Sunday , 19 November 2017
Home » Sharing » Hadiah Yang Sesuai Untuk Hari Ibu

Hadiah Yang Sesuai Untuk Hari Ibu

Amboi mentang-mentang esok Hari Ibu, ramai yang cari hadiah untuk diberikan kepada ibu mereka. Hadiah apa yang sesuai untuk seorang ibu?

Kita semua sedia maklum, hari ibu bukan untuk disambut sehari setiap tahun. Setiap hari pun hari ibu. Setiap hari pun kita kena sayang ibu. Tanpa ibu, tak akan terlahirlah kita ke dunia ini. Setiap hari pun kita boleh berikan ucapan yang istimewa untuk ibu, tak perlulah tunggu ahad kedua dalam bulan mei setiap tahun.

Kalau berjauhan dengan ibu, telefonlah ibu setiap hari. Kalau dengan kekasih hati boleh bergayut berjam-jam setiap hari takkan dengan ibu nak telefon tanya khabar pun tak boleh kan.Β Untuk yang tinggal bersama ibu, bolehlah peluk ibu hari-hari. Tak perlu tunggu satu hari istimewa untuk tunjukkan kasih sayang kita kepada ibu.

Hadiah Sesuai Untuk Ibu

Berbalik kepada tajuk artikel, hadiah yang sesuai untuk hari ibu…kalau ibu minat membaking, bolehlah dapatkan Panduan Buat Biskut Raya atau Panduan Membuat Kek Coklat. Raya kan dah nak dekat..pasti ibu seronok dapat belajar buat pelbagai jenis biskut dan kek untuk Raya nanti.

Kalau ibu minat menjahit pula, boleh dapatkan Panduan Menjahit Baju Kurung. Masa raya nanti, dapatlah korang satu keluarga bergaya dengan baju raya baru hasil jahitan ibu yang tersayang.

Siapa kata susah nak cari hadiah. Kalau korang tahu apa minat ibu, pasti senang nak cari hadiah yang sesuai. Hadiah yang boleh buat ibu tersenyum berhari-hari.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, mak, mama, umi, mummy.

(Visited 4,739 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

30 comments

  1. Hari Ibu memang hari yang sangat bermakna buat semua yang bernama IBU
    Selamat Hari Ibu

  2. hari-hari adalah hari ibu. bila2 je pun boleh bagi hadiah kt ibu. kan sis? hehe

    sis, sy tag sis ye..
    http://chipmunkandbarney.blogspot.com/2014/05/the-liebstar-award.html

  3. Tidak ada hadiah yang terbaik untuk seorang ibu melainkan anaknya menjadi anak yang beriman dan berakhlak baik. Hadiah-hadiah fizikal ini ‘sampingan’ sahaja. Tetapi dalam banyak-banyak hadiah…saya rasa yang terbaik ialah selalu bertanya khabar dan balik menziarahinya.

  4. Tapi doa selamat untuk ibu perlu tiap hari. He he

  5. Selamat Hari Ibu! ;D

  6. hadiah yang paling tak ternilai, sentiasa menziarah mereka.

  7. camat hari mum heee..hari ini dan hari lain juga hari mereka

  8. fear factor tiga juta heeeee.. πŸ™‚ terima kasih ibu sebab lahirkan dan membesarkan kami

  9. Doa dan kasih sayang adalah hadiah yang paling istimewa untuk ibu kita..Mulakan hari kita dengan doa untuk mereka. In Shaa Allah diberkati hidup dunia & akhirat..

  10. 2X Vanish Power for you..

  11. kasih sayang tak ternilai adalah hadiah utk ibu suki πŸ™‚

  12. Bab ni yg sayu sikit sbb ibu kawe dah tak de lagi. So celebrate utk wife aje… Hadiah tu..errr ada ler πŸ˜€

  13. Tabung iphone & 24/7 news for you..

  14. xingt lgsung mase time ari ibu ari tu..
    tau pon bila kawan bgtau..heeee biasela..
    kita smbut ari ibu hari2…bukn ade time-time tertentu jee..
    ^,^ kan

  15. Great ideas for mother’s day gift!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *