Wednesday , 18 October 2017
Home » Resipi » Resipi Jem Nenas Sedap Dan Mudah

Resipi Jem Nenas Sedap Dan Mudah

Artikel ni puteri nak kongsikan resipi buat jem nenas yang sedap dan mudah. Semalam luangkan masa lebih kat dapur untuk siapkan jem nenas untuk kuih tat.Β Kalau kita google dan cari cara untuk buat jem nenas ni, memang macam-macam resipi yang ada. Bahan utama haruslah nenas tetapi bahan sampingan berbeza.

Untuk yang pernah buat jem nenas ni, pasti tau nak buat jem bukan seminit dua. Kena kacau lama atas api. Jadi kenapa puteri tulis resipi jem mudah kat tajuk? Sebab biasanya bila nak buat jem nenas, orang akan parut nenas tu. Masa mula-mula buat dulu, puteri pun akan ikut parut nenas tu. Beberapa tahun lepas puteri tukar strategi dan puteri kisarkan je.Β Hasilnya, tekstur dan rasa, sama je tak ada beza. Tetapi yang paling utama, dapat jimatkan masa.

Nenas
Sumber: Google

RESIPI JEM NENAS MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan

5 biji Nenas separuh masak (kulit masih kehijauan)
2 1/2 cawan gula kasar
kulit kayu manis (nak gantikan dengan cengkih pun boleh)
3 helai daun pandan
2 sudu teh pewarna kuning (kalau tak nak letak pun tak apa)

Cara Membuat

1) Kupas kulit nenas dan bersihkan. Potong kepada saiz yang kecil jika ingin kisar. Kalau nak parut, tak perlu potong kecil untuk memudahkan ketika proses parut nenas.Β Tapis dan asingkan jus nenas yang berlebihan.
2) Satukan nenas yang dah dikisar atau diparut dengan gula, kulit kayu manis, daun pandan dan pewarna dalam kuali non stick. Kuali biasa pun boleh.
3) Sepanjang masak jem nenas ni, kena rajin mengacau supaya masak rata dan tak hangus.
4) Masak jem nenas sampai agak kering supaya dapat simpan lama.

Mudah kan? Esok lusa bila puteri buat tat pula, puteri kongsikan resipiΒ dengan gambar jem tu sekali ye. Sebab masa buat jem nenas semalam, terlupa ambil gambar. Sekarang jem ada dalam bekas dalam peti sejuk.

(Visited 31,018 times, 2 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

40 comments

  1. yaya suka mkn tp lau nk buat jem ni..huuuuupyoh

  2. dulu..memang rajin gak wat jem nenas dengan kaya.

    la ni..malas gila. haha

  3. boleh lah fyna cuba resepi nih nanti. thanks dear untuk resepi nih ^___^

  4. buah nenas ler buah paling jarang di makan sepanjang hidup suki :p

  5. kalau buat biskut tat nenas barulah buat jem nenas ni. anyway ada nenas sedap i minat tp i tak tahu cari mana. nenas brazil. mmg lebih sedap dan besar dpd biasa. sblm bersalin nak cari ni. huhu

  6. Boleh buat bila nak buat kuih tart nanti πŸ™‚

  7. teringat masa duduk denga mak kecil2 ada jer keje na buat itu ni heee

  8. rasa masam rasa manis uh..sedap juga ni

  9. SUka makan tart nenas je…nak buat jem? Order ngan puteri la pasni πŸ™‚

  10. bukan setakat ..nenas..rambutan pun boleh buat dengan cara yang sama

  11. hi puteri πŸ™‚

    mmg sedap. dulu masa kecik suka sgt mkn jem sapu kat roti atau kuih skrg dah lama tak mkn jem.

  12. Sedapnya…….hai puteri…lama xberborak…rindu sangat2 dengan puteri πŸ˜› harap puteri sihat2 selalu ya.

  13. thanks ye share resepi nie. saya n anak2 memang penggemar jem nenas..tp paham2 je lah jem kat kedai2 tu lbh banyak bahan lain berbanding nenasnya. homemade is the best! ^_^

  14. agak-agak berapa lama nak kacau sampai dia kering? ada sampai satu jam? ke lebih..

  15. wow! macam sedap je..takpe puteri ambik la gamba yang dalam peti sejuk tu, hehe

  16. wahhh nice!..thanks puteri sudi share..boleh try nanti..hehe

  17. Terima kasih utk resepinya πŸ™‚

  18. nanas segar buat rujak asam

  19. Rajin nye puteri buat tat.. mcm nak raya pulak.. hihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *