Thursday , 23 November 2017
Home » berita » Helikopter Terhempas Di Semenyih

Helikopter Terhempas Di Semenyih

Helikopter Terhempas Di Semenyih | Sebuah helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya terhempas petang tadi di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.

Helikopter Terhempas Di Semenyih

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 petang tadi.

Antara maklumat awal yang diterima adalah helikopter tersebut terhempas dan terbakar pada pukul 4.55 petang. Buat masa ini pihak bomba belum lagi mengenal pasti jenis helikopter yang terhempas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasad Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis Dikenalpasti

Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah diarah ke lokasi kejadian.

Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui.  Pengarah Bomba Selangor memaklumkan bahawa proses mengeluarkan kesemua mayat mangsa mungkin selesai 9.30 malam ini . Unik Forensik Polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas.

Nahas helikopter tersebut mungkin berpunca dari keadaan cuaca kerana kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. Namun punca sebenar nahas tersebut masih dalam siasatan.

Update Terbaru: Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias antara mangsa nahas helikopter.

Sumber: Bernama

 

(Visited 1,488 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

6 comments

  1. as’salam..
    bru juga dgr..
    hujan ptg td..mungkin slh satu punca..hmm

  2. berita yg amat pilu. takziah buat kluarga mangsa

  3. semoga diberi ketabahan.. bagi keluarga yg ditinggalkan

  4. semoga yang dapat musibah bisa tabah dan sabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *