Wednesday , 24 May 2017
Home » berita » Bayi Sedang Tidur Maut Dipatuk Ular

Bayi Sedang Tidur Maut Dipatuk Ular

Bayi Sedang Tidur Maut Dipatuk Ular | Seorang bayi perempuan orang asli dari Temerloh yang baru berusia setahun tiga bulan maut akibat dipatuk seekor ular tedung senduk ketika sedang tidur bersama ibunya di rumah di Kampung Paya Badak, Seberang Temerloh.

Bayi Sedang Tidur Maut Dipatuk Ular

Menurut kata Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, ketika kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi semalam, Puteri Mia Mazila a/p Ramesh dilaporkan sedang tidur bersama ibunya yang berusia 34 tahun di ruang depan rumah.

Ibu mangsa tersedar sebaik sahaja mendengar anaknya menangis dengan kuat dan ternampak kesan lebam di kaki anaknya dipercayai akibat dipatuk ular. Dalam masa yang sama ibu mangsa ternampak seekor ular tedung senduk berwarna hitam sedang menjalar keluar dari rumah,

Ibu mangsa segera mengejar dan cuba untuk menangkap ular tersebut tetapi gagal. Kemudian ibu mangsa berpatah balik ke rumah namun terkejut bila mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.

Kesian bayi yang malang itu kan. Mudah-mudahan keluarganya tabah menghadapi ujian ini.

sumber-BERNAMA

 

(Visited 994 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

6 comments

  1. as’salam..

    ALLAHUAKBAR…
    ciannyer bby tu..ni yg risau ni mse akn dtng time kite ni..kena hati2 sgt3..
    bby xble letak kt lantai.. >,<

  2. kesian nya..musim panas ni memang binatang2 berbisa gini akan keluar cari air ,cari tempat tinggal baru..hati2 la semua..lagi2 ada anak kecil..akak baca ni pun naik risau la..

  3. Ada baca sebelum ni.. Kesian kan

  4. kesiannya baby tu… p/s: makin berubah wajah blog puteri ni =)

  5. Allah.. sedihnya macam ni. bagi rumah yang sama rata dengan tanah memang kena hati2..

  6. Memang sedih kalau baca berita macam ni…tambah-tambah kalau baby tu anak tunggal atau bayi sulung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *