Friday , 15 December 2017
Home » berita » Caj Transaksi Perbankan Dalam Talian Akan Dikenakan GST

Caj Transaksi Perbankan Dalam Talian Akan Dikenakan GST

Caj Transaksi Perbankan Dalam Talian Akan Dikenakan GST | Seperti yang kita semua dah sedia maklum Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST akan mula dilaksanakan di Malaysia mulai 1 April nanti. GST bakal memberi kesan kepada sejumlah perkhidmatan yang ditawarkan.

Caj Transaksi Perbankan Dalam Talian Akan Dikenakan GST

Menerusi perkhidmatan perbankan, termasuk transaksi di cawangan mahupun dalam talian, GST akan dikenakan oleh pihak bank iaitu berdasarkan caj yang dikenakan kepada beberapa jenis transaksi sebelum ini.

Pihak Maybank telah memberikan beberapa contoh caj transaksi terbaru selepas GST, antaranya pemindahan wang dari satu akaun Maybank ke akaun Maybank yang lain melalui Maybank2U adalah percuma dan tiada caj perkhidmatan maka selepas perlaksanaan GST pun ia tidak ada kesan. Bermaksud perkhidmatan itu masih percuma biarpun selepas perlaksanaan GST.

Sebaliknya, untuk pemindahan wang  dari akaun Maybank ke akaun bank lain, sebelum ini pengguna dicaj untuk perkhidmatan tersebut sekitar RM1 atau RM2. Tetapi selepas perlaksanaan GST pengguna perlu membayar  RM1.06 atau RM2.12 untuk sesuatu transaksi antara bank berbeza. Begitu juga untuk bayaran bil yang biasanya mempunyai caj perkhidmatan.

Jika perkhidmatan perbankan dalam talian yang gunakan sebelum ini tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan, maka tiada caj GST dikenakan. Hanya perkhidmatan yang dikenakan bayaran sahaja yang akan dikenakan GST.

Caj GST juga turut dikenakan terhadap perkhidmatan yang dikenakan bayaran untuk transaksi di kaunter bank. Contohnya untuk bayaran PTPTN melalui kaunter bank. Jika sebelum ini pengguna dicaj RM2 untuk setiap transaksi di kaunter. Selepas GST nanti pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM2.12.

sumber

(Visited 537 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...