Friday , 22 June 2018
Home » Blog » Adakah Blog Mobile Friendly…Jom Uji

Adakah Blog Mobile Friendly…Jom Uji

Adakah blog korang Mobile Friendly?

Sejak beberapa hari yang lepas, ramai yang berkongsi artikel berkaitan topik  blog mobile friendly. Yelah sekarang ni ramai yang online menggunakan smartphone bukan lagi menghadap pc atau laptop macam dulu. Jadi memang satu kelebihan sekiranya blog kita ini mobile friendly. Memudahkan pembaca untuk melihat dan membaca artikel di blog kita.

Jika kita melihat paparan google menerusi smartphone, akan tertera seperti gambar yang puteri kongsikan kat bawah. Jadi kalau kita online guna mobile…senanglah kita nak tahu laman web mana yang mobile friendly.

Blog Mobile Friendly

Untuk menguji sama ada blog korang mobile friendly atau tidak, bolehlah klik MOBILE FRIENDLY TEST. Masukkan URL blog dan klik analyze.  Kalau lulus dengan cemerlang, baguslah tak perlu nak ubah apa-apa.

Tetapi untuk korang yang blog tak mobile friendly tu, lebih baik cari jalan penyelesaian. Antara yang paling mudah, tukar template yang lain atau ubah apa yang patut. Contohnya macam pengguna blogspot boleh pilih built in mobile version, manakala pengguna wordpress pula boleh gunakan theme yang lebih responsive.

Selalunya apa yang membuatkan blog kita tak mobile friendly adalah penggunaan font yang terpaksa di zoom untuk baca, terpaksa scroll ke kiri dan ke kanan untuk membaca keseluruhan artikel ataupun mungkin ada script yang tidak mesra mobile. Jadi ubalah apa yang patut untuk memastikan blog korang mesra mobile.

Ok, ini sahaja untuk kali ini. Nak sambung buat kerja dulu. Nampaknya bulan ini blog notainfo.com bakal pecah rekod lagi.

 

(Visited 145 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

49 comments

  1. Salam puteri..lama x singgah sini hehe..

    Nnt nk test jugak la hihi
    tq puteri 🙂

  2. Mobile Friendly sangat memudahkan, tak payah scroll kiri kanan. Ani pun suka 😀

  3. Nampaknya blog saya tak mesra mobile lahhh…hadoiiii…

  4. as’salam cik puteri…

    dah buat dah..
    yeaa..yaya nye blog mobile friendly…hehe
    xpernah pon tgok menerusi telefon tp xkesahla..
    aslkan org leh tgok@baca…huhu ;p

  5. Terima kasih berkongsi info 😀

  6. baru semalam perasan tulisan “mobile-friendly” masa browse dari fon. kikiki

  7. saya pun mahu lulus dengan cemerlang nie..

  8. nak cuba buat juga lah macam nih. thanks untuk info nih dear.

  9. Salam. Hee blog yg mesra di telefon pintar.

  10. agaknya bagaimana pula dengan blog cik cinta uh..terus sedih sampai lebam biji mataku 😉

  11. nanti saya boelh cuba ya.thnks puteri.

    awak sihat tak?

  12. buka aje blog friendly..tuan blog pun friendly..hihi

  13. Lepas ni memang nak test puteri. Sebab penting Mobile friendly ni!

  14. Hehe…tqvm puteri kasih, saya test dah. alhamdulillah mobile friendly

  15. Yes..Mine MOBILE FRIENDLY too
    Tq for the sharing

  16. perasan gak org update tentang mobile friendly ni. tak sempat nak check lagi. hehe

  17. wahh nice sharing puteri..sy punya x frendly laa huhu

  18. putri hebat betul bisa raih penghargaan terus

  19. ok..done..pass with flying colors..he..he

  20. Froso Gold for you…

  21. Saya pun friendly jugak…

  22. memang friendly.. hehe. selalu juga usha komen guna fon 🙂

  23. hi puteri 🙂

    ayie baru tahu benda nih…hehe

    dah cuba tadi, keluar…Awesome! This page is mobile-friendly. ok la kot?

  24. bila baca entri nie cepat2 check. alhamdulillah skrg dah mobile friendly..hihi..