Friday , 15 December 2017
Home » berita » Bapa Tidak Sedar Terlanggar Anak Sendiri

Bapa Tidak Sedar Terlanggar Anak Sendiri

Bapa Tidak Sedar Terlanggar Anak Sendiri | Tragedi sedih yang berlaku pasti akan menjadi mimpi ngeri buat seorang bapa. Insiden yang berlaku pada 10.15 malam kelmarin telah mengakibatkan anak kesayangannya Ruslina Puteri Batrisyia yang berusia dua tahun terkorban.

Bapa Tidak Sedar Terlanggar Anak Sendiri
Gambar Hiasan

Menurut Rusli Ibrahim, bapa kepada kanak-kanak itu, ketika dia mengundurkan kereta untuk dialihkan ke dalam garaj di hadapan rumah, tiba-tiba keretanya seperti terlanggar sesuatu. Masa itu kereta itu baru sahaja bergerak. Dia bergegas keluar dan mendapati anaknya sudah terlantar di situ.

Dengan bantuan jiran, Rusli dan isterinya membawa anak mereka itu ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan tetapi doktor kemudian mengesahkan anak mereka sudah meninggal dunia.

Mangsa, anak ketiga dari empat beradik dikatakan sangat manja dengan bapanya. Dari hasil bedah siasat, mangsa dikatakan cedera parah di kepala. Pihak polis telah mengambil keterangan dari Rusli dan kes disiasat di bawah  Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Bapa Tidak Sedar Terlanggar Anak Sendiri

Malang tidak berbau kan. Mungkin dah ajal kanak-kanak perempuan itu. Tapi sebagai ibu dan bapa pasti akan sedih dengan kehilangan anak yang tersayang. Apatah lagi perasaan si bapa yang tanpa sedar terlanggar anak sendiri.

Mudah-mudahan keluarga itu tabah menghadapi dugaan ini. Dan nasihat puteri kepada sesiapa sahaja yang memandu, terutama yang mempunyai anak yang kecil, pastikan anak itu selamat dalam rumah dengan pintu yang terkunci sebelum mengundurkan kereta.

sumber: Sinar Harian

(Visited 646 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

8 comments

  1. Innalillahiwainnailahirojiun.. takziah kepada keluarga ..
    Mesti ibubapanya dalam keadaan sedih dan terkejut

  2. tragedi ni macam drama jins shamsudin satu masa dulu…

  3. dah takdir ajalnya begitu..
    ada hikmah dan iktbr yg perlu diambil..