Monday , 18 June 2018
Home » Isu Semasa » Semakin Berjerebu. Apa Bacaan IPU?

Semakin Berjerebu. Apa Bacaan IPU?

Jerebu seolah dah semakin teruk di sini. Tempat korang berjerebu tak? Kalau mengikut bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kat Seremban ni dah 117 berbanding 104 pada pukul 6 pagi tadi. Kalau korang nak semak bacaan IPU di tempat korang, boleh klik SINI

IPU antara 100 -200 adalah tidak sihat. Dari apa yang puteri semak tadi, bacaan IPU paling tinggi di Semenanjung Malaysia sekitar pukul 9 pagi adalah di Kuala Selangor yang mencatatkan bacaan IPU 158, diikuti Pelabuhan Kelang 148 dan Nilai 147.

Menjaga Kesihatan Semasa Jerebu
sumber: google

Jika berada di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat, eloklah kurangkan aktiviti luar. Banyakkan minum air dan mandi dengan lebih kerap. Korang boleh baca Tips Menjaga Kesihatan Semasa Jerebu.

Biasanya ketika musim jerebu ni, tekak akan mula rasa tidak selesa dan diikuti dengan batuk dan selsema. Boleh cuba Tips Mudah Untuk Melegakan Sakit Tekak Dan Batuk.

Harap korang semua jaga kesihatan.

p/s Teruskan berdoa agar MH370 segera ditemui.

(Visited 513 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

50 comments

  1. Take care kak Puteri..

  2. Lonely Scorpio Girl

    Jaga kesihatan diri baik-baik semasa jerebu ni, Puteri ^__^

  3. Kena pakai mask tu kalau jerebu makin teruk. Kat tempat saya jerebu hanya waktu pagi jer.

  4. Kena jaga kesihatan bila jerebu macam ini.

  5. shah alam pun makin teruk kak, aduhhh risau nie

  6. dengar berita tadi pun dah kata ada sesetengah tempat yg IPU yg tinggi balik. tp area tmpt aku tggl, jerebu tak ketara sangat. harap2 x menjadi lebih teruk lepas nih.

  7. nilai?! dekat dengan sepang , memang bacaan tinggi tu…
    bila masuk rumah jer , bau asap kuat jugak…
    x bole sidai baju kat luar…nanti x wangie sebab bau asap…
    apa pun puteri jaga kesihatan okey…chill

  8. Norhasniza Khalid

    memang kena jaga kesihatan betul-betul waktu jerebu ni, rimas rasa nak bernafas..

  9. kesian kat depa2 yang tempat tak dak air tu.nak mandi kerap2 pun tak boleh..

  10. Yup memang berjerebu sangat puteri.sampai petang suram…dengan panas lagi..memang dugaan sangat-sangat.

  11. iphone5 & Bluebirds for you!!!

  12. kat tempat aiza pun teruk juga jerebu.. mata pedih dan dada terasa sesak..

  13. hari ni mmg teruk sgt sis. huhu…

  14. Nasib baik johor masih ok kualiti udaranya

  15. terpaksa balik awal hari ni sebab jerebu yg memedihkan mata di tempat kerja,API 227

  16. jerebu makin teruk di lembah klang..memang tak sesuai adakan aktiviti luar lebih2 lagi dengan anak2..taman mainan yang selalunya penuh dengan kanak2..lengang sebab jerebu..jaga kesihatan dan banyakkan minum air

  17. Hari ni seharian aku tak keluar rumah.. Sampai dalam rumah pun aku rasa lain macam bila bernafas. Semoga jerebu segera beransur hilang

  18. kat sini masih tak masuk peringkat bahaya lagi agaknya sebab rasanya takde masuk dalam senarai lagi. apa pun jaga diri elok-elok ye, jaga kesihatan 🙂

  19. kat Putrajaya pun level tak sihat. Semalam IPU dah 173-175 gitu…

  20. Semalam saya rasa tahap paling kritikal….. Petang ada hujan sikit kat KL

  21. ipu di puchong masih tidak sihat lagi…
    dah la hari ni kerja jugak. huhu

  22. The haze condition should be better now, heavy rain today also.

  23. Hari yang lalu memng agak teruk jerebu..
    nsib bek xde aktiviti lua..
    jadi duduk rumah je..itupun asap sume msuk jugak lam uma..tp xbnykla

    Alhamdulillah lately ni kerap ujan walau sekejap da kira membntu kurangkan jerebu =)

  24. jerebu boleh mendatangkan penyakit..kita perlu ambil langkah berjaga-jaga