Tuesday , 27 June 2017
Home » berita » Bayi Seolah Dipanggang Dalam Kereta

Bayi Seolah Dipanggang Dalam Kereta

Bayi Seolah Dipanggang Dalam Kereta | Akibat kecuaian seorang bapa, seorang bayi lelaki yang berusia enam bulan maut akibat ditinggalkan selama 6 jam dalam kereta.

Bayi Seolah Dipanggang Dalam Kereta

Joshua Freier sepatutnya menghantar anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum ke tempat kerja. Namun lelaki yang bekerja sebagai jurutera komputer itu terlupa dan sebaliknya memandu terus ke tempat kerjanya dan terus menyiapkan tugasan hariannya termasuk mengadakan mesyuarat.

Sementara itu bayi lelakinya yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang menderita kepanasan. Ketika itu cuaca di Oregon mencecah 21 darjah celsius dan hasil pemeriksaan menunjukkan suhu di dalam kenderaan berkenaan mencapai sehingga 116 darjah celsius menjelang pukul dua petang. Ini telah menyebabkan bayi tersebut seolah dipanggang hidup hidup.

Hanya selepas dihubungi oleh isterinya dan dimaklumkan bahawa bayi mereka tiada di pusat jagaan kanak-kanak itu barulah Joshua menyedari yang dia sudah terlupa. Dia berlari sepantas kilat ke tempat letak kereta namun dia sudah terlambat kerana bayi lelakinya sudah tidak lagi bernafas. Wajah bayi sudah bertukar menjadi lebam dan mulutnya pun sudah berbuih.

Kes-kes sebegini bukan perkara baru kan, di Malaysia pun dah banyak kali terjadi. Malang tidak berbau, lagipun mungkin dah ajal bayi itu. Tapi pada puteri perkara sebegini boleh dielak kalau ibu bapa lebih peka.

Apa pendapat korang?

(Visited 305 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. Sedih bila perkara macam ni berlaku..

  2. YaAllah ciannyer bby tu xpsl2 pula..ish..
    minta jauh la >,<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *