Wednesday , 18 October 2017
Home » berita » Bawa Adik Baru Lahir Dalam Beg Sekolah

Bawa Adik Baru Lahir Dalam Beg Sekolah

Bawa Adik Baru Lahir Dalam Beg Sekolah | Budak-budak akan sanggup buat apa sahaja untuk membuktikan kebenaran kata-kata mereka. Mungkin ini alasan yang paling tepat bila seorang budak perempuan yang berusia 7 tahun dikatakan telah membawa adik lelakinya yang baru lahir ke sekolah.

Menurut akhbar budak perempuan darjah dua dari Riyadh itu telah berkongsi cerita mendapat adik lelaki yang baru kepada kawan-kawannya. Namun rakan-rakan sekelas tidak mempercayai ceritanya itu.

Bawa Adik Baru Lahir Dalam Beg Sekolah
sekadar hiasan

Akibat dari itu, dia telah memasukkan adik lelakinya yang baru lahir itu ke dalam beg plastik sebelum dimasukkan dalam beg sekolah. Ibunya yang sedang tidur ketika itu, langsung tidak mengetahui apa yang telah berlaku.

Guru-guru disekolah terkejut menemui bayi lelaki itu dalam beg plastik. Mereka terus menghubungi pihak berkuasa. Bapa budak perempuan itu turut dimaklumkan tentang penemuan bayi lelaki itu.

Namun apabila disoal, budak perempuan itu memberitahu yang dia hanya ingin menunjukkan adik barunya kepada rakan-rakannya.

Mujurlah tiada apa yang berlaku kepada bayi itu kan. Budak-budak terlalu naif untuk melihat bahaya disebalik tindakan mereka itu. Tak pasal-pasal di bawa bersama adiknya itu dalam beg sekolah.

 

(Visited 2,007 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

12 comments

  1. haiyaa.. dibawa adiknye sekolah pulak.. nasib baik adik dia tak apa2..

  2. uiii..kecut perut ibu Zuyyin baca. terbayang Zuyyin bawak Zayra dalam school bag die hehe

  3. ish2…nasib baik xda pa2 jadi kat adik dia…maunya sesak nafas lam beg plastik tu..

  4. Ya Allah,..mujur tak jadi apa..seronok sangt kot dapat adik..

  5. Beg anak-anak ni memang kena check sentiasa. Kadang-kadang macam-macam di letaknya.
    Nasib baik tak ada apa terjadi pada bayi tu.

  6. whutt???huhu bhye bebudak skrng.. heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *