Friday , 18 August 2017
Home » Blog » Tips SEO Yang Perlu Kita Tahu Dan Ikut

Tips SEO Yang Perlu Kita Tahu Dan Ikut

Artikel kali ini puteri nak berkongsi beberapa tips SEO yang perlu kita tahu dan mudah untuk kita ikut. Puteri bukanlah seorang pakar SEO, tapi kadang-kadang puteri rajinkan juga diri yang agak kurang rajin ini untuk menambah ilmu.

Kenapa perlu belajar SEO?

Ilmu SEO ni membantu kita menghasilkan artikel yang berkualiti dan berpeluang tinggi untuk setiap artikel kita berada di laman pertama enjin carian seperti google, yahoo atau bing. Malah ilmu SEO juga sangat membantu jika kita ingin menjana pendapatan sampingan dari blog.

Bagaimana Ilmu SEO membantu menjana pendapatan?

Bila artikel yang kita hasilkan berada di laman pertama enjin carian, ada peluang yang tinggi untuk mendapat trafik dari artikel tersebut. Bila trafik tinggi, banner iklan di blog kita juga pasti akan memberikan sedikit hasil. Dan jika artikel yang berada di laman pertama enjin carian itu adalah artikel mempromosikan produk affiliate, lebih tinggi peluang untuk mendapatkan komisen kerana pembeli yang mencari sesuatu produk akan membeli melalui link affiliate yang kita promosikan itu.

belajar SEO

Puteri nak kongsikan dengan korang apa yang puteri faham, kalau korang rasa ianya salah silalah betulkan. Dan untuk yang tak berapa tahu tentang bab-bab yang berkaitan dengan SEO ni, jom kita belajar SEO sama sama.

Tips SEO Yang Perlu Kita Tahu

Kata Kunci – Yang paling utama yang perlu kita tahu dalam SEO adalah kata kunci (keyword). Β Kalau sebelum ni kita lebih fokuskan penggunaan kata kunci dalam tajuk artikel dan meta tag, sekarang ni kita juga perlu fokuskan penggunaan kata kunci dalam artikel kita. Β Dalam setiap artikel yang kita taip, perlu diselitkan sebanyak mana kata kunci yang bersesuaian dengan topik yang kita bincangkan atau kongsikan.

Kualiti Artikel – Jika boleh, cuba hasilkan artikel yang lebih panjang. Biasanya artikel-artikel yang panjang dan berkualiti lebih mudah berada di laman pertama enjin carian. Untuk menghasilkan satu artikel yang lengkap dan berkualiti, artikel itu perlu ada pembukaan, isi yang lengkap disertakan bersama contoh dan kesimpulan atau penutup. Pastikan artikel ditaip dalam perenggan dan tiada atau kurang kesalahan ejaan. Artikel juga perlulah menarik. Artikel yang membosankan akan membuat pembaca jemu bila membacanya.

Bounce Rate – Jumlah masa pembaca berada diblog menentukan bounce rate. Ada fakta yang menunjukkan bounce rate yang rendah sangat membantu meningkatkan page rank. Jika artikel kita berkualiti, menarik dan lengkap, pastinya pembaca akan meluangkan lebih banyak masa di blog kita untuk membaca apa yang kita kongsikan. Penggunaan bahasa yang mudah difahami juga amat menarik minat pembaca. Malah reka bentuk blog yang kemas dan mudah untuk mencari artikel artikel yang lain sangat membantu pembaca untuk membaca lebih dari satu artikel setiap kali mereka berkunjung ke blog kita. Lebih banyak masa pembaca berada di blog, lebih rendahlah bounce rate blog kita.

Iklan – Sebagai blogger, kita pastinya ingin jana pendapatan sampingan dari blog. Namun memasang terlalu banyak iklan di blog sangat tidak membantu, malah boleh dikenakan penalti. Elakkan memasang iklan jenis popup yang akan memberi kesan setiap kali enjin carian (search engine) merangkak (crawl) ke blog kita. Kita juga kena berhati-hati dengan penggunaan iklan jenis ‘text link’. Pastikan text link yang kita selitkan itu berkaitan dengan artikel yang kita hasilkan.

Kelajuan Blog – Adakalanya kita mengambil mudah bab kelajuan (loading) blog kita. Walaupun ianya mungkin tidak memberi kesan secara terus (direct) kepada SEO atau kedudukan di laman pertama enjin carian tetapi ianya amat memberi kesan kepada bounce rate. Jika loading blog kita lambat, ada kemungkinan yang tinggi orang yang singgah baca tidak akan bersabar dan menunggu lama sehingga blog kita habis load. Dan mereka pasti akan klik X. Jadi kelajuan blog turut menentukan berapa lama seseorang pembaca (visitor) akan berada di blog kita.

Ini antara beberapa tips SEO mudah yang boleh kita pelajari untuk memperbaiki kedudukan setiap artikel kita di enjin carian. Β Jika korang nak belajar lebih banyak lagi tentang topik berkaitan SEO ni, korang bolehlah bolehlah dapatkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Jika berdasarkan tips yang puteri kongsikan ni, nampaknya puteri perlu memperbaiki lagi blog ni, baik dari segi artikel mahupun dari teknikal yang lain. Kalau korang ada pendapat lain tentang topik SEO, silalah kongsikan bersama.

 

(Visited 252 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

72 comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info tentang seo. . Dah agak lama tidak menulis artikel yang menggunakan tip-tip seo. .. cuma baru2 ini baru terfikir nak gunakan balik, itu pun sebab nak cuba bersaing dalam satu cabaran affiliate. .

    • sama-sama bro..biasanya bila nak bersaing dalam cabaran affiliate atau contest SEO, barulah kita semua akan fokus 100% pada SEO kan πŸ™‚ Kalau artikel artikel biasa kadang kala dipandang remeh pula bab bab SEO ni πŸ™‚

  2. wuwuuu! cun kak ui! memang tengah belajar lah sekarang ni, tambah tambah lagi bila mula guna wordpress ni, hehe

  3. Oh.. Nice sharing kak Puteri..
    Jarang sebenarnya nak ber-SEO ni ;D hee

  4. good point puteri..memang semuanya membantu SEO. keywords penting dalam article but not to over do it..nanti kena penalise..part bounce rate tu memang agreed banyak membantu. I am glad mine is good so far..Blog loading time pun penting coz kalau BW kalau ada blog yang lambat memang kita just left…coz ltd time kan..performamnce Blog kita boleh tengok kat dashboard Alexa ranking..most of the things ada kat siti..senang nak monitor..

  5. There is only blue bird for you for the weekend..Happy weekend ya!!!

  6. Yup sekali sekala kena ambik tahu tentang teknik SEO dan cara praktik dia
    bukan sekadar tulis berita hangat hangat tahi ayam, tapi long term strategy tak de, jatuh jugak di SERP nanti πŸ™‚

  7. aiyakkk, SEO ke CEO ke ape2 EO ke mmg failed lah. haha. tak pernah nak faham. hahahaha

  8. setakat ini memang faham punya..semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua!

  9. artikel aiza rasanya tiada ciri-ciri SEO kerana selalu pendek je.. hehe.. kalau nak penuhi ciri-ciri /seo mesti melebihi 300 patah perkataan.. bounce rate tu yang aiza pernah baca kat blog someone, boleh kurangkan jika kita buat related article macam dalam blog puteri ini..

    • takperlu nak buat hari hari artikel yang panjang, dalam seminggu tu bolehlah buat sekali dua. Kalau hari hari artikel panjang, memang leh habis idea nak menaip kan aiza πŸ™‚

      ha ah related article memang membantu juga πŸ™‚

  10. masih banyak yang aiza perlu belajar.. bagus artikel puteri berkaitan tips SEO ini.. terima kasih share.. sangat membantu.. visa,nivea,nivea untuk puteri.. tiada lagi burung biru.. πŸ˜€

  11. terima kasih puteri…entry dan tips SEO yang sangat bermmanfaat…memang bunda masih lagi terkial2 dengan SEO ni..

  12. Yup! SEO is very importang thing untuk sesebuah blog. Skg pun saya masih belajar pasal benda ni dan sampai skg juga x pernah khatam.. hehe. Ilmu SEO ni luas.

  13. Wow, tips yang best, lagi SEO, thanks untuk perkongsian ini. πŸ™‚

  14. bagus infonya,,,tq

  15. Assalammualaikum..puteri,

    terima kasih tips2 nie.. walaupun simple tapi tetap menarik… kalau boleh cuba puteri masukkan tips utk kurangkan bounce rate dan loading blog..

    mselim3

    pls: pape pun perkongsian nie menarik…

  16. datang belajar dengan cikgu puteri

  17. memang pakar seolah puteri ni

  18. wah ada yg liniey x tau dh tau..contohnya selitkan iklan text link kena berkaitan artikel yg kita tulis..tq kak for sharing this πŸ˜€

  19. Tips seo yang terbaik . Lama dah tak baca artikel cara nak seo ne

  20. Perhh.. mastero seo tgh mengajar!..hehe..

  21. Terima kasih atas perkongsian. Dah start amalkan beberapa tips. Alhamdulillah, ada yang dah tunjukkan hasil. Tapi banyak lagi kena baiki. Teruskan share tips-tips SEO ye.

  22. hi puteri… πŸ˜›

    dah byk juga baca pasal SEO ni tapi bounce rate tu..ayie mcm baru tau..hehe

    terima kasih ye puteri kasih yg x lokek berkongsi tip berblog dgn kawan2. πŸ˜€

  23. nak kasi ringan tuh yang payah tuh… sayang sangat widget2 ..hehe…

  24. perkongsian yang berguna ni. Banyak tak tahu lagi tentang SEO. Kena belajar dan fahaminya kan.

  25. salam cik puteri..

    da bnyk kli bce psl seo ni tp xfhm jgk..huuu
    tp apepun thanks share info ni cik puteri ^_^

  26. Rasanya mcm semua kawe dah cuba tapi tenggelam gak blog kawe… adehhh.. hampir lemas dah ni…

  27. jadi kalau kebanyakan link iklan buruk juga ya

  28. tunjuk ajarku sifu..kak puteri..hehehh πŸ™‚

  29. lama sgt dah tinggal dunia SEO…..

  30. dah lama beli kitab tu tapi tak khatam2 lagik. Takdek masa nak baca… Ni ingatkan balik… boleh la nanti ada free baca balik semula. Terima kasih perkongsian ilmu ni πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *