Friday , 22 June 2018
Home » Blog » Plugin Yang Wajib Ada Di Blog WordPress

Plugin Yang Wajib Ada Di Blog WordPress

Puteri nak kongsikan beberapa plugin yang wajib ada atau dipasang di blog wordpress. Baru-baru ini puteri terbaca di sebuah artikel berkaitan kesan penggunaan terlalu banyak plugin di blog. Memandangkan ramai pembaca blog notainfo.com menggunakan blog wordpress, jadi puteri nak kongsikan maklumat yang puteri baca tu dengan korang. Pengguna blogspot pun wajib baca untuk tambah pengetahuan, mana tahu esok lusa nak buat blog wordpress, sekurang-kurangnya dah ada ilmu yang asas tentang plugin.

Berapa Plugin Yang Korang Pasang Kat Blog Sekarang?

Sebelum baca artikel tentang plugin itu, puteri ada lebih dari sepuluh plugin yang terpasang di blog. Almaklumlah plugin kan percuma, jadi bila ada plugin yang menarik je, kita akan rasa nak pasang. Tanpa memikirkan kesan negatifnya kepada blog. Ya, jangan tak tahu..penggunaan terlalu banyak plugin banyak memberi kesan negatif kepada blog.

Apa Kesan Negatif Terlampau Banyak Pasang Plugin di Blog?

Blog akan menjadi berat dan lambat untuk load, terutamanya bila ramai pengunjung masuk pada satu-satu masa. Ada juga plugin yang tidak berapa sesuai dengan theme blog kita dan akan menyebakan pelbagai jenis ‘error’ yang akan muncul. Dan jangan tak tahu..plugin yang kita pasang itu mungkin ada masalah sekuriti dan akan menyebabkan blog kita mudah di serang hackers.

Jadi Berapa Plugin Yang Sepatutnya Dipasang Di Blog?

Seeloknya pasang hanya 4 plugin. Tak perlu lebih kecuali jika ada keperluan untuk pasang lebih. Itupun jangan lebih dari sepuluh. Lagi kurang lagi bagus.

Plugin Yang Wajib Ada Di Blog WordPress

Plugin Apa Yang Wajib Dipasang?

Seperti yang dicadangkan dalam artikel itu, antara plugin yang perlu ada adalah untuk SEO, Sekuriti, Kepantasan Blog dan Backup.

Sucuri Security – Plugin ini dikatakan yang paling sesuai digunakan. Plugin ini akanΒ monitor blog korang berkaitan bab sekuriti dan akan hantar notifikasi jika ada sesuatu yang tidak kena pada blog.

WordPress Seo By Yoast – SEO dan blog memang tak dapat dipisahkan. Setiap blog wordpress perlu pasang plugin berkaitan SEO.

Ready! Backup – Mimpi ngeri seseorang blogger adalah kehilangan data. Jadi Β dengan memasang Ready! Backup ia akan membantu untuk backup file atau database.

W3 Total Cache – Plugin ini akan membantu dalam bab kepantasan blogΒ supaya blog dapat load dengan lebih laju.

Tak semestinya korang perlu install plugin yang puteri sebutkan di atas ni. Yang penting korang pilih yang mana sesuai untuk blog korang. Cuma yang puteri nak ingatkan jangan pasang terlampau banyak plugin.

Puteri sendiri pernah melakukan kesilapan itu masa mula-mula berblog beberapa tahun yang lepas dan memang banyak kesan negatif. Yang paling ketara adalah blog puteri memang jadi berat dan kerap kali berlakunya error.

Sekarang ni puteri pasang plugin SEO (puteri lebih selesa guna All in One SEO pack), Top Commentators Widget untuk menghargai pembaca blog notainfo.com, Akismet untuk halang spam, Broken link checker untuk kesan broken link di blog (tapi yang ni puteri activatekan sebulan sekali je), dan WP HTTP Compression (yang ni sangat membantu untuk jimatkan bandwidth)

Jadi pilihlah plugin yang sesuai dengan keperluan blog. Kalau rasa lepas install sesuatu plugin itu blog korang keluar error code atau blog seperti ada masalah, gantikan sahaja plugin tersebut dengan yang lain. Dan sebolehnya elak guna plugin yang dah bertahun tak update.

Oklah ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Harap ianya bermanfaat. Jangan lupa kongsikan feedback korang di ruangan komen nanti.

Topik Berkaitan : Bina Blog WordPress Dalam Masa Sehari

p/sΒ lama juga tak taip artikel lebih 500 perkataan macam ni..hehe.

sumber info
(Visited 166 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

44 comments

  1. kala tak ada memang susah kerja nak selenggara wordpress

  2. terima kasih sb kongsikan pada kami semua

  3. Hehe…baru saya tahu. Terima kasih Puteri πŸ™‚

  4. Sikit tu..saya guna 18 plugin..haha… tapi baik sikit2 sbb blog nanti jadi berat. πŸ™‚

  5. info yang sangat bagus dear PK. jap lagi fyna nak check. macam banyak je plugin fyna guna. hehehe.

  6. Belum guna wordpress lagi ni ;D hee

  7. as’salam =)

    yaya xgune..tp thanks share info nye..mne tau nti akn dtg guna wpress plak kan..heee

    *tapi mase tu mesti dah lupe ;p

  8. hehehe.. sebab ini utk wordpress makanya tidak lah saya tahu. hehe

  9. hi puteri πŸ™‚

    entri yang bermanfaat kpd blog domain WP nih..

    ayie baca untuk tambah pengetahuan jer laa..hehe πŸ˜›

  10. Walaupun Am bukan pengguna WP tapi tips kurang plugin kat blog/site memang satu langkah yang bijak.
    Tiada sesiapa yang suka apabila membuka sesuatu blog ‘loading’ blog memakan masa dalam 1minit terlalu lambat. Am pun patut kurangkan sedikit sebanyak widget untuk blogspot ringankan lagi loading blog baru mesra pengguna…

  11. patut la blog saya yang terdahulu kena suspended sebab benda ini..tak pe buat pengajaran

  12. Pakai blogspot je… Yg guna wordpress sila ambil perhatian he he

  13. Ohhh saya tak ada lagi yang backup tu..leh masukkan ni..terima kasih kongsikan..

  14. adeyyy.. plugin sya dah melebihi had kekekeke..

  15. jarang-jarang je buat entri kat WP tp agak2 byk sgt ke plugin yang ada? πŸ™‚

  16. Ohhh terima kasih kongsikan..leh cuba install apa yang tak ada lagi ni..

  17. saya belum punya wordpress masih blogspot

  18. Ala..takda wordpress lagi. Baru ada blogspot .

  19. Ilmu yang sangat berguna. Guna WP sangat mencabar kalu tak pandai maintain blog. Terima kasih sangat2 atas sharing ini.