Friday , 22 June 2018
Home » berita » Had Umur Pengeluaran KWSP Kekal Pada 55 Tahun

Had Umur Pengeluaran KWSP Kekal Pada 55 Tahun

Had Umur Pengeluaran KWSP Kekal Pada 55 Tahun | Susulan desakan orang ramai dan menerusi hasil kaji selidik dalam masa dua hari, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima lebih dari 50,000 maklum balas berkaitan perancangan menukar had umur pengeluaran kepada 60 tahun.

Had Umur Pengeluaran KWSP Kekal Pada 55 Tahun

Sebenatar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP boleh mengekalkan hak mereka untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun. KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan akan hanya terpakai kepada caruman baru sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja setelah melepasi umur 55 tahun.

“Ini memberi keseimbangan antara harapan rakyat terhadap hasil titik peluh mereka pada umur 55 tahun sambil memberi perlindungan kepada mereka sekiranya bersara pada usia 60 tahun,” tambahnya lagi.

Dalam hanya dua hari proses perundingan dalam talian yang diwujudkan baru-baru ini, terdapat lebih 50,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dan memberi pandangan mereka. Menjadikan ia sebagai perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan. Kaji selidik itu bermula Selasa lepas dan dijangka berakhir pada 5 Mei 2015.

Memang ramai yang tidak puas hati dan mengkritik bila tersebarnya berita bahawa KWSP bersedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun.

Jadi harapnya dengan pengumuman terbaru ini bahawa had usia pengeluaran KWSP kekal pada usia 55 tahun akan membuatkan orang ramai berasa lega. Apa yang penting itu adalah hasil titik peluh pencarum itu sendiri dan setiap pencarum berhak untuk bersuara. Tetapi pencarum juga harus bijak menguruskan kewangan bila membuat pengeluaran setelah mencapai usia 55 tahun nanti.

Duit sebanyak mana sekalipun, kalau kita tak bijak uruskan dengan baik memang boleh berkurangan atau habis dalam sekelip mata. Jadi perlulah bijak merancang kewangan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa di usia emas.

 

(Visited 272 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

5 comments

  1. ramai yang happy dengan berita ni.macammana duit tu nak di habiskan, terpulanglah pada pemiliknya

  2. lega rasa..kalau tidak kesian la kat orang tua2 tu..

  3. Setuju jika kerajaan kekalkan had umur 55 tahun untuk keluarkan kwsp,,

  4. Alhamdulillah, 55 tahun adalah yang terbaik. Ani pun suka mendengarnya 🙂

  5. 55 atau 60 pun ramai yg akan pencen dgn dana yg tidak mencukupi.