Monday , 18 June 2018
Home » Pendapat » Kenapa Suka Baca Blog Tu?

Kenapa Suka Baca Blog Tu?

Setiap antara kita pasti mempunyai beberapa blog kegemaran yang akan kita singgah dan baca setiap kali ada artikel baru di blog tersebut. Mungkin sebagai silent reader ataupun sebagai seorang yang rajin meninggalkan komen.

Pasti ada ciri-ciri tertentu yang membuatkan sesuatu blog itu menarik minat kita untuk membaca setiap artikel yang dikongsikan oleh pemilik atau admin blog tersebut.

Lain orang pasti lain ciri-ciri blog yang menjadi pilihannya. Ada yang suka baca blog yang berniche peribadi. Ada pula yang lebih suka artikel yang berinformasi.

Puteri tak kisah, blog niche apa pun puteri akan baca. Panjang atau pendek sesebuah artikel tak penting pada puteri, kalau artikel tu menarik dan banyak informasi…panjang mana pun puteri tetap akan baca. Kalau terlalu pendek pun kadang kala rasa macam tak puas baca kan. Tapi kalau artikel panjang berjela tapi asyik ulang cerita yang sama, jujur cakap memang puteri baca sepintas lalu je.

Jangan Di Tanya Salah Siapa
Kenapa Suka Blog Tu?

Lagi satu ciri blog yang puteri suka, blog yang nampak kemas dan tidak sakit mata bila membaca artikel. Ada segelintir blog yang iklan lebih menonjol berbanding artikel. Kadang kala nak baca artikel pun payah, terpaksa scroll atas bawah. Blog sebegitu memang puteri kurang gemar. Tapi kalau artikel menarik, puteri tetap cuba baca juga kadang kala terpaksa kecilkan saiz supaya iklan tak menghalang artikel.

Dan puteri suka baca blog yang ada feedback, maksud puteri komen yang kita tinggalkan di sesuatu blog itu mendapat balasan dari admin blog tersebut. Blog sebegitu memang seronok untuk disinggah sebab kita dapat tukar-tukar pendapat dengan tuan blog tersebut. Secara tak langsung dapat tambah ilmu.

Korang pula suka ciri-ciri blog yang macam mana?

 

(Visited 108 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

46 comments

  1. Blog yg loading cepat.. hee 😀

  2. saya suka baca blog yg pendek2.. sebab tu saya suka tulis artikel pendek2..
    maklumlah busy and body selalu… 😀

  3. nor farizan mazlan

    Sy suka dgn blog yg mmpunyai idea lain dr yg lain serta blog mskn yg mnggunakan gambar yg menarik.

  4. totally agree with u.

  5. Kawe suka baca blog sendiri.. adehh ‘ter promote’ lak 😀

  6. salam cik puteri =)

    kalau yaya pula bergantung pada isi entri tu..kalau perkara yg boleh menambh ilmu pgetahuan ni, yang yaya minat baca memang yaya akan baca dari awl smpai akhr..lagi, taip tu kena terang n jelas..hehe tapi memng xsuka baca kalau yang penulisannya sush nak baca n paham..

  7. Baru nak aktif blog.boleh kongsi2 pendapat

  8. Saya kalau panjang sangat memang malas la nak baca. Hehe. Laju je baca jadinya.

  9. Kita support ramai Bloggers..macam-macam versi..kalau ada info yang baik lagi bagus…

  10. Saya suka baca blog yang beri banyak maklumat…

  11. betul tu.. mcm sesetengah blog.. penuh dgn iklan yang terapung tu.. susah nk baca content…

  12. Bagus juga Puteri share sebab-sebab ni, boleh saya jadikan tambahan untuk improve blog sendiri..tq 🙂

  13. Den ni silent reader blog ni..hehe

  14. Blog yang mengetengahkan idea dan pendapat pemilik blog itu sendiri. Bukan ambil sana, ceduk sini dan tampal pada blog.

  15. gua suka baca blog gua. haha..

  16. saya suka blog dari wordpress yang ada pasang commentluv..

  17. azie x kesah blog tu mcm mana…janji mudah nak baca and komen itu dah cukup…he3

  18. Saya pun cam puteri gak cuma kalau ada iklan atau pop up yang menganggu memang x baca terus la jawabnya..

  19. Sy suka blog yg simple n nice..

  20. jarang dh bw skrg ni sis.. yg reply jejak ni pun, yg tinggalkan komen kt blog. =(

    skrg ni tak sempat nak reply komen kt blog dah.. mmg busy tak putus2. huhu.. belum ada lagi satu bulan yg betul2 free takde terkejar kesana kemari 3-4 bulan berturut ni. sobs