Sunday , 24 September 2017
Home » berita » Gempa Bumi Landa Ranau Sabah

Gempa Bumi Landa Ranau Sabah

Gambar Gempa Bumi Landa Ranau Sabah. Gempa bumi dengan kekuatan hampir 6.0 pada skala Richter telah berlaku di Ranau, Sabah. Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di  Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

Gempa Bumi Landa Ranau Sabah

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman-laman berita terdapat beberapa premis perniagaan, bank dan pejabat kerajaan yang mengalami keretakan pada dinding. Malah ada juga cermin pintu yang pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.

Penduduk yang tinggal di apartmen dan kakitangan awam dan swasta yang bekerja di bangunan tinggi telah mendapat arahan untuk mengosongkan setiap premis dengan serta merta.

Ranau antara tempat yang paling teruk terjejas kerana kedudukannya yang paling hampir dengan pusat gempa. Malah telah berlaku gegaran susulan di Ranau jam 9.47 pagi tadi namun menurut laporan ia tidak sekuat gempa bumi pertama.

BH Online turut melaporkan bahawa terdapat lebih dari 100 orang antaranya pendaki dan pemandu pelancong yang terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu akibat dari gempa bumi tersebut.

Gambar Gempa Bumi Landa Ranau Sabah

Menurut Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamili Nais, anggaran antara 105 hingga 109 orang masih terperangkap dengan empat daripadanya mengalami kecederaan.

Ketika artikel ini ditulis pasukan penyelamat sedang berusaha membawa turun kesemua mangsa terutamanya mangsa yang mengalami kecederaan. Mangsa-mangsa yang terperangkap juga masih menunggu bantuan dari pasukan penyelamat. Namun setakat ini tiada laporan berkenaan kehilangan nyawa.

Aktiviti pendakian Gunung Kinabalu dihentikan buat sementara waktu.

sumber: BH Online

(Visited 1,077 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. salam cik puteri..

    MasyaAllah..moga mereka yg mgalami kt sana selamat semuanya..
    kita kat semenanjung ni pun bersiap sedia je la..sgla kmgkinan boleh blaku..
    tapi minta djauhkan la..dri prkra musibh ni blaku .. =(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *