Tuesday , 27 June 2017
Home » berita » Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan

Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan

Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan | Puteri yakin ramai penggemar Milo pasti terkejut dengan berita rampasan produk minuman Milo tiruan bernilai RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, pada Jumaat lalu.

Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan

Perkara ini terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) berjaya menyerbu tempat pembungkusan Milo tiruan itu hasil aduan dari orang awam.

Apa yang membimbangkan adalah pek pembungkus Milo tiruan itu sama seperti yang asli, bezanya serbuk Milo tiruan itu dibungkus di rumah jadi kualitinya memang tidak terjamin. Ramai yang risau jika tersalah beli Milo tiruan, silap haribulan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan.

Mujurlah fanpage Milo Malaysia telah berkongsi Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan berbanding Milo tulen yang dibungkus di kilang keluaran Nestle.

Setiap kali korang nak beli Milo, periksa dulu bungkusannya. Bungkusan Milo Tulen dibungkus oleh mesin jadi bahagian atas paket Milo tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas dan sempurna seperti dalam gambar di bawah ini.

cara bezakan Milo tulen dengan Milo Tiruan

Mudah-mudahan dengan cara membezakan Milo Tulen dengan Milo Tiruan ini akan membantu kita agar tidak membeli Milo yang tiruan.

Berhati-hati ya.

 

(Visited 3,326 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

6 comments

  1. milo tiruan pun ada sekarang ni ye..macam2 cara orang buat duit..erm…

  2. as’salam…
    aishh..bhye ni..nth pe rase milo tiruan tu..huhu
    Alhamdulillah..mak kje nestle..jadi beli brg kat kedai yg dsediakan kilang sdri je..jd mmg konpem la xbeli or tbeli yg tiruan..heeeee =D

  3. baru taw wujudnya milo tiruan… nasib baik tak minum milo.. heee

  4. wah gawat kalau beli palsu,takut ada bahan kimianya

  5. macam2 pun ada tiruan,tamak betul

  6. lepas ne beli milo kene alert skt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *