Saturday , 25 November 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Amalkan Lima Tips Ini Untuk Kuruskan Badan

Amalkan Lima Tips Ini Untuk Kuruskan Badan

Amalkan Lima Tips Ini Untuk Kuruskan Badan | Ramai yang mengadu sukar untuk turunkan berat badan biarpun telah berusaha untuk berdiet. Bersenam sampai nak pengsan tetapi mereka masih tak dapat berat badan yang diidamkan.

Untuk menurunkan berat badan memang kena kawal pemakanan dan perlu rajin bersenam namun kalau cara berdiet yang diamalkan itu salah, memang sukar la nak turunkan berat badan.

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Kuruskan Badan

Jika ada antara anda yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan tetapi menghadapi kesukaran, apa kata anda cuba Amalkan Lima Tips Ini Untuk Kuruskan Badan.

1) Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari – amalan meminum air dengan kuantiti yang lebih dari biasa boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Setiap kali sebelum mengambil makanan yang berat, amalkan minum segelas air terlebih dahulu supaya anda akan cepat kenyang dan tidak akan makan dalam kuantiti yang banyak.

2) Kerap Minum Air Limau – minuman yang masam seperti air limau, lemon dan oren dapat menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Seeloknya minum segelas air limau (kurangkan gula) setiap kali selepas anda makan makanan yang berlemak atau berminyak.

3) Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat) – minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis tetapi juga mengakibatkan peningkatan berat badan.

4) Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian – jika ingin menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan karbohidrat dan gula. Sebaliknya lebihkan pengambilan protein. Silap orang yang berdiet selalunya adalah menahan lapar. Bila dah tak tahan lapar, semua jenis makanan yang ada di depan mata, akan dimakan tanpa memikirkan soal kalori lagi.

5) Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan – bila nak kurangkan berat badan, kena lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya sayur hijau, oren dan kuning. Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Mudah-mudahan 5 amalan pemakanan yang sihat yang dikongsikan di atas ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Apa yang penting ialah anda perlu konsisten mengamalkannya.

(Visited 4,826 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

15 comments

  1. Baguih dan mudah diamalkan tip ni

  2. good tips. jom sama-sama kurus

  3. salam..

    yup.InsyaAllah..akn cuba! huuuu
    tq share ^,^

  4. Mmg syok kalau kurus dan slim nie. heee

  5. minum air putih sangatlah bagus buat tubuh

  6. benda yang paling penting sekali dalam nak diet adalah , makan dengan monitor kalori. ramai yang diet tak makan. padahal maksud diet tu sendiri adalah makan ikut keperluan.

  7. Semua tips tu memang bagus, kiter jer yang nak ke tak amalkan, kan?

  8. Tips mudah dan boleh diamalkan oleh semua orang 🙂

  9. tips yang mudah diamalkan tapi ramai yang tak boleh buat terutamanya minum air masak 8 gelas sehari…ramai lebih suka minum air manis ataupun air gas… 🙂

  10. huhuhu diet…nak diet..tq kongsi tip puteri lama dah tak jengah puteri 🙂

  11. wahhh..bestlah tips ni, mudah dan senang nak ikut. cumanya masalah utama..nak kuruskan badan, tapi makan tak henti2..hehehee

  12. baru saya tahu nak kurus kena ambil banyak protein.
    Ramai yang tak nak ambik protein sebab takut gemuk.

  13. Bagus info ne, sememangnya nak kurus kene follow tips diatas, pemakanan of course kene jaga & kene berjaga2 n konsisten dlm menjaga pemakanan

  14. Mudah-mudahan tips ni boleh membantu sy utk kempiskan perut..:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *