Samsung Galaxy Note 4 Berwarna Merah Jambu

Samsung Galaxy Note 4 Berwarna Merah Jambu | Samsung Malaysia telah menambah satu lagi variasi warna untuk Galaxy Note 4 di Malaysia, iaitu warna kegemaran puteri – warna Pink (merah jambu). Pastinya warna merah jambu untuk Galaxy Note 4 ini dikhususkan untuk para pengguna wanita. Majoriti wanita memang suka warna merah jambu kan.

Samsung Galaxy Note 4 Berwarna Merah Jambu

Galaxy Note 4 telah diperkenalkan pada bulan Oktober lepas. Antara spesifikasinya ialah skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan Quad HD Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras dan kamera belakang 16-megapixel OIS.

Galaxy Note 4 juga dilengkapi dengan banyak fungsi menarik terutamanya memfokuskan kepada penggunaan S-Pen untuk pengambilan nota dan juga lakaran. Samsung Galaxy Note 4 ini juga dilengkapi dengan sokongan rakaman Wide-Selfie, selain menawarkan fungsi Power Saving Mode untuk masa penggunaan yang lebih lama.

Samsung Galaxy Note 4 berwarna merah jambu kini ditawarkan pada harga RM 2499 dan boleh didapati melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

Selain Galaxy Note 4 berwarna merah jambu, pihak Samsung juga telah mula menawarkan Galaxy Note Edge yang menawarkan skrin melengkung pada bahagian tepi.

Puteri memang lama merancang nak beli Galaxy Note, lebih-lebih lagi bila dah ada variasi warna pink. Tetapi tunggu harganya turun dulu baru beli.

Untuk korang yang merancang membeli telefon pintar, baca dulu Tips Membeli Telefon Pintar.

sumber

(Visited 404 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 thoughts on “Samsung Galaxy Note 4 Berwarna Merah Jambu

Comments are closed.