Semua Jenis Buku Tidak Dikenakan GST

Semua Jenis Buku Tidak Dikenakan GST | Bagi menggalakkan minat membaca di kalangan orang ramai, cukai GST tidak akan dikenakan keatas semua jenis buku kecuali buku nota catatan yang kosong.

Semua Jenis Buku Tidak Dikenakan GST

Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015. Memang pada awalnya orang ramai terutamanya ‘ulat buku’ risau jika buku turut akan dikenakan GST.

Namun menurut kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong, keputusan untuk tidak mengenakan cukai GST ke atas semua jenis buku diambil hasil perbincangan dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

ARTIKEL BERKAITAN: Caj Transaksi Perbankan Dalam Talian Akan Dikenakan GST

Buku seperti novel, buku sejarah, buku agama, buku masakan dan sebagainya adalah pada kadar sifar GST. Tetapi buku catatan, iaitu buku yang tidak mempunyai sebarang tulisan akan dikenakan GST kerana dianggap sebagai alat tulis.

Tambah beliau lagi, GST juga tidak akan dikenakan ke atas akhbar digital tetapi buku digital dan semua jenis majalah akan dikenakan GST

Berdasarkan keputusan yang dibuat itu, industri penerbitan yang kini menghadapi pelbagai jenis cabaran, akan terus stabil dan berkembang maju. Memandangkan sekarang ini industri tersebut menghadapi masalah ekoran kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat selain cabaran buku digital.

Jadi selepas perlaksanaan GST nanti, tak ada sesiapa boleh beri alasan kurang membaca sebab GST kerana buku TIDAK dikenakan GST.

sumber: Bernama

 

(Visited 779 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 thoughts on “Semua Jenis Buku Tidak Dikenakan GST

Comments are closed.