Saturday , 25 November 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan

Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan

Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan. Musim cuaca panas, memang ramai yang demam kan. Puteri pun baru je baik demam ni. Selalunya bila batuk menyerang, kahak mula akan berkumpul. Kadang-kadang batuk dah elok, tetapi masih ada banyak kahak. Suara pun jadi serak.

Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan

Selain ubat yang dijual di pasaran ada beberapa petua untuk hilangkan kahak. Bahan-bahannya mudah didapati dan hasilnya pun memang cukup berkesan.

1) Minum Teh O Lemon Dan Madu – Kalau nak senang boleh beli teh o ais limau yang dijual tapi kalau nak lebih berkesan kenalah buat sendiri. Caranya mudah je, buat secawan air teh O yang panas, lepas tu campurkan dengan sehiris dua lemon. Boleh campurkan sedikit gula sebagai penambah rasa. Tapi nak lagi berkesan campurkan dengan sesudu madu asli. Nak tahu cara bezakan madu asli dan madu tiruan boleh baca 5 CARA MEMBEZAKAN ANTARA MADU ASLI DAN MADU CAMPURAN.

2) Makan Makanan Yang Pedas – Selalunya bila batuk, orang akan elak dari makanan yang pedas-pedas tetapi sebenarnya makanan pedas ni secara tak langsung membantu untuk mencairkan kahak. Jadi tak adalah rasa macam sesak je nafas tu sebab banyak kahak.

3) Minum Air Suam Panas – Seeloknya bila ada banyak kahak, elakkan dari minum air sejuk. Minum air suam panas atau sup panas memang membantu untuk mencairkan kahak.

4) Berkumur Dengan Air Garam – Campurkan setengah sudu garam dengan secawan air suam dan kumur. Memang membantu untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan di kerongkong.

Apa yang penting bila terasa ada banyak kahak, kena minum air secukupnya. Boleh juga sapu Vicks di bahagian dada bermula dari kerongkong untuk memberi rasa kelegaan ketika tidur malam.

Semoga Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan ini membantu korang untuk menyelesaikan masalah kahak yang dihadapi. Selamat mencuba.

(Visited 108,814 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

13 comments

  1. Madu campur lemon tu saya suka..pastu saya up kan pengambilan vitamin c dan omega guard agar imun badan lagi tinggi untuk fight kuman…

  2. Wah, terbalik pulak ye. Selalu Zarith dengar orang cakap kalau batuk jangan makan pedas. Thanks puteri atas pencerahan ni =)

  3. as’salam…

    thanks share cik puteri..dah tau tp sgja xnk buat..hehe =p

  4. selalu dengar tak boleh makan pedas kalau batuk.terima kasih cik puteri atas pencerahan

  5. Kahak mmg susah nk hilang..kene bnyk mnm air dn teh madu limau tu mmg best

  6. kalau buat anak keci gimana ya

  7. saya nk try yg air grm tulha dkt ruma ade bhn tu je
    tadi baru makn kari pedas tq ya puteri

  1. Pingback: Petua Rawat Selsema Dengan Cepat | Puteri Kasih

  2. Pingback: Petua Rawat Batuk Berkahak | Cardova.Net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *