Monday , 18 June 2018
Home » Petua & Tips » Tips Atasi Adunan Biskut Terlebih Keras Atau Lembik

Tips Atasi Adunan Biskut Terlebih Keras Atau Lembik

Pernah tak buat adunan biskut, lepas tu rasa macam adunan biskut tu terlebih keras ataupun terlebih lembut atau lembik. Untuk mereka yang pertama kali buat biskut, pasti akan berasa panik tengok adunan biskut tak berapa menjadi. Sebenarnya ada tips yang mudah untuk menyelesaikan masalah ini.

Apa Yang Perlu Di Lakukan Bila Adunan Biskut Terlebih Keras?

Antara punca utama adunan biskut menjadi keras, sebab terlebih letak tepung semasa mencampurkan bahan-bahan membuat biskut. Ataupun terkurang letak mentega atau marjerin. Memandangkan bahan untuk membuat biskut biasanya tidak melibatkan air. Jadi jangan pandai-pandai tambahkan air untuk melembutkan adunan biskut yang keras. Adunan biskut kalau dicampurkan air, akan lagi keras selepas membakarnya.

Sumber: Google

Jadi kalau adunan biskut yang dibuat terlebih keras, cara yang paling mudah dan sesuai adalah dengan menambahkan lagi sedikit mentega atau marjerin. Kemudian uli sehingga adunan menjadi lembut.

Bagaimana Pula Kalau Adunan Biskut Terlebih Lembut Atau Lembik?

Jika kita terkurang meletak tepung atau terlebih meletak mentega dan marjerin atau mungkin terlebih letak telur kedalam adunan biskut, akan menghasilkan doh yang terlebih lembut atau lembik.

Ramai sebenarnya mengambil jalan pintas dengan menambahkan tepung ke dalam adunan yang lembut tu. Dulu puteri pun pernah buat camtu. Tapi hasilnya, biskut yang telah dibakar jadi keras. Tak cair dalam mulut.

Jadi cara untuk mengatasi masalah adunan atau doh biskut terlebih lembut, hanya perlu masukkan ke dalam plastik atau bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam atau semalaman. Β Selepas tu, adunan akan lebih keras dan mudah dibentuk.

Jadi inilah tips dari puteri jika korang buat adunan biskut terlebih lembut atau terlebih keras. Harap ianya membantu.

 

 

(Visited 32,995 times, 5 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

48 comments

  1. sedapnya cookies..puteri mesti expert buat biskutkan..

  2. pandai sangat..pandai order je..hihi

  3. dulu puterij rajin la buat-buat biskut ni… tapi leni biskut tunjuk-tunjuk je la… πŸ˜€

  4. bagus tips yg puteri berikan….
    dah boleh tauke biskut niee πŸ˜€

  5. Hati terusik…Ramadhan bakal menjelma. INSHAALLAH

  6. hi puteri πŸ™‚

    nak dekat ramadan nih klu jual biskut kat bazaar ramadan pun laku jugak kn. πŸ™‚

  7. Great tips, thanks for sharing!

  8. adunan yang betul menghasilkan biskut yang sedap.

  9. jangan putus asa. kalau tak jadi buat lagi. lama-ama ok lah kan

  10. Wahhh menarik….berguna buat mereka yang memerlukan…lagi syok, dapatkan panduan tu..leh la buat bekal raya ni..hehe

  11. Puteri dah prepare nak buat biskut raya ni. πŸ™‚

  12. Hmmm.. ini anak gadis kawe yg 10 tahun tu kena baca. Selalu dia main lanyak jer buat kek atau biskut di rumah. Bukan dia kisah cam ne rasa. Kalau jadi, ramai ler makan. Kalau tak adehh membazirnya. Tapi maknya pun satu… tepung, telur, mejerin etc tak kasi sorok. Si Budak ni pantang tengok ada barang2, mmg dia memasak punya…

    • baguslah kecik-kecik dia dah rajin belajar buat kek dan biskut…nanti-nanti dia terror la tu bro. Puteri dulu pun masa mula mula belajar buat biskut, jadi biskut main lanyak juga…hehe πŸ™‚

  13. wahhh… info yg sangat berguna. terima kasih puteri πŸ™‚

  14. time nk pose ni mmg time org buat kuih kan cik puteri..
    tips ni bgus sgt…lbh2 lg org mcm yaya yg bru blaja nk buat kuih..
    kdng tkeras..terkadang lembut sgt..kuih pon jd leper jek..huhu
    thanks cik puteri ^,^

  15. tu la kalau lembik sgt tambah tepung je. adoi. hehe. thanks sis. πŸ˜€

  16. Timbang semua bahan untuk buat biskut siap-siap dulu, barulah mulakan bancuhan. Jangan ketika nak bancuh ketika itulah nak timbang, itu yang buatkan mungkin tersilap bahan, jadikan bancuhan doh terlebih keras atau terlebih lembik….

  17. Perkongsian yang sangat bagus, terima kasih

  18. teringat masa bujang dulu, buat biskut raya dengan mom..sampai kejang bontot kacau adunan..time tulah masa yang seronok walaupun tengah berpuasa.

  19. saya suka makan biskut.. tapi kek mmg tak boleh telan

  20. Setelah berdekad tak buat biskut raya. Tetiba buat. Doh keras hihi..google terjpe blog puteri. Nanti g cari mentega lagi untuk lembutkan doh tapi bagaimana cara nak tmbh ke doh original. Pukul mentega then add in the doh keras ke?

  21. kalo biskut da jd plak tapi keras ada petua x nak auter?? heheeh.. sy bdk baru blaja.. huhu..

  22. Biskut sy terlebih lembik….pas2 masak pun cair lg…waaaa