Wednesday , 18 October 2017
Home » berita » Akibat Cinta Tak Direstui, Wanita Dikurung 6 Tahun

Akibat Cinta Tak Direstui, Wanita Dikurung 6 Tahun

Akibat Cinta Tak Direstui, Wanita Dikurung 6 Tahun | Seorang wanita berusia 24 tahun dikurung seperti binatang oleh ibu bapa kandungnya hanya kerana dia bercinta dengan lelaki yang mereka tidak suka.

Akibat Cinta Tak Direstui, Wanita Dikurung 6 Tahun

Zhang Qi dikurung di sebuah bangunan usang di Jingang, China sejak tahun 2009 hanya kerana ingin memisahkannya dari kekasihnya

Dia pernah cuba untuk melarikan diri daripada kurungan namun gagal. Lebih menyukarkan keadaan apabila ibu bapanya memberitahu penduduk kampung bahawa anak mereka dikurung di situ kerana mengalami masalah mental.

Memandangkan bapa Zhang Qi seorang individu yang berpengaruh di kampung tersebut, orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa setelah dimaklumkan agar tidak masuk campur.

Bagaimanapun seorang penduduk kampung berkenaan, Chow Jen yang berusia 50 tahun berjaya merakamkan gambar menyedihkan itu dan kemudian dia memuatnaik dalam media sosial.

Katanya dia amat sedih apabila mendapat tahu mengenai keadaan Zhang Qi dan merasakan sesuatu perlu dilakukan. Malah tujuan dia memuat naik gambar wanita tersebut dalam media sosial kerana pihak berkuasa tempatan enggan mengambil sebarang tindakan.

“Jika betul Zhang Qi mengalami masalah mental, dia tidak sepatutnya dikurung begitu dan seharusnya diberikan rawatan,’’ ujarnya lagi.

Menurut Chow Jen, setiap kali balik kampung pada Tahun Baru Cina, dia akan melawat Zhang Qi secara senyap-senyap.

Kesian wanita itu kan. Hanya kerana menjalinkan hubungan yang tidak direstui, tergamak pula ibu bapanya berbuat begitu kepadanya. Kalau dia mental sekalipun seperti yang didakwa, ibu bapanya tidak sepatutnya kurung dia sebegitu. Sedangkan haiwan peliharaan pun diberi tempat tinggal yang selesa apatah lagi anak kandung sendiri kan.

 

(Visited 822 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

6 comments

  1. teruknya sampai dikurung macam tu sekali..

  2. betul tu puteri..tak kan setakat tak merestui hubungan kena kurung anak lebih teruk dari binatang..

  3. kesian nya..entah2 dia gila sebab tertekan dengan ayah dia..orang tengah mabuk cinta di tahan2 pulak..

  4. as’salam..
    ish pelik2 tul org kat negara tu…
    cian perempuan tu..kurs kering la dier kena krung cmtu..
    tseksa jiwa n raga..huuu

  5. Kadang-kadang, manusia lebih kejam dari binatang hingga sanggup bertindak luar batas kemanusiaan…Allahu Akbar..

  6. Kesian kat dia, bila kepentingan anak tidak didahulukan, memang mudah terjadi camni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *