Saturday , 21 October 2017
Home » Pendapat » Tolong Selesaikan Dilema Mereka

Tolong Selesaikan Dilema Mereka

Telah berkurun lama puteri tak menulis tips atau topik yang berkaitan dengan cinta. Tapi entri-entri lama puteri berkaitan tips cinta, nampaknya masih segar di laman pakcik google. Syukur, kiranya tak berhabuk la entri-entri lama tu, masih ada yang membaca dan diharapkan pembaca mendapat manfaat darinya.

Selain dari keywords yang menunjukkan bukti bahawa artikel berkaitan tips cinta masih mendapat sambutan, ada juga pembaca yang meninggalkan komen meminta pendapat tentang masalah cinta mereka seperti dalam entri INI.

Malah beberapa hari yang lepas juga, puteri ada menerima dua lagi komen, meminta pendapat mengenai masalah cinta mereka. Β Dan seperti entri yang lepas, puteri nak minta tolong korang untuk sama-sama memberi pendapat atau pandangan kepada dilema yang dihadapi oleh dua orang pembaca ini.

Dilema komunikasi dalam bercinta

Masalah cinta kerana cemburu

Dilema A – Pada pendapat puteri, kaum lelaki bila ada masalah, mereka lebih suka memendam (betul tak kaum lelaki) berbeza dengan kaum wanita yang lebih suka meluah dan berkongsi. Mungkin kaum lelaki ni memendam sebab tak nak bebankan orang lain dengan masalahnya dan mereka beranggapan bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah tu sendirian. Β Dalam situasi sebegini, puteri rasa, adik ni perlu memberi ruang sementara kepada bf nya untuk menyelesaikan masalahnya, takut kalau pressure bf dia sangat nanti boleh jadi gaduh ataupun hubungan menjadi renggang.

Dilema B – Jujurnya puteri tak tau nak bagi jawapan pada persoalan yang pertama, iaitu cara nak berkomunikasi dengan lelaki berzodiac Cancer. Sebab lain orang lain cara mereka berkomunikasi kan. Soalan yang kedua berkaitan cara nak memujuk? Bab ni puteri fail nak bagi pendapat kerana puteri tak pandai nak memujuk orang yang cemburu.

Nampaknya seperti puteri tak dapat nak membantu sangat dalam memberi pandangan kepada pembaca yang berhadapan dengan situasi seperti dalam Dilema B.

Harapnya korang dapatlah berkongsi pandangan untuk menyelesaikan dua dilema yang tersenarai di atas tu. Maybe ada antara korang yang pernah berhadapan dengan situasi macam tu?

Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu kedua pembaca tersebut menyelesaikan dilema mereka dan mungkin juga dapat membantu pembaca yang lain yang mungkin turut berdepan situasi yang sama.

p/s next month genap dua tahun..rasa macam nak buat something special ^_^

 

(Visited 97 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

51 comments

  1. Untuk Dilema B tuh, tak susah…cuba fahami betul2 apa yg di cemburui oleh si dia sgt2. Cuba pahami betul2. Kalau blh dielak, cuba elak lah…sebabnya laki2 ni cemburu atas satu sebab jerk mngkin. Harap, dia sendri paham la yek. Dalam bab perhubungan ni, masing2 kena ada toleransi sama. Tak susah sebenarnya…asalkan kita kenal dan cuba utk faham siapa yg kita sayang tuh. Don’t pening2…

    • kalau dah faham satu sama lain lebih mudah kan. Apa yang dicemburui itu boleh dielakkan.

      terima kasih sebab membantu dilema B tu πŸ™‚ Yang dilema A tu wan tak nak membantu ke? hehehe

      • Heheh…dilema A tuh mcm agak komplikated sket. Bg wan, ada beberapa faktor. Pertamanya, dia mngkin tengah tertekan sbb sesuatu. Kenapa xmau share dgn GF sedngkan GF pun spesel jugak? Maybe mslh tuh lebih bersifat sensitif atau peribadi sgt2. Tapi perlu diingat, laki2 ni walau mcm mana pun kuat berahsia, dgn org yg tersayang dia takkan blh rahsiakan jugak melainkan ada masalah dgn org lain…yakni perempuan.

        Keduanya, mngkin dia di persimpangan dilema…heheh, mcm tajuk lagu plak. Ini brkait rapat dgn org ketiga maybe. Susah utk explain kat sini sebabnya wan tau apa yg mngkin jadi cuma ssh utk explain melalui typing.

        Itu jerk yg wan dpt komen…sbenarnya wan nak elak komen ni sebab takut org dilema A tuh sedih dgn apa yg wan bgtau. Tapi, wan strongly believe that, there is something weird about her BF…Maafkan wan yer. πŸ™‚

        • Kadang kala susah nak bagi pendapat bila kita tak tau keadaan sebenar kan wan. Puteri pernah baca dalam buku ‘Men are from Mars and Women are venus’ ada mengatakan yang lelaki ni kalau ada masalah, dia suka masuk dalam ‘gua’ dalam erti kata lain memendam berbeza dengan wanita yang lebih suka berkongsi.

          Mungkin dari pandangan orang wanita, lelaki tu seolah menjauhkan diri sebab orang wanita kalau ada masalah in fact benda yang remeh sekalipun semuanya dia nak share dengan yang tersayang. But lelaki agak different. Selagi mereka rasa macam masalah tu mereka leh selesai sendiri, mereka tak akan bebankan orang lain apatah lagi orang yang mereka sayang.

          Ni dari pandangan puteri, in natural fact setiap manusia baik lelaki or wanita ada sikap dan personaliti masing-masing, dan dalam berpasangan ni kita kena lebih mengenali pasangan kita. Kena tau sikap dia macam mana kan. Bila dah semakin kenal akan semakin memahami pasangan. Betul tak?

  2. Bagusnya kak puteri tolong beri pendapat πŸ˜‰ hee.
    Semoga mereka yang menghadapi masalah cinta ni dapat selesaikan masalah mereka itu πŸ™‚

  3. Saya serahkan pada yang pakar je. hehe.. Macam tak layak nak bg pendapat tentang cinta ni.

  4. Dilema A: Setuju dengan pendapat Puteri. Namun tak semua lelaki jenis memendam, ada yang bila bermasalah, dia berharap dapat berkongsi masalah dengan pasangannya supaya sebagai satu cara menenangkan diri, semua bergantung kepada personaliti individu. Tapi dalam kes ni, just bagi je dia ruang, sebab based on cerita pengadu, selagi dia tak buat perkara yang menyeksakan pihak pengadu, rasanya takde masalah. Just bagi dia ruang, dan moral support bila diperlukan. Another basic rule, doa & istikharah jangan tinggal.

    Dilema B: Yang ni saya cadang sila baca website ni: http://xstrologyscopes.com/articles/cancer/cancer-jealousy πŸ™‚ Cancer ni salah satu water sign, macam Pisces & Scorpio, emosi adalah teras mereka, lebih-lebih lagi Cancer yang dikatakan mempunyai sikap sensitif. Semoga bermanfaat. πŸ™‚

  5. aku rasa yg dilema ke-2 tu, xde kena mengena ngan zodiak rasa nyer. bergantung kpd individu tersebut.

  6. adeh! agak fail jugak dengan bab2 cinta ni… hehehe

  7. Tak pernah lalui apa yang dorang curious tuu stakat ni lagi. Tapi, apa-apa pun, tanya pada hati. Apa nawaitu kita sebelum menjalinkan hubungan? Kalau ada khilaf pada nawaitu, perbetulkan. Sebabnya, rata-rata kawan yang ada nawaitu baik, ingin memperisteri si gadis, semuanya, alhamdulillah, dah ada anak pon. Happy selalu.

    Ada gak tanya, apa rahsianya, tanya kat kawan. Dorang jawab, nawaitu bro. Betul niat, tuhan bagi semuanya indah. Lagi lagi yang halal buat ko.

    Tuu jawapan kawan. Saya, tak hadapi lagi. Tunggu boss. hahaha.

    • betul yang penting nawaitu, kalau betul caranya akan lebih mudah. Tapi ada saat dan tika, ujian dan dugaan tu pasti ada untuk menguji kekuatan sesuatu hubungan πŸ™‚

      mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dengan boss..hehehe

  8. dalam masalah dilema A tu memanglah sesetengah lelaki suka memendam perasaan, kalau yg bersikap begitu, kita sebagai teman terdekat kean ikut rentak dia, kalau kita paksa, susah juga kan?

    dilema kedua, akk tak tahu mungkin sependapat dengan puteri lain orang lain caranya…

    • ha ah betul tu kak, biasanya lelaki yang suka memendam ni tak suka dipaksa. Nanti kalau dipaksa boleh jadi gaduh plak kan.

      biasanya masing-masing ada sikap masing-masing..kena kenal dengan lebih dalam baru mudah nak berkomunikasi kan kak πŸ™‚

  9. tak reti nak selesaikan masalah cinta cintun ni..

  10. wah tak sabar nak tunggu something tu..

  11. sy bukan Dr Love.. tak tau lah pulak.. lgpun klau kwn2 tnya pasal bab mcm ni hanya mmpu jadi pendengar yg baik je lah.. nk bg nasihat tak reti sgt.. huhu

    • samalah kita aisya..nak bagi nasihat sangat takut makin memburukkan keadaan pula kan bila tersalah memberi pandangan. Sebab manusia ni masing-masing ada sikap tersendiri kan πŸ™‚

  12. biarkan diorang setel masalah tu. dah ok nanti…diorang ok la.

  13. dilema A : lelaki kalaw ade masalah ek , CP pernah jumpa yang suke memendam nih , dan CP juger pernah juger jumpa dengan yang suker bercerita , tapi bagi CP , tak kisah la lelaki atau perempuan , kalaw yang jenis suke memendam nih , kena bagi dye ruang sambil2 tuh bole kalau nak selami masalah dye tapi kena pandai , hm… yang penting , jngan serabutkan lagi dye , perhatikan pown okei , bagi support ker .. haish , CP pown dah serabut nih tapi CP pernah hadapi orang macam nih , bole nak selami masalah , tapi macam CP cakap tadi , memg kena pandai , macam kite maen game , hahahaha !! (ape plak ni?) kena ade strategi.. hehehe ~

    dilema B : 1stly , tak perlu la nak kait dgn zodiak tuh , sebab , bagi CP nak baca bole , kalau bole baca pown tak payah , hehehe , percaya jangan , sebab dah macam menilik lak , tataw la pulak kan , tapi tuh pendapat CP , karakter orang nih kalaw nak tgk , rajen2kan la baca teori psikologi , jeng3 ~ CP pown tak pandai pujuk , pujuk la jugak tp CP jenisnya , pujuk sekali tak jalan , lantak kaw la , hahaha !! just mintak maaf la , kalaw betul salah , tapi ! kena pastikan dlu cemburu dye relevan , kalau cemburu tah pape , benda tak masuk akal… tak perlu nak mintak maaf …

    contoh :

    bergambar dngan abang kandung pown jadik isu … (pengalaman sendiri)

    kalaw macam tuh punye cemburu , takyah layan …

    *semangat CP komen πŸ˜›

    • sebenarnya dalam satu hubungan tu kena ada ruang, tak semestinya setiap apa yang berlaku tu pasangan tu kena bercerita je 24 jam kan. Sedangkan seorang suami pun mungkin ada masalah yang dia tak kongsikan dengan isteri dan begitu juga seorang isteri tak kongsikan dengan suami sebab tak nak merisaukan pasangan apatah lagi yang berkapel, pasti ada rahsia atau masalah yang tidak boleh dikongsi kan πŸ™‚

      betul..kena tengok juga punca cemburu tu. tapi kalau memang salah sendiri sehingga tercetusnya rasa cemburu di hati pasangan eloklah tidak diulangi lagi kesilapan tu kan.

      p/s rajin komen panjang-panjang cp ni yer…hehe

  14. Hatimi Tahirruddin

    errk…ni bukan bidang kajian saya ni puteri…hihihihi… πŸ˜›

    yg dilema A tu pendapat puteri dah cantik dah…kena bg ruang jgn byk tanya…pasal org lelaki tak suka ditanya bila ada masalah….

    yg dilema B tu jgn la pikirkan sgt pasal zodiak2 ni….kalau taknak bg cemburu silalah jujur dan jgn berahsia2 sgt….

    PS; apa2 pun berukband digi jugak la yg ada jual kat kedai hari ni…hahaha

    • buat kajian sampingan..heh

      ha ah tau..orang laki ni memang tak suka kena banyak soal kan, dia rasa macam perempuan tu tak percayakan dia plak…betul tak?

      kejujuran tu penting untuk elak cemburu, tapi kadang-kadang terlalu jujur pun boleh terasa..acaner tu? haha

      p/s wah hari2 puteri dapat sponsor berukband yer πŸ™‚

  15. tak layak pun nak jadi doktor cinta..hehe

  16. Lelaki ni ada ego. Jadi bila dia ada masalah dan dia rasa dia mampu mengatasi masalah maka dia akan berdiam. Bukannya dia berdiam sebab sedih, cuma dia berdiam tu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. So biarkan dia menyelesaikan masalah sendirian. Tapi bila dia minta pertolongan, cepat2lah tolong.

    dan yang kedua tu.. cemburu… biasa la… cemburu tu tandanya sayang… kalau dia merajuk pi la pujuk elok2.. paling best kalau boleh bagi hadiah kat dia. Tak kira lelaki atau perempuan… kita memang suka dihargai… Kaji apa yang dia suka.. dan berilah dia sikit penghargaan…

    • perlu berikan dia ruang..agar fikirannya tak bertambah semak kan πŸ™‚

      yang penting sentiasa buat pasangan rasa dihargai agar pasangan tak rasa diabaikan..betul tak?

      • betul tu.. jgn diserabutkan lagi benda yang dah memang serabut… ekekek… tapi kalau teruk sangat cuba tanya dia kalau dia memerlukan pertolongan… ingat, tanya dulu..

        • tulah nanti bertambah ganda serabutnya..hehehe. Tak salah menghulurkan bantuan kan..tapi kalau pasangan tak nak, jangan pressure dia untuk terima pertolongan tersebut. betul?

  17. no1 pun pendapat hana mcm puteri jugak. no2 xtahu. hehe

  18. dalam cinta, paling penting kena saling faham memahami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *