Friday , 18 August 2017
Home » Petua & Tips » Kebaikan Mandi Air Sejuk

Kebaikan Mandi Air Sejuk

Musim hujan begini, puteri yakin ramai yang mandi air panas setiap pagi, dengan alasan nak memanaskan badan. Tetapi kalau kita tahu kebaikan mandi air sejuk, lepas ini air sejuklah yang akan menjadi pilihan setiap kali mandi.

Tadi ketika membelek majalah mingguan wanita, puteri terjumpa artikel berkaitan rahsia mandi air sejuk. Rupanya ada banyak juga kebaikan jika kita mandi dengan air sejuk berbanding air panas, antaranya:

Meningkatkan Sistem Imuniti – selain meningkatkan kekebalan tubuh, air sejuk yang disiramkan ke tubuh dapat meningkatkan penghasilan sel darah yang dapat melindungi diri dari terkena jangkitan penyakit seperti demam, selesema dan batuk.

Melegakan Selesema – mandi dengan air sejuk ketika selesema dapat merendahkan suhu badan seterusnya mengelak dari hidung tersumbat.

Atasi Masalah Darah Beku – air sejuk dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita dan membuatkan kita rasa lebih sihat dan bertenaga.

Kebaikan Mandi Air Sejuk

Menurunkan Berat Badan – untuk sesiapa yang nak menguruskan badan memang disyorkan untuk mandi air sejuk kerana ia dapat merangsang penghasilan lemak untuk bertindak membakar timbunan lemak jahat. Jangan tak tahu, lemak pun ada yang baik dan jahat.

Menghilangkan Tekanan – suhu dingin dari air sejuk akan meresap ke dalam badan, dapat membantu untuk merehatkan diri dan juga dapat meningkatkan sistem metabolisme.

Menyihatkan Paru-Paru – ketika mandi dengan air sejuk, paru-paru akan terbuka dan membuatkan pernafasan menjadi lebih baik dan selesa.

Memang banyak kebaikan bila mandi dengan air sejuk. Apa yang puteri tahu, badan akan berasa segar dan memang hilang rasa mengantuk bila mandi dengan air sejuk. Jadi kalau nak hilangkan mood yang tak berapa ceria setiap pagi, cubalah mandi dengan air sejuk pula.

(Visited 1,522 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

84 comments

  1. Thanks Puteri for sharing…aah sarah pun baru tahu kebaikan mandi air sejuk waktu pagi..tapi hanya tahu badan kita jadi cergas je.heee..thanks Puteri.sangat bermanfaat 🙂

  2. mandi air sejuk and sebelumsubuh memang best 🙂

  3. Bileh menurunkan berat badan? Okay, saya akan lebih rajin mandi pepagi. 😀

  4. sebab tue lah orang2 dulu sihat kan. mereka bangun seawal sebelum subuh n mandi dengan air sejuk.

  5. Org ckp mlm2 x Elok mndi air sejuk takut kene paru2 berair.. tp sy ada baca satu article yg mndi tgh malam dgn air sejuk mmg elok…

    Http:www.lovesihat.com

  6. jangan pandang rendah dengan mandi air sejuk, banyak manfaatnya 🙂

  7. hehe. Ada baca kat internet pasal makan ais bgus. hehe. so, mungkin ada sebab yg sama tentang mandi ni kot.hehe

  8. ptt pon yaya suka mdi air sejuk..heee =D
    *dan-dan jek ;p

  9. Banyak juga khasiat mandi air sejuk. Patutlah orang dulu-dulu lebih sihat .

  10. saya suka mandi air sejuk pepagi cik puteri.
    kalau mandi air panas, rasa mcm tak cecah je kat kulit.
    rasa mcm melecet semacam je.
    tak best!

  11. wah, tak sangka boleh turunkan berat badan!

  12. Skrg ada mandian ice tue. Pon sejuk gak. Tak dapat byang kalo pas bsalin tak salin urat ke, hihi

  13. setakat nie belasah jer mandi air sejuk atau panas , janji mandi…ha3
    sebab nak pergi kerja mesti mandi pagi2 punya…dah tentu2 sejukkkkk…..

  14. suka mandi air sejuk yang rendam selamam best heee..

  15. Kalau x mandi pun sejuk jugak kan puteri..

  16. mandi pagi sangatlah baik untuk imun kekebalan tubuh

  17. betul tu, mandi air sejuk especially time sebelum subuh memnag baik untuk kesihatan =)

  18. pagi2 sy lagi suka mandi air sejuk. segar bugar jadinya.. oh time pening atau migraine jugak.. rasa mcm lega sikit lepas mandi. tp mandi air sejuk lah. hehe

  19. saya jarang sangat mandi air panas..selalu mandi air sejuk sahaja..

  20. Mandi kul 10 pon dah terketar-ketar.. hahaha
    Tapi memang rasa lebih segar jika mandi air sejuk. kalau air suam, badan saya gatal2

  21. hi puteri 🙂

    ada kebenarannya semua point di atas sbb ayie mmg seorg yg suka mandi sebelum masuk waktu subuh mmg manfaat di atas ayie rasai. 🙂

  22. mansi air sejuk mula-mula jer rasa kesejukkannya…lepas tu dag rasa lega…tp bila stay kat hotel.. pasti pakai air panas..tak tahan dengan sejuk pula…hehehe

  23. Sebab tu orang dulu-dulu sihat n body cantik, mandi perigi, sumber air semulajadi lagi!

    Mandi pagi terutama sebelum subuh pin boleh turunkan paras kolestrol, tau 🙂

  24. dulu kecik2, mak rajin panaskan air utk mandi..
    dah beso panjang nie.. tak de sape nak panaskan air..
    so gunakan aje laa air yg ada kat bilik mandi.. 😀

  25. Setahu saya, apa yang dimaksudkan dengan mandi air sejuk ini adalah sejuk air sebelum waktu subuh. Bukannya air mandi yang disejukkan dengan ais!

  26. Dulu saya tak suka mandi air sejuk,ia buat saya kurang selesa apabila masuk tengah hari.

  27. sebab tu dalam Islam digalakkan mandi sebelum subuh kan?.. hehhe

  28. nice info Puteri. nak share ke blog saya boleh? nanti saya kreditkan ke blog ini
    🙂

    tapi memang betul, sebenarnya mandi air sejuk lagi bagus dari mandi air panas
    dalam agama pun suruh hihi 😀

  29. ok baru tau yang mandi air sejuk elok tuk selsema. thanks 😀

  30. Wah perkongsian yang bagus…..benda yang buat hari2 pun kita tak tau apa pekdahnya…
    rupanya mmg ada…kebaikan mandi air sejuk…mmg best mandi…segar ja….takda la rasa malas n mengantuk lepas itu

  31. Kita org Islam memang dah disyorkan bangun seawal 5 pagi lagi..mandi dan solat…kelebihan tu tak dapat disangkal lagi sebab apa yang disyor oleh Islam adalah terbaik untuk manusia sejagat…

  32. Erk, time sekolaj pagi2 pukul 4.30 hana akan mandi air suam.hehe .sejuk2 xdpt nak mandi lama.mandi 2cedok ja klu air sejuk

  33. terima kasih..oo0.. baru saya tau

  34. pj suka mandi air sejuk, tak suka air panas… sejuk cam mane pun.

  35. Mandi air sejuk di pagi hari memang sesuatu yg mustahil di zaman ni… memasing dah ader heater dah la nih kat umah… but skalik skala dpt mandi ngan air sejuk nih… perrrhh.. mmg segar semacam woo rasenyeee….

    http://supernifzvitamin.com/tips-untuk-pasangan-yang-dah-berkahwin-sahaja-taw/

  36. Betul tu, bapak saya pon penah cakap benda yang sama dulu… tapi yg tak tahan adalah pinggang saya akan sakit bila cuaca sejuk+mandi air sejuk pepagi…

    p/s: tau apa kelebihan mandi malam tak?

  37. memang hari-hari mandi air sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *