Saturday , 21 October 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin

Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin

Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin | Memang syok kalau tidur menghadap kipas angin. Pasti ramai yang gemar tidur sebegini terutamanya ketika musim panas. Namun tanpa kita sedar, perbuatan itu sebenarnya membahayakan diri kita sendiri.

Aliran angin dari kipas angin yang sedang berputar laju boleh menyebabkan kita menghadapi kesukaran bernafas. Tak percaya? Cuba buka tingkap bila kereta sedang bergerak laju. Terasa pernafasan kurang lancarkan bila anginĀ bertiup ke arah muka. Begitu jugalah halnya bila kipas angin diarahkan ke muka. Akibat aliran angin yang kencang, maka sukar untuk kita menghirup oksigen dan menyebabkan kita sukar untuk bernafas seperti biasa.

Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin

Lebih memburukkan keadaan jika kita memasang kipas angin mengarah ke wajah kita dengan pintu bilik dan tingkap yang tertutup rapat. Selain lebih sukar untuk bernafas, suhu badan kita juga akan turun dengan cepat. Secara lazimnya bila kita sedang tidur, suhu badan kita akan menurun dengan perlahan-lahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya Tidur Malam Dengan Lampu Menyala

 

Tetapi bila kita tidur menghadap kipas angin selain suhu badan akan turun, nafas dan denyutan jantung pun akan menjadi lambat. Dan selain itu tekanan darah juga akan menurun. Ia tidak ubah seperti kita berendam dalam air sejuk untuk tempoh yang lama. Keadaan sebegini boleh menyebabkan pernafasan kita menjadi lemah dan jantung tidak dapat berfungsi dengan betul dan ini boleh mengakibatkan kematian.

Jadi memang bahaya kalau kita tidur dengan bilik dan tingkap yang tertutup rapat sambil menghadap ke kipas angin. Lebih-lebih lagi jika kipas angin dengan kelajuan maksimum diarahkan ke wajah kita.

 

(Visited 7,553 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

6 comments

  1. kalau macam tu..pakai aircond sahaha…lebih mudah

  2. Terima kasih atas perkongsian šŸ™‚

  3. betul sekali bahkan bisa terjadi peru-paru basah

  4. info yang menarik. Saya pernah dengar tentang ini tapi tak tahu kesannya teruk.
    Lepas nie kena pasang aircond nampaknya….

  5. memang syok tdow depan kipas ni

  6. Thanks info.. betul tau tak elok mengadap ke kipas, tapi xtau pulak kesannya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *