Monday , 18 June 2018
Home » Motivasi Diri » Pelajaran Hidup Sebagai Panduan

Pelajaran Hidup Sebagai Panduan

Sambil membelek majalah-majalah lama, terjumpa satu artikel berkaitan Life Lessons atau Pelajaran Hidup yang boleh dijadikan panduan untuk masa depan yang lebih baik.

Pelajaran hidup adalah pengalaman yang dikongsikan agar orang lain tidak mengulangi kesalahan yang sama.

1) Jangan Terlalu Mengikut – Sekarang ni zaman ‘trend’. Orang suka buat sesuatu semata-mata kerana nak ikut trend. Kalau tak ikut, dituduh ketinggalan zaman pula. Bukan semua yang menjadi ikutan tu baik untuk kita. Kalau rasa tak sesuai dengan diri, tak perlu ikut.

2) Belajar Kawal Emosi – Manusia biasanya bertindak mengikut emosi. Bila kita tak dapat kawal emosi, kita mungkin akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Sesuatu yang akan membuat kita menyesal kemudian. Sebelum bertindak atau berkata-kata..pastikan emosi stabil. Jika tidak..seeloknya take five dulu.

3) Kehidupan Perlu Diteruskan – Kehidupan adalah anugerah yang tidak ternilai. Biarpun berdepan dengan apa juga situasi atau gelap mana sekalipun kehidupan di hadapan…langkah tetap perlu diteruskan. Biarpun kadang kala kita harus mengalah…tetapi jangan sesekali menyerah.

4) Harus Ada Pegangan Hidup – Tanpa pegangan hidup, kita akan terumbang ambing seperti kapal di tengah laut tanpa arah tuju. Bila kita ada prinsip hidup, kita akan menjadi lebih fokus untuk menuju ke destinasi.

Perjalanan Hidup

5) Berfikiran Terbuka – Luaskan pemikiran bila berdepan dengan pelbagai situasi. Bila kita berfikiran terbuka, kita akan lebih positif dan dapat melihat kehidupan dengan lebih jelas.

6) Pelihara Maruah Diri – Maruah diri perlu diutamakan. Bukan sahaja untuk menjaga nama baik diri, tapi juga nama baik keluarga. Kena pandai membawa diri dan menjaga batas pergaulan. Bila maruah terjaga, orang lain akan lebih menghormati.

7) Jangan Buang Masa – Masa yang singkat jangan dibazirkan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Masa yang dah berlalu takkan berulang, sebelum kita menyesal lebih baik kita isikan masa yang ada ni dengan perkara berfaedah

8) Berangan Seiring Usaha – Berangan adalah langkah pertama ke arah kejayaan tapi tanpa usaha berangan hanya sekadar angan-angan. Usaha adalah kunci kepada pintu kejayaan. Kejayaan tak akan datang bergolek. Biar kita merangkak ke depan..jangan berlari ke belakang.

Masih belum terlambat untuk kita menjadi yang lebih baik dari semalam. Jika kita renung kembali, pasti banyak pelajaran hidup yang telah kita pelajari dan seeloknya setiap pelajaran hidup itu kita manfaatkan dengan baik.

#SebagaiPeringatanUntukDiriSendiri

(Visited 367 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

38 comments

  1. Agreed Puteri…semua point kat atas memang relevan & boleh dijadikan panduan…

  2. CIMB cash rebate for you..

  3. Nice sharing kak Puteri ;D Bolehlah jadi panduan kita ^_^

  4. Perkongsian yang berguna ini puteri. Maruah diri perlu dijaga. Ianya mencerminkan keadaan diri kita yang sebenarnya.

  5. saya suka kepada pelajaran hidup jangan terlalu mengikut…sebab apa yang kita ikut itu belum tentu baik

  6. hai..sukar kalau kita tak dapat kawal nafsu uh..payah sungguh macam ni heeee

  7. memang tak adalah sayang sb itu saya komen lebih dari tiga kali heee.supaya dia refresh tapi tak ada apa nak ketuk uh..maka kalau ada saya sebut di sini.ni kira pelawat kita ni pelawta tetap blog ni juga..trafik juga kan//

    sedih jagan sesekali yer.. 😉

  8. belajar selalunya dari pengalaman hidup…

  9. yang no 2 tu kadang2 terbabas =)

  10. Panduan yang boleh dipegang sebagai prinsip hidup…

  11. It’s a great guide and reference!

  12. itulah suri sllu on pagi..malam ada juga kalau sahajak on fb hurm…asal tak pelikkan..cpc tak der plk nampak.

  13. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Buat sesuatu bukan untuk penghargaan manusia, cukuplah redha Allah

  14. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat untuk semua.

  15. Jgn kuat berangan kan puteri..

  16. kehidupan yang sempurna memerlukan ilmu didada. dengan ilmu hidup akan menjadi indah kan puterik 🙂

  17. Panduan yang sangat bagus 🙂

  18. pnting..ambil pengran dan plajran ats kesalahan yg tlh dilakukan
    spy tidak ulang ksalahan yang sama,kan. dan perlu setiasa berusaha perbaiki diri..