Saturday , 26 May 2018
Home » Sharing » Promosi RM10 Tidak Dilepaskan

Promosi RM10 Tidak Dilepaskan

Pihak KakiNovel sedang mengadakan promosi RM10 bermula 1hb Oktober yang lepas. Untuk 20 tajuk yang terpilih, sebuah novel dijual dengan harga RM 10 je. Murah kan. Ditambah lagi dengan kos penghantaran percuma terus ke rumah, rugi je rasanya kalau melepaskan peluang untuk memborong novel.

Selalunya sebelum membeli novel, tidak kira di kedai buku atau secara online, puteri akan pastikan puteri baca dulu sinopsisnya. Kalau rasa berkenan di hati, baru puteri beli. Sebab kadang-kadang cover je nampak menarik dan tajuk je gempak, tapi jalan cerita pula terlalu predictable. Nanti baru start baca beberapa muka surat je dah rasa bosan.

Kadang-kadang tu kalau pergi kedai buku, boleh berjam-jam kat situ sebab sibuk membaca sinopsis. Yelah novel sekarang ni banyak sangat pilihan, jadi memang ambil masa sikit untuk baca sinopsis.

Ok berbalik kepada cerita promosi RM10 Kaki Novel ni, setelah membaca kesemua sinopsis untuk 20 tajuk terpilih dan selepas ditolak novel yang dah pun dimiliki, akhirnya puteri beli 6 buah novel. Bolehlah dijadikan stok sebulan dua.

Novel apa yang puteri beli? Bila dapat novel tu nanti, puteri kongsikan kat sini.

Kalau korang tak nak lepaskan peluang untuk mendapatkan novel promosi RM10 dari KakiNovel ni, eloklah buat pesanan cepat-cepat sebelum kehabisan stok. Boleh order di laman web KAKINOVEL ataupun kat fanpage KAKINOVEL

 

(Visited 150 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

48 comments

  1. RM10+POS PERCUMA? WAHHHHH bestt gilee 🙂
    dulu minat baca novel tapi sekarang bila dah sambung belajar balik jadi malehh pulakk hihi

  2. hi puteri…:)

    waaah..tawaran yg sgt menarik..org kaki novel mmg teruja dgn tawaran nih…hehe

  3. hehehe , CP dah tak minta bace novel , mungkin minat CP nak layan cerita cinta nih dah berkurang .. ehehe

  4. murahnya… nak intai gk la,,hehe

  5. menarik dan sangat murah

  6. Assalamualaikum.

    Datang2 je, terus ada promosi novel,hahaha, tak sempat2 dah baca ayat2 kat bwh tu puteri, terus klik website,wehehehe

  7. wah..macam durian runtuh ni…kebaboom offer ni

  8. wahh ini tawaran terbaik ni boleh tgok2 tajuk mane best nie lama dah xbaca novel

  9. kalau RM10 memang berbaloi sangat dah tuh

  10. murahnya kalau rm10 termasuk pos.. aiza tak minat novel sangat.. hehe..

  11. Emas runtuh untuk kaki baca novel. Tidak boleh lepaskan peluang.

  12. wah, ini boleh buat rambang mata ni.. huhu

  13. Masyallah! memang murah sangat!!!

  14. ok. nanti bg tau my girl untuk novel ni 😛

  15. setiap satu rm10.00 wah yer ker atau dia ikut ketebal buku2 novel tu…selalu buku nipis sikit murah..kalau buku tebal harga dlm rm40.00

    saya dah lama tak buat koleksi

  16. Memang murah gila la.
    Kalau beli kat kakinovel, saya lebih suka baca komen pembaca2 lain dulu. baru datang minat nak membeli.

  17. MUrah dah tu,hehe pening lak nak pilih yang mana satu

  18. Peluang untuk peminat novel….

  19. hi puteri
    eh eh ! asal azie tak tahu eh…mcm mana puteri best2 ker kaki novel yang di jual tu
    tak sabar nak tengok puteri beli novel apa…keke
    azie tak terlalu banyak novel yang belum di baca puteri , x der masa
    kalau beli nanti membazir pulak , sebab tak tau jalan cerita , tapi best pulak ada tawaran mcm nie…ahaks

  20. Untung bagi semua peminat novel, kan. Wan tak minat kumpul. Baca tuh sket2 jerk. Tengok mcm tebal jerk…lagi lah. Hahaha

  21. Menarik ni…peromosi yang memang dahsyat…