Sunday , 20 August 2017
Home » berita » 3 Syarikat Telekomunikasi Disaman

3 Syarikat Telekomunikasi Disaman

telco utama di malaysia

Ada tak antara korang yang menghadapi masalah dengan mutu perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang kurang memuaskan? Contohnya panggilan sentiasa terputus, sms yang dihantar tidak sampai kepada si penerima atau panggilan kurang jelas.

Rasanya selalu juga puteri terbaca di status-status FB dan di timeline twitter tentang aduan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi yang tidak memuaskan. Malah puteri sendiri dah beberapa kali juga mengalaminya.

Semalam puteri ada terbaca di mynews hub mengenai 3 syarikat telekomunikasi utama iaitu Digi Telecommunications, Celcom Axiata dan Maxis Mobile Services Sdn Bhd telah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketiga-tiga syarikat telekomunikasi itu dikompaun kerana dikatakan telah melanggar syarat-syarat lesen mereka dan gagal mencapai piawaian dan tahap perhidmatan yang ditetapkan. SKMM telah menerima banyak aduan dari orang awam mengenai mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi tersebut terutamanya mengenai panggilan yang seringkali terputus.

Menurut kata pengerusi SKMM, walaupun syarikat-syarikat telekomunikasi ini sedang menaik taraf dan mempertingkatkan usaha untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka namun orang ramai tidak perlu bertolak ansur dengan mutu perkhidmatan yang buruk.

Apa yang pasti, zaman ini kita semua sememangnya bergantung pada telefon untuk berhubung dan melaksanakan tugas seharian kita. Andainya perkhidmatan telekomunikasi adalah tidak memuaskan, pastinya ia akan turut menjejaskan tugasan seharian kita.

Mudah-mudahan selepas ini, mutu perkhidmatan telekomunikasi utama akan dipertingkatkan dan masalah perkhidmatan yang kurang memuaskan dapat dikurangkan.

p/s patutlah ada masalah dengan perkhidmatan sms dia

(Visited 231 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

56 comments

  1. ermmm penah gak kol dorang complain psl ni, hampir 2 bln mslh ni berlaku.Last2 2 bln dorang bg free, xyh baya bil.sygnye kdg2 mslh ni masih berlaku lg

  2. Jangan syarikat tu claim pulak kat pengguna sudah..

  3. buat masa ni hp2 sy x pernah masaalah lg..apa lah piawaian yg diorang x folo er?..

  4. Mmg patut pun kena saman…sebab org bayar, bukan murah…itulah hak sbg pengguna. 🙂

  5. iklan pun dah byk dorang hantar SMS
    bosan tul.. huuhhu

  6. owh.. ptt le..
    mmg lately nie asyik pending je bile nk send sms…

  7. memang la patot sebab kita di caj setiap bulan, kalau kita dipaksa tolerate ttg upgrading diowg, janganla caj….

  8. Nasib baik saya tak sms/call orang sangat ^_^ hehe

  9. Memang patut kena denda. Kalau tak silap RM166,000 rasenye.

  10. setiap hari mmg byk saya reply sms pelangan.. tapi tak pasti pula semua sms selamat sampai atau tak.. baru tahu.. ada kes spt ini rupanya.. terima kasih cik puteri atas info tu…

  11. maxis mash gak sms dh htr ada tk dpt tapi dah send eri…geram2 hee..slu pai hp jer kal call tu putus2 atau line tak cler

  12. huhu..kadang2 sms lambat sampai..klu ada kecemasan tak ke naye org tu..huhu

  13. selalu jgk terjadi mcm ni.. 🙂

  14. saya dengar memang ada ramai yang komplen tetapi setakat dulu hingga sekarang ni memakai phonr saya masih lagi x pernah kena situasi mcm tu, talian phone ok ja rasa cumanya talian internet lah yg jadi masalah skrg

  15. mmg slu line problem..
    klu kol org tu slu sgt x dgr, kne ulang 4 5 kli..
    huhu

  16. biar dia rasa apa yang kita rasa…

  17. tak pernah lagi… semua rasa okay je… hehehe…

  18. xda plak masalah dengan mxis.huhu

    tapi hana baca2 ramai yang komplen pasal celcom

  19. owh patut la hihi..baru zana tahu haha 😀

  20. kadang-kadang tu sms ada problem , patutlah kena saman

  21. btul tu..hrp mutu dpt dpertingkatkan lagi..
    tp nsibla yaya kurng sgt guna hp ni..
    tp amat penting bila tgh saat genting..huuu

  22. fb ni memang ting tong je selalunyer..hehe

  23. Hatimi Tahirruddin

    haha mmg bagus jugak tu diorg kena saman sekali sekala…lepas ni baru la syarikat telco ni akan lebih jaga kualiti perkhidmatan diorg…

    PS: sy jrg guna phone sebab tu tak pernah alami masalah…haha

  24. syarikat yang kaler hijau tu baru2 ni asyik no service jer dekat tempat aku nasib baik tak sampai 2 hari

  25. memang betol pon….saya gune 2 line… celcom selalu terputus masa tgh bercakap..padahal henfon semua ok je…. maxis plak selalu line selow kat area sini…nak kata kampung area saya duduk takde pulak…hehe…. problem btol…jd perlu gune umobile pulakah?.uhukk

  26. memang eloklah tu kalau ditambah baik nanti,,,

  27. Assalammualaikum puteri 🙂

    Ini lah kuasa pelanggan! *sambil buat muka jahat,hik3*

    Company digi, lana rasa memg layak disaman. Sebab lana pernah guna perkhidmatan diorg, ya Allah, trasa azabnya. Tapi, kontrak punya pasal, terpaksa bertabah.. kdg2, diorg ambil mudah masalah kita, kecewa juga.

    Cukuplah kena sekali. Memang tak guna dah. Setakat ni celcom n maxis ok lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *