doh yang telah siap diadun, perlu di simpan ke dalam peti sejuk lebih kurang sejam.
4) Bulatkan doh berbentuk bebola kecil dan susunkan di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Basahkan garfu dengan air suam, dan tekankan ke atas bebola kecil.
5) Bakar selama 10 minit dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan ke 180 darjah celsius ataupun sehingga biskut telah berwarna kuning keemasan.

Selain boleh dibuat untuk dijadikan biskut raya untuk Aidilfitri yang bakal menjelma, resipi biskut mentega kacang ini juga sesuai dibuat untuk minum petang.

sumber: All recipies

(Visited 7,572 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

5 comments

  1. Boleh bookmark dah ni..untuk buat raya nanti..:)

  2. Hi Puteri Kasih…. rasa macam dekat nak raya dah bila tengok biskut ni!

  3. Wah, mudahnya bahan-bahan. Cara buat pun senang je. Tak sabarnya nak try ! Harap2 menjadik dan sedap. Sebab memang suka makan peanut butter. Hehe. Thanks puteri. 😀

  4. assalam cik puteri ^_^
    sihat..?
    wahh nak pose ni da mula start kua kan entri buat kuih? ^,^

  5. Nampak senang sangat … tapi still tak pandai-pandai nak buat huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *