Tuesday , 21 November 2017
Home » Resipi » Cara Buat Jeruk Asam Boi Viral

Cara Buat Jeruk Asam Boi Viral

Resipi jeruk asam boi sudah menjadi viral di FB. Semua nak tahu cara buat jeruk asam boi. Ada yang letak mangga, ada yang letak epal hijau, ada juga yang letak jambu. Tidak kira buah apa pun yang digunakan, bahan yang harus ada adalah asam boi.

Setiap hari buka FB tengok ada je yang update status berkenaan jeruk asam boi. Ada yang buat untuk menjual, tak kurang pula yang buat untuk makan sendiri. Bila dah hari-hari tengok gambar jeruk asam boi, jadi terliur dibuatnya.

Memandangkan cara nak buat jeruk asam boi tak susah. Pejam mata pun boleh buat tapi jangan sampai terpotong jari nanti. Bahan-bahannya pun mudah didapati. Jadi puteri pun cubalah buat sendiri. Nak juga tahu apa yang istimewanya jeruk asam boi ni sampai boleh jadi viral. Semua orang nak buat. Semua orang nak rasa.

Jeruk Asam Boi Epal Hijau

Resipi Jeruk Asam Boi Versi Puteri Kasih

Mangga Muda (Puteri pilih mangga muda yang lemak rasanya, tak masam.)
Epal Hijau
Asam Boi
Cili Padi
Gula
Garam

Cara Buat Jeruk Asam Boi Versi Puteri Kasih.

1) Potong mangga muda dan epal hijau ikut saiz pilihan. Puteri suka hiris nipis-nipis sebab mudah nak serap perasa asam boi, cili, gula dan garam.

2) Hiriskan cili. Nak letak cili hijau pun boleh.

3) Gaulkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas. Gula dan garam ikut citarasa sendiri.

4) Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.

Jeruk Asam Boi Sedap

Hasilnya, lepas beberapa jam puteri rasa jeruk asam boi tu. Masih tak berapa sedap sebab rasa asam boiΒ belum bersatu dengan buah. Dapat rasa kepedasan cili je. ( Sebenarnya puteri terlebih letak cili)

Hari kedua, Perasa dah makin bersatu. Sedap tapi masih belum menepati citarasa puteri.

Hari ketiga, rasa nak je habiskan satu botol tu. Sedap bila semua rasa dah bersatu.

Hari ini hari keempat, tinggal sikit je. Nanti kena buat lagi.

Semalam puteri tengok kat FB ada yang mengadu tak puas hati dengan jeruk asam boi yang dibeli secara online. Biasalah buah-buahan segar mana boleh tahan lama kalau tak letak dalam peti sejuk. Kalau pos pun paling awal kena ambil masa sehari. Jadi memang rasa buah tu akan tak segar bila sampai ke pembeli. Bukan salah penjual pun. Pasti masa penjual tu buat, buah tu memang segar.

RasanyaΒ benda mudah macam ni, semua orang boleh buat sendiri. Kalau nak sangat yang segar, beli je buah kat pasaraya atau pasar tani ke, beli asam boi dan buat sendiri. Sekejap je dah siap.

Korang dah cuba buat jeruk asam boi? Kalau belum, bolehlah cuba buat.

Sedap,Β sangat sedap.

(Visited 8,507 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

66 comments

  1. lagi gambar?
    selagi ada gambar macam ni, selagi tu la kecur air liur ni.
    sayang tak leh jamah lagi buat masa sekarang..
    huhu.. πŸ™

  2. mcm best.. puteri dah buat ke.. nasib ler akak xmngidam.. huhu

  3. Sambil baca sambil telan air liur. Memang kecur liur. Kene buat jugak nih….gulp!

  4. memang senang nak wat. samada rajin atau x je. kan dear PK?

  5. wah..viral sungguh kan? merata-rata kat FB orang buat dan jual..watery dah mulut ni tengok hehe

  6. akak pun dah try buat…belum sampai sehari dah licin.

  7. hi puteri πŸ™‚

    mmg senang sgt klu kita nk buat sendiri kn bukn susah pun…hehe

    ayie ada tgok jgk yg org komplen beli online tu..ayie rasa bukn saja tak puas hati sbb rasa tapi sbb sedikit sgt tak mcm gambar yg dipromosikn nampak penuh satu balang..sbb tu kot

    • memang senang…nanti ayie jangan lupa buat tau …hehehe

      bila mula mula buat memang akan nampak penuh botol..tapi biasalah buah segar kan bila dah bercampur gula dan garam, mungkin saiz akan mengecut sedikit πŸ˜€

  8. mak aii… pj suka sgt ni, mangga yg lemak tu kan pk. 1st time cuba ada org jual harga 10 hengit satu balang kecik tu..

  9. Ayooo, bila baca pun dah boleh meleleh air liur ni. hee hee. memang nak kena cari bahan nak kena buat ni! seb baik tak mengandung. kikiki….

  10. tak terasa nak buat lagi sis. hehe..

  11. azie dah try buat..mmg best…sedap giler, senang pun senang, bila mkn x bole berhenti..ke3

  12. kalau dah terlampau sedap tu..boleh jual la puteri pasti ramai nak beli pulak!

  13. Terliur tgk pg2 ni. Haha… kena try buat ni. Hehe

  14. Senangnya nak buat jeruk asam boi ni. Boleh cuba jap.lagi ni hihi

  15. Assalammualaikum.. puteri,

    wahh.. terliuh pulak memang sungguh menyelerakan..

    mselim3

  16. Saya pun dah buat nih… ekekek… mmg viral sungguh ler mende nih la nih…. wat kengkawan kat luar sana… but sendiri ja… senanggg sesgtt…

    http://supernifzvitamin.com/kedondong-asam/

  17. sedapnya. Terasa mcam dah ada kat tekak hehe

  18. oww snang rupanya nak buat ni..hehe..thanks 4 d sharing..

  19. Macamana nak order yer? Ha Ha gurau je.. Apa pun tahniah diucapkan yer puteri sebab berjaya buat dan menghabiskannya pulak..

  20. nampak sedapp tapi fiqa kureng mkn bnde masam hahaha
    nanti muka berkerut jaa πŸ˜€

  21. Ini kalau buat tak sampai sehari dah licin..heheh

  22. jeruk yg tgh femes skrng….
    tp yaya xterasa nak makan jeruk..pula..

    (tapi banyak makan buah cicah asam serbuk tu.. ;p)

  23. Nampak macam sedap je even kita memang tak makan mangga yang masam..tapi betul kata puteri sebenarnya buat sendiri lagi bestkan..senang aje pun…

  24. Oh! Tidak direndam di dalam air?

  25. lepas baca nie rasa semangat sikit nk buat. semalam beli mangga madu. muda lagi rupanya..so mcm sesuai sgt nak dijerukkan ye tak. ^_^ blh try resepi puteri nie. mekasih ya. hehe..

  26. Wowww..mmg nmpk sedap la jeruk asam boi ni…terliurrr giler bila bca tdi…kikikiki….nk try la nt..thanks ehh PK… πŸ™‚

  27. waaa sedakk nyee

  28. Alamak..terliur la pulak nasib tak mengidam aje nih..hah

  29. Asam boi..huhu…dulu masa kecik2 memang suka makan…sekarang pun suka tapi agak berkurangan sebab ada orang cakap kalau banyak makan asam..boleh kurus..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *