Friday , 18 August 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Kesan Buruk Masalah Peranakan Jatuh

Kesan Buruk Masalah Peranakan Jatuh

Kesan Buruk Masalah Peranakan Jatuh | Masalah rahim jatuh menjadi antara masalah yang paling ditakuti kaum wanita. Golongan yang berisiko tinggi berdepan dengan masalah peranakan jatuh adalah wanita yang sudah melahirkan anak yang bersaiz besar atau melahirkan anak menggunakan forceps ataupun vacuum. Namun, adakalanya wanita yang belum mempunyai anak pun boleh mengalaminya

Terdapat tiga peringkat kepada masalah peranakan jatuh dimana ia bergantung kepada kedudukan rahim seseorang wanita itu. Peringkat yang pertama ialah apabila rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj. Peringkat kedua pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj. Manakala peringkat ketiga  apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

Kesan Buruk Masalah Peranakan Jatuh

Terdapat beberapa kesan buruk yang dialami oleh seseorang wanita apabila berdepan dengan masalah peranakan jatuh:

Gangguan kencing

Kebanyakkan wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse akan berdepan dengan masalah sukar untuk membuang air kecil ataupun terlalu kerap kencing. Malah wanita tersebut juga akan berdepan dengan masalah sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang memberi tekanan ke bahagian perut, contohnya ketawa.

Gangguan hubungan kelamin

Apabila peranakan jatuh, akan berlaku kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj. Ini akan mengakibatkan kenikmakan melakukan hubungan intim menjadi terganggu.

Sakit pinggang dan tidak selesa

Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seseorang wanita kerap merasa seperti ada sesuatu terkeluar dari farajnya.  Keadaan ini akan membuatkan seseorang wanita itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi selepas berjalan atau berdiri untuk tempoh yang lama. Peranakan yang jatuh akan turut menarik otot-otot disekitarnya, malah urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik dan mengakibatkan masalah sakit pinggang yang agak menyakitkan.

Gangguan kesihatan

Sekiranya masalah peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu  berada pada peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim telah terkeluar, akan menyebabkan pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam dan boleh menyebabkan luka. Luka sebegini akan mudah dijangkiti kuman dan boleh mengakibatkan masalah keputihan atau pengeluaran lendir yang agak banyak dan membimbangkan.

Wanita harus tahu bahawa proses kehamilan dan kelahiran memang akan melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan, lebih-lebih lagi tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini tidak dapat dielakan tetapi wanita yang telah melahirkan anak perlu tahu betapa pentingnya untuk mengamalkan latihan menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala sewaktu hamil dan selepas kelahiran penting untuk mencegah masalah peranakan jatuh atau rahim terkeluar.

sumber: mingguan wanita

(Visited 4,623 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

4 comments

  1. Ngeri kalau kena..pernah kena masa lepas bersalin kat maisara..pergi berurut,berubat Alhamdulillah dah ok sekarang..

  2. thanks share cik puteri..
    penting utk pgtaahuan ni…

  3. memang bahaya untuk kesihatan, sebab tu time berpantang kena jaga elok2

  4. perawan zaman sekarang sembarang saja menjaga tubuh,tak peduli sehat atau tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *