Begitu cepat masa berlalu, pejam celik bulan Oktober dah bakal melabuhkan tirainya. Tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum tahun 2014 pula meninggalkan kita.
Bagaimana dengan azam 2014? Sudah tercapai atau belum?
Tahun 2014, puteri impikan untuk memiliki novel sendiri. Untuk sesiapa yang dah lama setia dengan blog notainfo.com, pasti sedia maklum yang dulu puteri rajin kongsi artikel e-novel kat sini. Kemudian puteri terima tawaran untuk e-novel itu dijadikan novel bercetak.
Tanpa ilmu berkaitan bidang penulisan kreatif, puteri kongsi e-novel dulu sekadar untuk suka-suka, untuk test bakat sendiri. Asyik baca je karya orang lain, nak juga kongsi karya sendiri. Tak sangka pula ada yang nak tawarkan untuk terbit, siapa yang tak teruja kan.
Akhirnya manuskrip yang lengkap puteri hantarkan kepada penerbit tersebut pada November 2012. Bulan Januari 2013, puteri terima surat setuju terbit mengatakan manuskrip puteri itu bakal diterbitkan pada tahun 2014. Setahun kena tunggu, tapi takpe puteri sanggup.
Di penghujung bulan Disember 2014, manuskrip dipulangkan pada puteri dengan alasan tak jadi terbit. Kecewa waktu itu, tuhan sahaja yang tahu. Kecewa bukan sahaja novel tak jadi terbit tapi kecewa sebab mereka bagi harapan kosong pada puteri selama hampir setahun.
Puteri redha itu bukan rezeki puteri, tetapi tipu kalau puteri cakap benda tu tak memberi kesan. Puteri abaikan manuskrip itu, puteri hilang mood untuk menaip cerita baru.
Tetapi impian untuk melihat karya sendiri di jual di kedai buku tak pernah terpadam. Dengan impian itu dan semangat dari mereka yang rapat dengan puteri yang tak jemu bagi sokongan, puteri bagi peluang pada diri sendiri untuk cuba lagi.
Puteri olah balik manuskrip itu, puteri jadikannya sebuah cerita baru. Puteri buat kajian, puteri tambah ilmu tentang penulisan kreatif. Tajuk pun puteri olah dan kali ini puteri cuba nasib di laman web Ilham Karangkraf.
Dengan izinNYA, jika ada rezeki, puteri harap karya kali ini dapat diterima dan diterbitkan. Tapi puteri perlukan sokongan dan feedback dari korang. Puteri ni budak baru belajar dalam bab penulisan kreatif. Puteri harap korang dapat baca dan berikan pandangan. Jika ada kekurangan akan puteri perbaiki.
Yang sudi nak bantu puteri tu, bolehlah baca karya puteri JODOH ITU TAKDIRKU. Sebarang komen amat dialu-alukan. Semalam puteri baru masukkan satu bab, tapi bila check tadi dah seratus lebih yang baca. Seronok bila orang baca karya kita.
Doakan ye agar kali ini ada rezeki puteri untuk melihat karya sendiri di pasaran.
p/s aku pernah jatuh, aku pernah mengalah tapi aku tak akan menyerah.
kuat semangat puteri..teruskan usaha ya. n semoga usaha puteri akan berjaya, insyaAllah. =)
thanks dear 🙂
Puteri, jangan putus asa! J.K Rowling penulis Harry Potter tu pun ditolak manuscript harry potter yang pertama tu oleh 12 publisher! Agak2 menyesal tak 12 publisher tu sebab tolak novel Rowling ni. hihi..
wah 12 kali kena reject? memang kuat semangat J.K Rowling tu. Puteri sekali pun dah rasa agak down dulu 😀
mungkin maksud puteri ditolak pada penghujung bulan Disember 2013? typo error?
macam mana boleh timbul hal janji palsu tu, sangat tak professionallah golongan ini buat kerja.
tak baik buat lagu tu kat orang.. naya..
inshaAllah cik puteri, saya akan berkunjung ke e-penulisan cik puteri tersebut.
pandangan atau kritikan tidaklah, tapi kalau best saya baca je sampai habis..
hehe ^_^
yup kena reject di penghujung disember 2013..sebagai orang baru mungkin banyak kekurangan manuskrip puteri tu, cuma tak faham kenapa almost one year baru diorang nak reject.
Terima kasih ye sebab sudi nak baca karya puteri tu, kalau tak best gitau je 😀
woww. nice job kak.
kegagalan bukan gagal selamanyaa.
ganbtte bittaufiq wannajahh! 😀
thanks DF 😀
semoga berjaya puteri..siap ke nak macau tu
thanks suri…nanti baca tau 😀
sisi boleh! sy sentiasa sokong sis.. jap eh baca dulu
thanks adik manis 🙂 dah baca nanti komen ye… 😀
dah baca dah semalam.. penulisan much better dr yg before ni.. mcm byk improvement je. hehe.. cuma mcm mula2 tu agak confuse sikit watak ni sape, watak tu sape.. mungkin boleh detailed lg kot sis..
eh komen kt sini boleh je kan? hehe
boleh je komen kat sini…hehe. Ok bab-bab akan datang sis akan cuba lebih detail lagi. Thanks sudi baca 😀
all the best sis.. hehe..
thank you 😀
patut la tulisan pk ada bau & ada aura cam ala-ala novel, sentuhan berbisa dong 🙂 stay cool pk, dulu cikgu kata usaha tangga kejayaan kan 🙂
belum cukup berbisa lagi…hehehe. Thanks PJ…will do 😀
hi puteri 🙂
ayie dah baca prolog di ilham tu… 🙂
apa impian pun klu tak putus asa dan berusaha insya Allah akan dpt capai kn 🙂
ohh dah baca ke? nak komen apa-apa tak? 🙂
episod 1 pun ayie dah baca…masih peringkat pemghayatan watak2. ikuti je dulu perjalanan cerita.. 🙂
ayie tgok setiap episod ada 100 ke atas yg baca…tahniah 🙂
ha ah permulaan bab lebih kepada pengenalan watak…terima kasih ayie 😀
setiap kejadian ada hikmahnya..semoga berjaya puteri..
thanks HB 🙂
jgn mudah putus asa
akan terus berjuang…thanks CB 🙂
Tak sabar nak baca buku puteri.
Tak pe..pastikan publisher yang reject puteri tu rasa menyesal bila dah publish buku ni nanti. Doa banyak2 ye minta dipermudahkan..
JK Rowling pun kena reject banyak kali. Sekarang billionaire dah kot
thanks ye emalin…mudah-mudahan akan terbitlah novel ni 😀
There is no easy ways untuk berjaya kan puteri..Anggaplah kegagalan tu pembakar semangat…I believe you can do it…nanti kita baca karya puteri k..
yup…there is no easy way. Thanks Raudzah 😀
inshaAllah puteri, jika desire puteri kuat dan puteri percya boleh terbit suatu hari nanti, tak mustahil akan tercapai hasrat putri 🙂
terima kasih Zuan 🙂
Kami sokong perjuangan puteri.. Semoga Impian puteri tercapai
terima kasih kerana menyokong 😀
semoga lebih berjaya.
terima kasih imran 🙂
as’salam cik puteri…
Yaya dah kurang minat mbca novel ni..dulu time sek rajin jgk bce..
tapi apapun Yaya doakan puteri sntiasa dimurhkn rezki..aminn.InsyaAllah.
asalkan jgn putus asa dan pcya rezki itu dtgn Allah SWT..
bersemangat ye! ^_^
terima kasih yaya 😀
Kalau Karangkraf juga tidak setuju terbit, boleh cuba penerbit yang lain. Betullah JKR ditolak oleh 12 penerbit dan mereka rugi. Penerbit ke13 terbitkan dan ia menjadi novel yang sukses. Kalau selepas ini vovel puteri diterbitkan dan bagus jualannya, penerbit yang menolak dulu akan menyesal tak sudah.
mudah-mudahan akan juga diterbitkan ni…puteri akan cuba beri yang terbaik 🙂
jangan putus asa puteri , kalau nak yang terbaik kene sabar dan jangan mudah mengalah.Ini lah cabaran nya dalam penulisan.Chayok2 puteri.
puteri akan cuba dan terus cuba…thanks azie 😀
Alhamdulillah, berjaya Puteri hasilkan manuskrip. Orang yang tolak tu dia nak nampak lagi, minta Allah tunjuk publisher yang ngam dengan buku puteri. Masa tu barulah dia tau
mungkin yang menolak itu nampak kekurangan pada manuskrip tu…takpe puteri akan cuba lagi. Terima kasih ye Dr Fyda 😀
kalau tak jatuh mana tau rasanya sakit..yg penting puteri tak putus asa dan sentiasa memperbaiki mutu penulisan. Insyaa Allah ada rezeki puteri nanti..
puteri akan terus cuba…terima kasih hunymadu 😀
semoga berjaya puteri.. teruskan usaha.. jgn sesekali putus asa yea.. hehhee
terima kasih kak…puteri akan terus cuba 🙂
semangat terus putri
terima kasih 😀
kalau dah berjaya cetak bgtahu ye..nanti suki beli =)
ok suki… doakan ye 😀
Teruskan usaha puteri dalam berkarya ye… gogo cayok….
thank you 😀
Pedulikkan ngan apa jerk org cakap k.. yang pasti kita buat dulu…
ye..kena lebih fokus nampaknya 😀
Ani yakin satu hari karya Puteri pasti ada kat Pasaran Amin.
Puteri Boleh! 😀
terima kasih Ani… 😀
Puteri, saya pun penulis novel. selalu juga tulis novel kat blog dan pernah hantar manuskrip ke satu syarikat penerbitan. tetapi dipulangkan sebab tak bagus. 🙁
ohh ye ke…tak pernah cuba hantar ke syarikat penerbitan yang lain?
All the best, Puteri darling. Allah pasti tidak akan sia-siakan usaha Puteri 🙂
thanks dear…harap kali ini puteri berjaya 🙂
Takpa puteri, satu hari nanti rezeki tu pasti muncul juga..keep writing k =)
thanks dear…will try to keep on writing 😀
All The Best.. Be strong
thanks sis 😀
tak leh nak kata apa.
memang diorang ada hak nak batalkan atau terima.
kita sebagai penulis, memang terpaksa terima hakikat ni.
yup…memang diorang akan hak nak reject..tapi pelik sebab diorang ambil masa hampir setahun untuk pulangkan manusrkip 😀
Takpe Puteri.. Jangan putus asa k.. Novel Puteri Sheila belum baca lagi.. insya Allah sheila mesti baca.. banyak masa free ni time pantang..
Thanks Sheila…dah baca komen ye 😀
biasanya ini petanda orang yang akan berjaya..semoga ada la rezeki gembira nantinya tu..hehe
mudah-mudahan begitulah hendaknya 🙂
yang penting jangan mudah putus asa tau dear PK.
thanks fyna dear 🙂