Monday , 18 June 2018
Home » Pendapat » Pentingkah Pengunaan Gambar Dan Video Di Dalam Blog?

Pentingkah Pengunaan Gambar Dan Video Di Dalam Blog?

Setiap kali kita menulis artikel di blog, kita akan selitkan gambar atau video. Betul tak? Tapi persoalan puteri hari ini, penting tak penggunaan gambar ataupun video untuk setiap entri atau artikel yang kita taip di blog?

Sejak kali pertama puteri menaip artikel di blog, pasti akan puteri selitkan dengan gambar sekurang-kurangan sekeping dan apa yang puteri perhatikan, memang sebilangan besar blogger-blogger lain turut menyelitkan gambar-gambar di setiap entri mereka. Kenapa agaknya?

Yer seperti kita tahu, gambar juga mampu bercerita malah gambar juga mampu menyerikan dan menambahkan perisa kedalam entri kita. Tetapi bolehkan pakcik google (crawler) yang masuk ke blog kita tu membaca gambar? Puteri ambil contoh, andainya kita buat entri wordless wednesday. Entri yang hanya ada gambar tanpa kata-kata. Agaknya crawler tu leh ke faham apa yang kita cuba sampaikan.

Sebenarnya ada banyak kelebihan dengan menyelitkan gambar atau video dalam setiap entri yang kita publish. Tetapi ada juga kekurangannya. Agaknya apa kelebihan dan kekurangan tersebut?

Jawapannya akan puteri kongsikan dalam entri seterusnya. Sementara itu korang bolehlah kongsikan pandangan korang di ruangan komen ini.

p/s another two days ^_^

(Visited 77 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

48 comments

  1. gambar ni jgk le bat pmbca tak boring ngan entri kta…contohnya kte bat ceta lucu, selitkanlah gambaq lucu baru le tarik lebih ramai pmbca kat dlm blog kta~

  2. suki wajib letakkan gambar sbb aksesori tmbhan..kalau tak nmpk tak sudah entry tu..hehehe

  3. Rizal setuju gambar mmg dpt menambah perisa entry… 😀

  4. sbnr nyer fungsi gmbr tu supaya entri tu x nmpk panjang dan x membosankan.

  5. Kalau kita suka entry bergambar walaupun sekeping, nampak lebih meriah kot hehe..

  6. eRMMMM….kadang2 penting N kadang2 wat sakit ati….nak2 bila tajuk yang mengelirukan serta gambar N video yg tkde kene mengena….kakakakka…imcoming !!!!!!!!!!lan dtg isi tabungggggggg

  7. yahlah,you are right ,gambar pandai bercerita.

  8. salam..
    letak bia xde nmpk kosng sgt..stkat tulisan je..wat mate ngntok..hehe ;p

  9. pada saya gambar ni penyeri entri kita…dan ianya satu teknik menarik minat pembaca

  10. utk peyeri sebuh entri 🙂 tpi klu entri WW tak thu nak komen cmaner sb tak perng buat entri WW ni hee

  11. daya penarik gambar tu.. lagipun ade certain blogger ni kalau jenis yg malas nak baca ayat tu dia tengok gambar terus komen je.. tau sgt dah.. hehe

  12. Salam awak.lama x berkunjung..hehe.. hhmm… bg sy penggunaan gambar amat penting dan utk video tu rasanya x berapa kot.. tp mengikut artikel yang dibuat.. pape pun nak tunggu jawaban awak tu..haha..

    p/s. theme sy dah sebiji mcm awak cuma skin style x sama..huhu… mai2 lihat.. 🙂

    • ha ah lama awak tak berkunjung..semakin busy yer…hehe. Gambar memang penting dan memainkan peranan juga 🙂

      theme dah tukar ke? kena gi tengok ni…hehehe

  13. Hatimi Tahirruddin

    kalau entri tu panjang mmg elok juga diselitkan gambar kan puteri? tapi sy guna gambar ni utk kasik ada thumbnail je bila kita nak ping ke FB atau G+….lagi satu utk hompage yg guna auto readmore utk blogspot, mmg boleh cantikkan sikit la page depan tu…ooh ya kalau sape2 yg guna link within pon penting gak gambar ni….

    utk jawab soalan puteri tu sy rasa google boleh crawl image melalui alt tag…tu ikut apa yg saya terbaca aritu…tapi taktau la camne keberkesanannya….tak sabar nak tau tips dari puteri ni… 🙂

    PS: belanja puteri debit card…. 🙂

    • memang betul apa yang timi cakap tu. Kalau tak letak gambar nanti tak keluar pula thumbnail kan takun kluar thumbnail gambar lain yang tiada kaitan dengan entri.

      Tentang alt tag tu pun memang betul. Nanti puteri akan share kan dalam entri akan datang 🙂

      p/s kad debit pula yer 🙂

  14. assalam puteri,

    pendapat bunda pula gambar bukan sahaja bersangkutan dengan apa bahan cerita yg kita updatekan tetapi gambar juga menyerikan lagi laman blog kita…

  15. Gambar kalau kena caranya boleh jadi satu cara SEO. SEO image.

  16. ada gambar baru nampak suasana best..
    anna pon suka masukan gambar dan adakalanya
    masuk kan apa2 yang berwarna..
    hihihi

  17. saya suka entri yang ada gambar…..

  18. akk sendiri suka letak gambar, nampak ceria sikit blog dengan adanya gambar2

  19. gambar juga mempunyai keyword dan meta tag.. saya selalu masa masukkan watermark akan masukkan metatag dan keyword… software seperti adobe photoshop dan adobe lightroom ada aplikasi ini….

  20. salam selasa 🙂

  21. Salam.

    Penting puteri kita letak gmbr, ia sebagai penghias entry.
    Macam lana, seboleh mungkin cuba letak sekeping bergantung pda jenis entry.

    Tapi bab video, i’m not so into it..eh, camna eh nk ckp,hehehe. Sama macam gmbr, depends juga pada jenis entry..cuma kelompok blogger kt mlysia ni, lana rsa, tak menerima video scra lebih terbuka berbndg gmbr. Sebab utmanya, nak loading.. tak rmai yg ada perkhidmtn intrnt yg baik. Loading satu hal. Bila kita nak tgk video, ia makan masa bergntg pda durasi video kan.

    • sebenarnya gambar bukan sekadar penghias entri tau lana 🙂

      adakalanya video pun penting juga tapi terpulang pada perkongsian entri tersebut. Bukan semua benda yang boleh kita sampaikan hanya dengan perkongsian gambar 🙂

  22. Agak bosan entry tanpa sebarang gambar bagi saya 😉

  23. entri jadi lengkap bila letak gambar. hehe hana pun xtau kenapa. pembaca mungkin akan tertarik dengan entri kita bila dia tengok kat reading list di dashboard. kalau xda gambar. bahgian yang sepatutnya ada gambar tu akan kosong. jadi xmenark sebab xda warna2 gambar.. 🙂

    tapi kalau dah xda gambar mmg xda lah letak gambar yang xda kaitan..hana akan hiaskan entri xbergambar tersebut dengan warna2 menarik dan hiasan comel dari glitter graphic. hehe

  24. Wan pun suka bubuh gambar…walaupun kdg2 lari tema. Tapi wan rs itu sbg marketing jerk kan…teknik yg amat sesuai digunakan. Hehe