Wednesday , 20 September 2017
Home » Sharing » Cara Buat Duit Jual Kuih Raya

Cara Buat Duit Jual Kuih Raya

Dua hari lepas, puteri ke bandar untuk membeli barang dapur. Ingatkan pergi waktu orang tengah kerja, tak adalah ramai orang kat hypermarket tu. Tapi, hurmm panjang pula barisan kat kaunter untuk membuat pembayaran. Suka atau tak terpaksa jugalah beratur panjang untuk membayar. Yelah dah banyak barang dalam troli tu, takkan nak tinggalkan je kan. Kalau beli satu dua barang, memang puteri dah letak balik dan keluar je dari hypermarket tu.

Memang bosan nak menunggu giliran nak membayar tu, pandang kiri kanan je lah jawabnya. Kat depan puteri pula ada seorang makcik. Β Troli makcik tu penuh dengan tepung gandum, gula, mentega dan telur. Dari 4 jenis bahan yang penuh satu troli tu, memang leh agak makcik tu mesti nak buat kek tak pun nak buat kuih raya. Tapi rasa macam awal pula kalau nak buat kuih raya kan.

biskut raya yang sedap

Bila tiba giliran makcik tu membuat bayaran, cashier tu pun bertanya. “Banyak membeli ni makcik, nak buat kuih ke?” Dan jawapan yang diberikan oleh makcik tu terus menjawab persoalan puteri. Rupanya makcik tu memang betul nak buat kuih raya untuk dijual.

Walaupun pada kita terasa macam awal je lagi nak buat kuih raya kan, tapi menurut makcik tu dia dah banyak menerima tempahan dah. Dia terpaksa mula awal untuk membuat kuih raya kalau tak dia tak akan dapat menyiapkan semua tempahan para pelanggannya.

Cashier tu pun sempat bertanya lagi, “Makcik dah lama ke buat bisnes kuih raya ni?” Kata makcik tu baru tahun lepas dia mula ambil tempahan buat kuih raya. Dan selepas mendapat keuntungan yang agak memberangsangkan tahun lepas, dia terus mendapat galakkan dari suami dan anak-anaknya untuk terus mengambil tempahan kuih raya untuk tahun ini juga.

Bila difikirkan balik, siapa kata suri rumah takleh buat duit, kalau ada usaha, sesiapa sahaja mampu menjana pendapatan sekarang ni kan. Lebih-lebih lagi dengan adanya internet, tak perlu keluar rumah dah untuk jual barang. Kalau dulu kita kena cari customer, sekarang ni customer yang cari kita.

Malah kalau kita bijak merebut peluang, blog juga boleh menjadi satu platform yang cukup bagus untuk menarik pelanggan dan juga mempromosikan kuih raya yang kita buat. Ataupun kita boleh membantu ahli keluarga yang ingin meniaga kuih raya dengan mempromosikan kuih raya hasil air tangan mereka di blog.

Tak pandai buat kuih raya bukan lagi alasan, dengan adanya panduan dan teknik memasarkan kuih raya, sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan kuih raya sempena hari raya yang bakal menjelang nanti. Yang penting kena cari resipi kuih raya yang best-best terlebih dahulu. Korang boleh cari kat buku resipi, laman pakcik google ataupun kalau nak kuih raya yang mudah dah sedap boleh dapatkan resipi dengan memiliki ebook Keunikan Biskut Raya

Bukan sahaja ada resipi yang mudah diikuti dalam ebook keunikan Biskut Raya ni tetapi juga korang akan dapat mempelajari langkah demi langkah untuk membuat biskut raya tersebut. Ebook ni sangat sesuai untuk sesiapa sahaja terutamana untuk yang baru nak belajar buat kuih raya.

p/s dapat tempahan lagi πŸ™‚

 

(Visited 2,000 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

62 comments

  1. peniaga kuih raya mmg mereka akan buat kuih raya seawal yg mungkin. Sebab bila tempahan datang.. perghhh.. tak cukup tangan dan kaki nak buat.. mmg untung jadi peniaga kuih raya nie….

  2. betul tu. dari rumah pun boleh buat duit.asalkan ada minat dan rajin πŸ™‚

  3. betul 2.. usaha tangga kejayaan πŸ™‚
    wah,rezeki puteri πŸ™‚

  4. wah..kuih raya dah in progress ye

  5. haa…kuih raya…dah dekat dah raya ni

  6. betul tu, kalau ada kemahuan pasti ada kejayaan, akk pun suka buat kuih, beberapa tahun lepas ambil tempahan juga, tapi sekarang tak lagi sbb tak sempat kerna tempahan langsir lagi banyak…

  7. Senang sekarang kan kak Puteri ;D

  8. BAGUS INFO NI PUTERI….SAPA2 YANG BERMINAT BOLEH BACA TIPS INI…

    NOKIA SATU…

  9. jangan lupa buatkan kuih raya untuk saya

  10. waaaa, semakin ramai yg join nih, hehe

  11. Wow… awalnya makcik membeli stock…
    Puteri pun nak berbisnes kuih raya ke? hehe

    p/s: kuih raya faveret rizal popia gulung… makan dengan nasi pun boleh. hahaha

    • makcik tu buat bisnes..terpaksa beli awal kot. hehe. Puteri rasanya tak sempat la. Buat untuk diri sendiri leh la πŸ™‚

      p/s popia gulung tu kuih raya juga ke ..hehehe

  12. Kalau ada usaha, semua boleh buat. Dengan kemajuan teknologi sekarang nie, macam macam medium kite boleh gunakan untuk memasarkan produk, tak kire digital or fizikal product.

  13. Hatimi Tahirruddin

    wah hebat makcik tu sebab dapat keuntungan yg memberansangkan masa first time jual kuih raya….hehe

    PS: jom ke ikea puteri….

  14. Menarik e-book keunikan biskut raya ni…nanti takai nak belii bila nak dekat raya… harap2 menjadi ler kuih raya nanti….hehe

  15. ada juga plan mcm tu sis.. nk ambik tempahan buat kek lapis.. tak tau lah sis mcm mana nnti, larat ke tak. hehe

  16. nak cbe jgk r bisnes kueh raya tahun ni hihhi~

  17. bisnis kuih raya mmg untung kalau ramai yg order
    kalau nak bagus lagi buat affliate πŸ™‚

  18. peluang untuk buat duit lebih..

  19. suka jenis rangup cam biskut bawang tu

  20. Izzuddin Fauzi

    Raya nie lah nak buat duit, tak buat kuih – buat baju πŸ™‚

  21. salam jumaat puteri

  22. tingin nk wat kuih raya..
    tp kng x jd membazir plak..
    hik3..

  23. Huhuhu…smbil mnyelam minum air. Hebat dah suri rumah skrg. Kalau dulu2 hanya tertumpu utk keluarga shj. Tp skrg tak lagi, semua suri rumah dah bijak. Teknologi jugak mainkan peranan. Apapun, hebat kaum wanita. πŸ™‚

  24. buat kuih raya awal-awal pastu cari agen haha barulah laris πŸ™‚

  25. Macam-macam bisnes boleh buat sekarang, termasuklah kuih raya.. Orang lebih sekarang lebih suka membeli dari membuat sendiri. Untung orang berniaga kuih raya ni.. πŸ™‚

  26. memang sangat untuk kalau berniaga lagi-lagi nak raya nih. nak tak nak je kan dear.

  27. salam..
    time2 nak raye yg paling untg mmg peniaga2 la..kuih laku,jahitn bju laku,bazaar pon laku jgk..ngeee…
    rezki raye..^_^

  28. nanti blh tempah kuih raya…mmg best meniaga kuih raya..mmg untung..

  29. dah start bisnes kuih raya? xsabar nak tengok entri blogger yang bisnes kuih raya..:)

  30. khainizad bin khairuddin

    saya nak buat duit dengan menjual kuih raya

  31. Alhamdulillah murah rezeki makcik tu..
    tulah kan kak Puteri, buat kuih raya pun dapat sambutan jugak.. rezeki ada dimana2 kalau kita usaha πŸ™‚
    #jom kita sembang kat kakao talk pastu tgk hadiah kat RHB pulak πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *