Sunday , 20 August 2017
Home » berita » Bayi Telan 42 Magnet

Bayi Telan 42 Magnet

magnet

Agak terkejut juga bila puteri terbaca kisah mengenai seorang bayi yang baru berusia 16 bulan yang telah menelan kira-kira 42 magnet peti sejuk.

Ibu bayi tersebut merasakan sesuatu yang ganjil setelah dia meninggalkan bayi tersebut berseorangan di sebuah bilik untuk seketika lalu dia segera membawa anaknya ke klinik di Moscow.

Hasil imbasan mendapati terdapat lingkaran 42 magnet kecil dalam perut bayi tersebut. Pembedahan terpaksa dijalankan dengan segera di sebuah hospital berdekatan untuk mengeluarkan kesemua magnet yang telah ditelan bayi itu.

Malah kata doktor yang melakukan pembedahan itu, dia telah banyak kali melakukan pembedahan untuk mengeluarkan pelbagai jenis bahan dari tubuh pesakit yang kebanyakkannya  merupakan kanak-kanak

Nasihat puteri pada ibu bapa atau pada sesiapa sahaja yang diugaskan menjaga kanak-kanak, sentiasa perhatikan anak kecil yang berada dibawah jagaan mereka kerana kanak-kanak mudah tertarik pada benda-benda kecil yang berwarna-warni. Pada mereka, apa sahaja yang boleh dimuat kedalam mulut, itu adalah makanan.

Pastinya masa kecil dulu, kita pun pernah makan benda-benda yang tak sepatutnya kan. Macam puteri ni, puteri pernah makan udang mentah yang baru siap dibuang kulitnya tapi masih belum lagi dibasuh. Nasib baik tak makan dengan kulit-kulitnya sekali..hehe

p/s teringat zaman kanak-kanak ^_^

(Visited 95 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

23 comments

  1. aduh! cuainya ibu bapa bayi ni…hrp2la ok pas pmbedahan~

  2. uikss…bahaya sangat tue.

  3. erk… besi berani yg bulat2 tu mmg mcm gula cekelat M&M warna warni plak tu. haha..

    p/s: Dah lama tak dengar perkataan BESI BERANI… org2 lama je selalu sebut. hehehe

  4. Bahayanya..

  5. nasib heroku yang kecik tu tak suka mengutip barang masuk ke mulut. memang ibubapa kena pantau anak2 mereka

  6. Benda2 kecil tak patut ada dekat baby.

  7. tu lah sy pun heran..camne lah dia jaga anak tu..tp anak sy pun pernah gak tertelan anting2 mami dia nasib baik sy dpt blik..kalo x..tah lah… memang bukan senang nak jaga budak kecil ni…hhhmmm

  8. takutnya. kesian baby tu. dia tak tahu apa-apa.
    anak CF pon suka jugak mengutip waktu baby dulu.

  9. bayi nie mmg suka makan apa yg dilihat… bahaya kalau dibiarkan tanpa pemerhatian….. dan barang kecil2 perlu diletakkan ditempat tinggi..

  10. tulah memang bahaya sebab boleh tercekik kan

  11. tu la kan..bahaya kalau terlepas pandang anak2 kecik..
    ape yg ada kat tgn maen buh je kat mulut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *