Friday , 15 December 2017
Home » berita » Cara Buat Rayuan Untuk BR1M 2015

Cara Buat Rayuan Untuk BR1M 2015

Cara Buat Rayuan Untuk BR1M 2015 | Permohonan rayuan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dibuka bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2015.

Cara Buat Rayuan Untuk BR1M 2015

Untuk pemohon yang gagal mendapat bantuan tersebut bolehlah membuat rayuan. Namun untuk rayuan BR1M 2015 tidak boleh dilakukan secara online kerana pemohon perlu menyertakan lampiran yang diperlukan untuk menyokong permohonan mereka.

Rayuan perlu dibuat secara manual mengunakan borang rayuan yang boleh dimuat turun secara online di e-BR1M ataupun boleh mendapatkan borang di mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM.

Borang rayuan BR1M 2015 perlu diisi dengan lengkap dan disertakan dengan salinan dokumen yang diperlukan sebelum dihantar ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara.

Malah dengan menggunakan borang yang sama juga, penerima sedia ada juga boleh membuat kemas kini maklumat seperti nombor akaun, maklumat waris dan menukar alamat surat menyurat.

Jadi kepada pemohon yang tidak mendapat bantuan brim tetapi rasa diri anda layak, bolehlah mula membuat rayuan sebelum tarikh tutupnya pada 31 Mac 2015.

 

(Visited 1,599 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. bolehlah dijadikan rujukan buat yang memerlukan.

  2. belum pernah lagi merasa duit BR1M… dan belum pernah lagi memohonnya..