Wednesday , 18 October 2017
Home » berita » Bayi Diabaikan Ibu, Tubuh Tinggal Rangka Dan Digigit Binatang

Bayi Diabaikan Ibu, Tubuh Tinggal Rangka Dan Digigit Binatang

Bayi Diabaikan Ibu, Tubuh Tinggal Rangka Dan Digigit Binatang | Malang sungguh nasib seorang bayi yang baru berusia dua minggu apabila dia tidak dipedulikan oleh ibu kandungnya sendiri. Lebih menyedihkan tubuh bayi itu menjadi kurus kering, kulit berubah warna menjadi kuning dan dia turut mengalami masalah pernafasan serta kegagalan hati

Bayi Diabaikan Ibu, Tubuh Tinggal Rangka Dan Digigit Binatang

Apa yang lebih menyedihkan, bayi dari Romania ini turut menjadi mangsa gigitan binatang. Dan kini dia menghidap jangkitan darah. Namun biarpun terabai begitu, bayi ini masih hidup.

Menurut laporan akhbar, bayi ini ditinggalkan dihospital oleh ibunya yang turut mempunyai lapan anak yang lain. Ayah bayi tersebut sedang dalam tahanan penjara di Itali akibat mencuri.

Kerana tidak mendapat sebarang bantuan dari suaminya, ibu bayi malang itu terpaksa meneruskan hidup membesarkan anak-anak yang lain sehingga mengabaikan bayi yang tak berdosa itu. Malah sejak ditinggalkan dihospital dengan berkeadaan sebegitu teruk, ibunya langsung tidak datang mengunjunginya.

Dan apa yang pelik, ibu bayi itu tidak membenarkan anaknya dijadikan anak angkat biarpun pihak berkuasa telah memberi cadangan untuk menempatkan bayi itu di pusat kebajikan.

Kesian bayi itu, kerana kesempitan hidup keluarganya, dia pula yang menjadi mangsa keadaan. Puteri tertanya-tanya juga kenapa ibu bayi malang itu sanggup membiarkan bayinya dalam keadaan begitu. Kenapa dia tak fikirkan masa depan anak kandungnya dan membenarkan sahaja bayi itu diberikan kepada keluarga angkat. Besar kemungkinan bayi itu nanti pasti akan mendapat kehidupan yang lebih terurus bersama keluarga baru kan.

(Visited 1,101 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. masah mental betul la mak macam ni..kesian budak tu..

  2. ALLAH…kesian budak tu… =(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *