Monday , 18 June 2018
Home » Isu Semasa » Bekalan Darah Jenis A Dan AB Semakin Kritikal

Bekalan Darah Jenis A Dan AB Semakin Kritikal

Bekalan darah jenis A dan AB dikatakan berada pada tahap kritikal dan tidak cukup untuk menampung keperluan pesakit terutamanya di negeri-negeri yang terjejas banjir.

Menerusi artikel yang puteri baca di BH Online, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menyeru orang ramai terutama mereka yang berdarah jenis A dan AB untuk segera ke Unit Bergerak Kempen Menderma Darah ataupun ke Pusat Darah Negara untuk menderma darah.ย Untuk mereka yang berada diluar negeri yang terjejas banjir juga boleh menderma dengan ke hospital yang berdekatan.

Derma Darah

Jadi kepada pembaca blog notainfo.com yang memiliki darah jenis A atau AB dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, eloklah kalau tampil untuk membantu. Menderma darah juga antara salah satu cara yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir selain memberi wang ringgit dan bekalan makanan atau barang keperluan.

Setitis darah amat berharga nilainya.

(Visited 265 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

8 comments

  1. kita darah jenis AB. Insya Allah ada masa kita nak menderma jugak! ๐Ÿ™‚ thank you for the info!

  2. Rasanya tak kisah darah jenis apa pun digalakkan menderma. Pesakit talasemia antara yang sentiasa memerlukan bekalan darah.

  3. hari tu kita derma jugak darah. kita darah AB ๐Ÿ™‚

  4. Yaya xpernh derma drah…huhu
    xtau drh jnis apa.. O kot..heee
    *diri sdri xckp darah…slalu penin pale.huhu*