Saturday , 16 December 2017
Home » Santai » Cara Bermain Game Di Google Chrome Bila Tiada Internet

Cara Bermain Game Di Google Chrome Bila Tiada Internet

Cara Bermain Game Di Google Chrome Bila Tiada Internet | Mungkin selama ini kita tidak sedar sebenarnya ada satu game yang tersembunyi di Google Chrome. Jika korang perasan, setiap kali ketika melayari internet dengan google chrome dan bila tiba-tiba internet terputus akan muncul gambar seekor dinosaur T-Rex seperti di bawah ini.

Cara Bermain Game Di Google Chrome Bila Tiada Internet

 

T-Rex itu bukan sekadar hiasan, ia sebenarnya satu watak permainan video yang boleh korang main bila ketiadaann internet. Permainan T-Rex ini tersedia dalam Google Chrome versi desktop dan juga versi mobile. Korang perlu membuat T-Rex itu lompat untuk mengelak dari halangan kaktus.

Game Google Chrome

Cara Bermain Game Di Google Chrome Bila Tiada Internet

Versi Desktop

  1. Terlebih dahulu pastikan korang menggunakan Google Chrome versi terbaru.
  2. Jangan lupa putuskan kesemua rangkaian internet yang bersambung ke komputer.
  3. Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu laman web dalam keadaan ‘offline’
  4. Apabila gambar T-Rex muncul, tekan kekunci space di keyboard.
  5. Tekan space untuk melompat dari pokok kaktus.

Versi Mobile

  1. Sama seperti versi desktop, pastikan Google Chrome korang adalah versi yang terbaru.
  2. Selepas itu, putuskan kesemua rangkaian internet dari telefon korang.
  3. Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan ‘offline’
  4. Apabila gambar T-Rex muncul, sentuh pada gambar T-Rex tersebut.
  5. Ulang sentuh skrin untuk melompat dari pokok kaktus.

Jadi sekarang ni korang dah tahu, gambar T-Rex itu bukan sekadar hiasan, bolehlah cuba main. Selepas ini kalau tiba-tiba internet terputus tak adalah stress sangat, sebab boleh main game T-Rex kan.

Selamat Mencuba

sumber

(Visited 799 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

15 comments

  1. Lagi mcm nak tambah stress je lompat lompat ni..hehe

  2. as’salam..
    wahhhh serius bleh main..??hehe boleh try pasni.. ;p

    besh layout cik puteri pakai ni..memng ade kat blog or kena download dlu cik puteri..?
    yaya still tgh cri layout yg ok ni..huuu

  3. Puteri baru tahu ni! Ingatkan sekadar hiasan je.. Kalau anak tau ni memang kat tangan anak je lah hp 🙂

  4. memang kesal apabila internet mati

  5. Hmm tricky betul benda ni.. Harap Harap tiada agenda tersembunyi disebalik game ni

  6. hi puteri 🙂

    ayie baru tahu nih..sebelum ni mmg kerap terserempak dgn t-rex tu…haha

  7. boleh main lh hahaha…baru ku tau