Thursday , 23 November 2017
Home » berita » Jasad Jamaluddin Jarjis Dikenal Pasti

Jasad Jamaluddin Jarjis Dikenal Pasti

Jasad Jamaluddin Jarjis Dikenal Pasti | Jasad Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias yang menjadi antara mangsa nahas helikopter di Semenyih semalam telah dikenal pasti.

Jasad Jamaluddin Jarjis Dikenal Pasti

Menerusi laman twitter, Pejabat Akhbar Perdana Menteri memakluman bahawa jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk urusan pengebumian pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Terhempas Di Semenyih

Semalam, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat lagi mangsa nahas helikopter sedang dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB). Helikopter tersebut terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Empat mangsa lain dalam helikopter tersebut adalah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, Razakan B Seran yang  merupakan pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin, dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Kesemua mayat mangsa yang ditemui telah dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu. Mayat kemudian telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih.

sumber: Bernama

 

(Visited 2,070 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

4 comments

  1. Innalillahiwainnalillahirrajiun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman

  2. takziah buat semua keluarga mangsa..

  3. innalillah. takziah kpd keluarga mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *