Saturday , 24 February 2018
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Cara Untuk Buat Air Detox Untuk Keperluan Berbeza

Cara Untuk Buat Air Detox Untuk Keperluan Berbeza

Cara Untuk Buat Air Detox Untuk Keperluan Berbeza | Semalam puteri dah kongsikan tentang kelebihan Air Detox atau Infused Detox Water. Dan seperti yang puteri janjikan, untuk artikel ini nak kongsikan cara buat Air Detox untuk keperluan yang berbeza.

Cara Untuk Buat Air Detox Untuk Keperluan Berbeza

Sebelum itu puteri nak kongsikan beberapa jenis buah dan herba yang ada khasiatnya yang tersendiri bila dibuat Air Detox

1) Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
2) Oren – membantu peredaran darah
3) Halia – imun booster
4) Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
5) Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
6) Anggur – melawan kanser
7) Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
8) Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
9) Strawberi – anti oksidan
10) Limau – anti penuaan
11) Nenas – membantu melegakan sakit sendi
12) PudinaΒ -menyokong sistem penghadaman

Cara Buat Air Detox

Cara Buat Air Detox

1) Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
2) Masukkan potongan buah-buahan ke dalam jar, kemudian tambahkan ais diatasnya.
3) Tambahkan air hingga penuh satu liter dan tutup jar tersebut.
4) Biarkan semalaman dalam peti ais.

Senang kan. Lagipun ia boleh diminum pada bila-bila masa. Ok sekarang ni dah tahu nak buat air detox jadi kenalah tahu campuran buah-buahan apa yang sesuai untuk keperluan yang berbeza. Betul tak?

Membuat Air Detox Untuk Keperluan Yang Berbeza.

1) Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala – campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.

2) Untuk Menstabilkan Gula Dalam Darah dan Penghadaman – campurkan timun, strawberi dan kiwi

3) Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawal Selera Makan – campurkan timun, lemon dan limau nipis.

4) Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati – campurkan limau nipis, limau dan lemon

5) Untuk Kempiskan Perut – campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia

Dah tahu resipi air detox,Β bolehlah korang cuba buat air detox homemade. Selain mudah dibuat, air detox juga sangat berkhasiat. Setuju tak?

sumber

 

(Visited 127,118 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

58 comments

  1. slurpp..sedap ni..
    semua tu kena buat tnpa buh gula kan..
    bru la btul2 detox..heeee

  2. Memang best kan puteri air utk detox ni. Zarith pun suka sangat =)

  3. Buat dengan kiub ais ye? Kalau buat dengan air masak biasa je Puteri? Ada beza tak?

  4. Kenapa ade rase pahit bila sye buat

  5. Assalam.sy nk tnye..satu campuran boleh thn bpe lme?aturan minum cm ne eh

  6. Akak, bile buat dgn lemon je rase dye pahit…ade org kate campur madu bagi dye manis

  7. klu cmpur buahan utk proses buang lemak,kempiskan perut n kawal selera mkn blh ke?

  8. Memang terliur tengok buah-buahan yang pelbagai warna

  9. Kalau kite buat xnk sejuk bole ke? Maknenye xletak ais n simpan dlm peti ais sbb xminum air sjuk2 ni da lame da… =)

  10. Sis , yang campuran green tea tu , saya tak berapa faham . Green tea tu ada yang serbuk and dalam uncang . So nak guna yang mana and , adakah dimasukkan sekali dengan buah or bancuh green tea tu dulu kemudian baru campur dengan buah?

  11. Assalam. Kalau yang untuk pembakaran lemak tu, memang letak tu je ke? Lemon, kayu manis semua tak perlu lah eh?

  12. Hi puteri…yang air detox tu tak perlu simpan gula ke? Dan berapa kuantiti bahan bahan untuk kempiskan perut?

  13. Kalau dh habiskan airnya buahnya nk mkn ke atau buang

  14. pun boleh eh? hehe mcm menarik je. kene try ni

  15. humm nk tanya sikit berapa lamakah air ni boleh bertahan unt peyimpanan dlm peti ??

  16. Sis..nk tny tgk sume org buat dlm jar..klu dlm btol air leh ke? Hehe..

  17. Kalau nak buat air detox guna teh hijau, kena letak gula ke tak? Sebab masa saya minum air teh hijau tanpa gula rasa pahit sangatttt

  18. Air detox ni kalau buh lemon dan limau sahaja boleh tak? Sebb daun pudina tak de.. Sesuai tak untuk orang dlm pantang?

  19. Halia tu pkai yg tua ke muda

  20. Assalamualaikum, sis ada org cakap sesuai juga untuk kulit muka nk kurangkan pimples. Buah apa yg sesuai tu?

  21. Blh ke klu ibu mngadung mnum? Utk kulit..

  22. assalam sis…nk tanye la..kalau ibu menyusu sesuai ke?tp x fully BF la…

  23. Air detox ni sangat sedap…Bahan nk sediakn pun sangat mudah dapatkan…Wajib buat air detox at least 2 kali seminggu

  24. Hi dear
    Kita ada buat semalam
    Tp letak dlm berkas air kita yg terbuat dri plastik
    Bkn balang seperti di atas, ok ker?
    Tp pahit, kita letak limau kasur, limau ngn lemon
    Ok ker?

  25. Sy dah 2mggu buat…cuma nak tnya lau dlm bln posa ni..cam saya buat mlm pas tu simpan dlm peti ais sok pas berbuka leh ke mnum…sy buat lemon cmpur teh hijau…tp rasa pahit…dua bhn tu je blh ke trunkan brt bdn…

  26. Baru tahu ada pelbagai jenis air detox. Terima kasih atas perkongsian πŸ˜‰

  27. Kalau buat air detox dgan mentimun saja bole? Org kate timun bole mencerahkan dan melicinkan kulit,stakat ni sy dah mnum 1 mnggu muka rase licin je..tapi x pasti sbb detox tu ke sbb vsireh,sbb sy ade mnum vsireh jugak.

  28. kalau x bersenam xpe x πŸ˜€

  29. Sedapnya….mmg bnyk kegunaan air infuse nie…

    Lain kegunaan, lain campuran buahnya…:)

  30. terima kasih akan aku coba

  31. mcm mn nk elak rasa pahit lemon?

  32. makasih kasih tahu resepnya