Monday , 18 June 2018
Home » Pendapat » 5 Benda Yang Tak Patut Dibeli Dari Kedai RM5

5 Benda Yang Tak Patut Dibeli Dari Kedai RM5

5 Benda Yang Tak Patut Dibeli Dari Kedai RM5 | Setiap kali masuk kedai RM5 atau RM2 pasti rambang mata dibuatnya kan. Rasa macam semua benda nak dibeli. Bakul atau troli yang kosong selalunya akan dipenuhi dengan pelbagai jenis barang bila sampai ke kaunter pembayaran.

Ramai yang tak sedar, akibat rambang mata, banyak barang yang tidak berkualiti atau tidak diperlukan turut dibeli. Dari nak jimat, terus jadi membazir plak.

Apa Yang Tidak Patut Dibeli Dari Kedai RM5

5 Benda Yang Tak Patut Dibeli Dari Kedai RM5

1) Peralatan Memasak – Bukan semua barang tak berkualiti, tetapi ada segelintir yang mungkin tidak sesuai jika digunakan untuk memasak. Mungkin ianya diperbuat dari plastik yang tidak tahan panas yang mungkin akan membahayakan kesihatan jika digunakan di atas api.

2) Alat Tulis – Banyak alat tulis yang dipek nampak murah dan boleh dibuat stok persekolahan anak anak untuk beberapa bulan. Tetapi  mungkin bukan semuanya berada dalam keadaan elok. Contohnya 10 pen biru dipek dalam plastik. Mungkin bila dibuka nanti hanya dua atau tiga sahaja yang boleh digunakan, yang lain semua dakwat dah kering. Yelah bukannya kita boleh buka satu persatu pen itu untuk cuba menulis kan.

3) Pelbagai Jenis Makanan Ringan  – Makanan-makanan ringan atau jajan mungkin nampak murah. Tapi bagaimana dengan kualitinya? Boleh kalau nak beli makanan ringan dari kedai RM2  dan RM5, cuma pastikan makanan tersebut berada dalam keadaan baik sebelum diberikan kepada anak-anak. Kadang kala kalau beli dari tempat lain pun lagi murah.

4) Minuman – Harga minuman ringan kadang kala lebih murah dibeli di luar berbanding membelinya dari kedai RM5.

5) Alat Solek – Banyak jenis peralatan solek yang dijual, semua nampak murah. Rasa macam nak sambar je semua. Betul tak? Tetapi sesuai ke alat solek tu untuk wajah kita? Lagi-lagi untuk yang berkulit sensitif.

Puteri tak maksudkan yang murah itu tidak berkualiti, cuma bila kita membeli belah di kedai RM2 atau RM5, jangalah terlalu ikut pandangan mata. Kena bijak buat pilihan. Beli apa yang diperlukan sahaja. Barulah jimat. Betul tak?

sumber

(Visited 612 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

10 comments

  1. Betul2…sebelum beli barangan murah mcm nie, banyak benda kene fikir sebelum beli…kalau tak membazir….hehehe

  2. setuju dengan senarai nie. cuma kalau di Jepun, memang banyak yg berbaloi beli di kedai seperti nie memandangkan harganya 100yen+tax kan. jauh lebih murah daripada barang di kedai2. tapi kena pilih2 jugalah jenisnya..hehe

  3. as’salam..
    terima ksih cik puteri kongsi tips..sure akn ingat.InsyaAllah..hehe
    bhye jgk kan lau beli brg yg xsusai dan xperlu utk dri ni walaupun murah..

  4. bila dah murah quaility barangannya pun dah tak dijaga dan boleh mendatangkan bahaya.

  5. Kalau pergi Kedai macam ni memang tak beli senarai Puteri tu. Rasa tak yakin dengan kualitinya. Tapi kalau barang plastik seperti penyangkut baju, penyepit harga memang ok la kan..