Wednesday , 20 September 2017
Home » Petua Kecantikan » Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata | Kurang tidur antara punca utama seseorang mendapat lingkaran gelap di bawah mata ataupun dikenali sebagai mata panda.

Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Selain itu ada juga beberapa faktor lain yang turut menyebabkan masalah ini antaranya pengambilan minuman berkafein secara berlebihan dan juga kurang vitamin E dan C.

Di bawah ini dikongsikan 6 cara mudah hilangkan lingkaran gelap bawah mata

1. Ambil sedikit kuning telur dan campurkan dengan perahan lemon dan madu. Sapukan di bawah mata. Amalkan setiap malam sebelum tidur dan basuh muka seperti biasa keesokan paginya.

2. Sapukan beberapa titis minyak Zaitun pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Biarkan untuk seketika sebelum mencuci muka dengan air bersih. Amalkan sekali sehari seeloknya sebelum tidur.

3. Campurkan beberapa titis jus perahan air lemon dengan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata. Amalkan dua kali sehari.

4. Simpan uncang teh yang telah digunakan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian letakkan uncang teh yang sedikit sejuk itu ke bahagian mata. Biarkan selama setengah jam. Amalkan sehari sekali.

5. Ambil sebiji kentang dan kupas kulitnya. Basuh kentang tersebut dan potong nipis-nipis. Kemudian lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan secara kerap.

6. Ambil sedikit air sejuk dan sapukan ke bahagian mata setiap pagi selepas bangun tidur. Amalkan sehingga hilang lingkaran gelap bawah mata.

(Visited 58,428 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

19 comments

  1. thank you for the tips 🙂

  2. banyak cara mudah rupanya

  3. Mudah je tip yang diberi ni.. Boleh cuba nnt

  4. Bagus juga petua ni, dari duk beli macam2 pesen make up kat pasaran semata-mata nak tutup kecelaan ni,
    Sesuai untuk si mata panda macam saya yang asyik tak cukup tidur hari2,,,

  5. tengah mencuba untuk hilangkan lebam bawah mata…huhu…thanks dgn petua2. 🙂

  6. Ani suka No. 6, ianya sangat mudah 🙂

  7. Nak amalkan setiap hari tu yg lemah tu T_T

  8. tips terbaik…thanks puteri

  9. malu rasanya apabila ada lingkaran gelap pada mata,,
    nasib baik mudah je nk hilangkan kalau ikut petua admin ni.. tq

  10. terima kasih infonya sangat bagus sekali sukses selalu

  11. kalau ada masalah selalu tidur tidak cukup memang boleh buat bawah mata kelihatan sembab dan gelap

  12. owh macam2 tiap yg dikongsikan….kene tidur awal la jawabnya….

  13. as’salam,,apa khbr cik putri =)

  14. Wowww banyaknya tips..tq2

  15. Salam..

    Info terbaik.
    Uncang teh nie digunakan oleh orang Jepun untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata/ mata panda ataupun eye bag.

    Orang jepun mengunakan uncang teh hijau. Selain itu mereka mengamalkan vitamin c & e serta meminum teh hijau untuk detox.

  16. terima kasih diatas tips ni yee..boleh try

  17. Uncang teh tu guna yg dah terkena gula dlm air ke atau yg belum kna gula??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *