Friday , 18 August 2017
Home » Pendapat » Apakah Ciri-Ciri Kejayaan Sesebuah Blog?

Apakah Ciri-Ciri Kejayaan Sesebuah Blog?

Sebagai seorang blogger yang sentiasa tidak jemu menulis entri kita pasti meletakkan sasaran ataupun target untuk membawa blog kita ke tahap yang lebih tinggi. Pada pendapat korang la kan,  apa sebenarnya ciri-ciri yang menentukan kejayaan sesebuah blog?

Komen – pasti kita mengharapkan entri-entri yang kita hasilkan berjaya mendapat jumlah bilangan komen yang tinggi. Setiap kali sesebuah entri tu mendapat komen, menunjukkan bahawa ada komunikasi dua hala antara penulis blog dan pembaca. Penulis blog pun kalau ada masa, sesekali tu rajin-rajinkan la diri untuk membalas komen yang ditinggalkan oleh pembaca. Cara ini mampu menarik lebih ramai pembaca untuk singgah ke blog kita.

Trafik – Bilangan trafik yang tinggi juga sering menjadi idaman para blogger tetapi adakah kita betul-betul berjaya seandainya bilangan trafik yang tinggi itu datangnya kerana entri yang di copy paste? Tepuk dada tanya selera, masing-masing ada sasaran yang tersendiri. Pada puteri, trafik yang stabil untuk tempoh masa yang lama lebih menarik dari trafik yang kejap mencanak kejap menjunam.

Duit – Bila berblog ni, kita pasti teringin mendapatkan pendapatan sampingan. Terutamanya bila membaca perkongsian dari mereka yang telah berjaya menjana pendapatan dari blog. Tetapi adakah blog itu betul-betu berjaya seandainya dia mampu menjana $$$ setiap bulan sedangkan entrinya semua dicopy paste dari blog-blog lain?

Populariti – Biasanya kita mengukur kejayaan sesebuah blog tu pada populariti tuan blog tersebut dengan menganggap kalau kita popular, blog pun akan popular. Tetapi kalau sekadar tuan blog je yang popular tapi blog berbulan-bulan baru update..pastinya bukan blog yang berjaya juga kan.

Selain empat ciri-ciri blog yang berjaya yang puteri kongsikan di sini, puteri yakin pasti ada ciri-ciri lain yang juga mampu menentukan kejayaan sesebuah blog. Pandangan korang juga mungkin berbeza dari puteri. Jadi jom kita kongsikan bersama

p/s another busy day ^_^

(Visited 145 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

55 comments

  1. setuju dengan puteri.Seronok berblog nie kalau kena caranya

  2. persoalan yang bagus dear. sekarang ini fyna cuba hasilkan entri sendiri. trafik fyna tidak harap sangat sebab yang penting kepuasan penulisan yang dapat dikongsikan bersama pembaca. betul kata dear. kalau entri setakat copy and paste, what for kan.

    * semalam fyna ngantuk sangat. tue yang out cepat. sorry~ *

    • mula-mula buat entri-entri SEO dulu, rasa macam best je kan fyna dear. Tapi lama-lama tu kepuasan tak sama macam buat entri sendiri kan 🙂

      • sangat berbeza dear. memang trafik tak banyak mcm dulu. tapi sebab entri copy and paste je kan. orang tak pandang sangat. kadang-kadang orang bosan sebab entri berulang dan sama je dengan blog orang lain.
        lainlah blog abg nara dan rotikaya. sebab orang dah tahu memang info dari mereka kan.

  3. kejayaan sesuatu blog bergantung pd content yg dismpikan.. 🙂

  4. blog puteri memang blog berjaya,hebat dan popular dah kan..tengok komen..rangking pun mantap dah..

  5. Betul tu kak Puteri.. Setuju dengan pandangan kak Puteri ^_^

  6. Salam.

    Tiada ciri khusus puteri.. keempat2 puteri sebutkan, memang antara cirinya.

    Cuma, secara peribadi, lana suka blog yg.. walaupun dah tenggelam, tapi isinya sampai skrg menyentuh dihati aku,wah2, hebat tak ayat?hihihi

    Sebab ada, tu yg lana sebut. Yang berjaya menyuntik hati, entry2nya bnyk unsur nsihat, simple tpi smpai skrg lana ingat.

    • Puteri pun suka blog yang entrinya evergreen, bertahun-tahun lamanya pun entri tersebut tetap bermanfaat. Blog sebegitu memang menarik berbanding blog isu semasa yang biasanya hot untuk tempoh waktu tertentu je 🙂

  7. Trafik memang jantung blog. Dengna entry yang berSEO dan berkualiti, memang banyak membuahkan hasil.

  8. ciri-ciri sebuah blog yang berjaya ialah bila si penulisnya mampu bertahan menulis selama mungkin. Kenapa?
    1. Pemblog tu memang telah menjana wang yang banyak kerana mampu membayar sewa domain dan hosting.
    2. Pemblog mampu menulis selama itu, sedangkan untuk mendapat idea menulis sangat sukar.
    3. Kalau dah lama bertapak, off courselah penulisnya juga terkenal dalam kalangan blogger rite.
    4. Agak-agak berapa jumlah komen untuk blog yang berusia 4 tahun ke atas?

    🙂

    • tak semestinya blog tu lama kak..sebab apa yang puteri perhatikan, ramai juga blogger yang belum setahun jagung telah pun memiliki ciri-ciri blog yang berjaya. Tapi apa pun penilaian istilah ‘berjaya’ tu berbeza pada penilaian seseorang kan 🙂

  9. betul tu kak Puteri.. bilangan pengikut (followers) meningkat pun memainkan peranan jugak.. cuma tak boleh terlalu bergantung pada followers kalau kita tak usaha majukan blog 🙂

  10. Pandangan kelam jer ni

  11. klau acik suka lihat pada comment dan trafik 🙂

  12. Singgah blog Puteri Baca entri terbaru….

    cuit white satu…..hehehe

  13. Salam, ah2 terasa lak bukan soal populariti tapi sal blog yang update bbulan2.. hehe.
    bukan tak update tapi sibuk sket, tapi bila dah update kasi karangan hoho. Ok apa yang put3 katakan tu
    Am setuju ciri-ciri yang menentukan kejayaan sesebuah blog. Fikir 2 kali lau nak copy n paste tak salah tapi jangan copy 100%.. baca dahulu yg nak dicopy pastu cer terangkan ngan gaya tsendiri.. stail panulisan tu kadang2 buat org jatuh cinta.. apa yg penting blog tu sntiasa kemas jgn serabut nanti yg baca pun naek serabut… kejayaan sebuah blog bukan kita buat hari ni blog kita terus berjaya sedikit usaha n pgorbanan masa + niat yang suci murni haha inshaAllah blog anda akan mendapat pujaan hatiku..hatimu..hati semua owg

    • betul tu am..takde maknanya blog akan terus berjaya dengan sekelip mata kan..semuanya perlukan usaha. Kena bermula dari bawah, kena bersusah susah dulu. Rajin mencari dan menambah ilmu. Tak guna juga kalau blog tinggi melangit tapi tuan blog tak tahu pape kan…hehehe

      • hoho pedas tul kata2 tu..tapi itu semua benar belaka.. hahaha.
        yup..betul tu..trafik tinggi melangit tapi semua entri sampah ..trafik tinggi selalunya blog lucah..perh tinggi giler..hari2 owg cari keyword jadi lucah..mebusukkan nama blogger tu la. hampeh ops! terlebey suda…hahaha

  14. setiap org mempunyai target yang tertentu. target tersebut yang menentukan kita berjaya atau tidak berbelog. ciri yang puteri nyatakan semua berkait rapat antara satu sama lain. jika trafik byk, mesti popular, boleh jana banyak income dan akan ramai yg beri komen.

    target Sop ialah akan terus kekal berblog dengan lebih baik. yang lain akan datang denga sendiri apabila kita menjadi blogger yang baik

    tak gtu puteri? Hehhehe

    • yer betul tu bro..puteri setuju. Kita kena ada fokus dan target. Dan sebagai blogger, fokus utama kita adalah untuk menghasilkan entri-entri yang berkualiti dan bermanfaat kan 🙂

  15. info baik ni puteri, thanks sudi share~~~ byk lg rasanya krole kena bat penambahbaikkan kat blog baru ada ciri2 ni 🙂

  16. yang penting sekali ialah content dan interaksi kita dengan pembaca, mereka lebih senang jika kita mudah bertindak balas dan jika ada content yang bagus traffik, komen sentiasa ada.

    Sama-sama kita tingkatkan lagi, saya suka blog ini sebab itu saya datang setiap hari <- bukti contentnya bagus 🙂

    • betul tu. Memang best berinteraksi dengan pembaca, rasa macam lebih rapat dan lebih mengenali siapa pembaca blog kita kan 🙂

      terima kasih kerana sudi singgah kat sini selalu ^_^

  17. kita ni sapalah kan bukannya popular pun..

  18. Tak perlu mengejar pendapatan ketika berblogging kerana semuanya itu akan datang dengan sendiri kalau kita betul-betul ikhlas melakukannya.

  19. Hatimi Tahirruddin

    sy la tuan blog yg malas balas komen tu puteri…hihihi… 😛

    tapi sentuh pasal trafik dari copy paste tu sy mmg setuju sgt…mungkin bg sesetengah blogger benda mcm tu dianggap strategi dan taktik…apa2 pun terserah kepada matlamat asal diorg…

    PS: galaxy note dah tinggal 70 je tu puteri…cepat2 sebelum kehabisan stok…

    • sesekali tu balas je apa yang termampu untuk menunjukkan ada komunikasi dua hala antara penulis dan pembaca blog 🙂

      ha ah betul tu..tapi kalau nak betul-betul berjaya, trafik bukan ukuran andainya entri blg tu 100% copy paste 🙂

  20. blog yang berjaya memberi kepuasan dan manfaat kepada pembaca..nak tahu contohnya,lihat blog notainfo.com

  21. akk pun setuju dengan padangan puteri itu dan satu yg akk nak tambah tentang persenaliti blog, penting jugakan, sesekali kita masukkan entri santai ok juga, tak adalah borong sangat pembaca kan?

    • yer betul tu kak..sesekali kita kongsikan sesuatu yang boleh buat orang gelak atau berasa senang hati. Bukan sahaja pembaca yang tak boring malah kita pun tak stress kan 🙂

  22. ada byk ciri2 memamg seronok utk di kongsikan bersama2 blogger 🙂 mujurlah sy blogger part time hee mmg aktif dan tak susah nak ckp sb dh berkeluarga ini hee…tapis etuju komen2 kena bls..kata org ambil masa jgn paksa buat mana yang mampu sb smu org ada tanggungjwab pd kerja harian masin2

    • masing-masing ada tanggungjawab tersendiri kan. Jadi bila kita jadi blogger part time ni perlulah memberi tumpuan yang lebih kepada tugasan harian yang lebih penting terlebih dahulu 🙂

  23. tengok isi jugak kan sis.. tp blogger tu kena rajin lah jugak.. semua tu takkan jatuh dari langit tanpa apa2 usaha.. hehe

  24. daya penarik post2 dlm blog juga mesti ada.

  25. entri perlu fresh..yg ddtgkan sdri oleh ilhm tuan punye blog..bru rasa lebh seronok nk dbca dan smmgnye entri mcm tu yg tbaik dri ladang..hehe lau nk dbndingkan jika entri bnyk ‘copy n paste’ je.. ;p

  26. Blog berjaya bergantung kepada tujuan blog dibina. Hanya tuan blog sahaja yang dapat menilai sama ada blog beliau berjaya atau tidak. Pada pandangan org lain mungkin sesebuah blog itu telah berjaya. Tapi dari sudut lain mungkin ia belum berjaya dari pendangan pemilik blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *