Wednesday , 18 October 2017
Home » berita » 700 Anjing Umpama Anak

700 Anjing Umpama Anak

700 anjing

Puteri ada terbaca tadi, kisah pasangan suami isteri yang memelihara kira-kira 700 anjing dan 100 kucing. Malah menurut kata Md Azmi Ismail yang berusia 55 tahun, kesemua haiwan peliharaannya itu telah dianggap sebagai anak-anaknya dan dia ingin menjaga kesemuanya sampai ke akhir hayatnya.

Banyaknya! Kalau dicampurkan bilangan anjing dan kucing, 800 dah tu. Tertanya-tanya juga macam mana mereka menjaganya.  9 ‘anak-anak’ kat rumah puteri ni pun dah terasa terlebih meriah kadang-kadang. Tak menang tangan nak melayan kerenah mereka bila masing-masing buat hal. Tapi setiap antara mereka ibarat permata hati puteri. Betul kata dia..puteri dan kucing mana boleh dipisahkan..hehe

Ok berbalik pada cerita 700 anjing dan 100 kucing ni, menurut Md Azmi, ada pihak yang pernah menawarkan untuk membeli anjing peliharaannya namun dia terpaksa menolak kerana rasa sayangnya pada kesemua haiwan tersebut.

Malah walaupun dia dan isteri menerima padangan negatif dan cemuhan dari masyarakat sekeliling, dia tetap akan terus memelihara kesemua haiwan tersebut kerana simpati melihat nasib mereka yang seringkali terbiar di tepi jalan – sumber

p/s adventure ^_^

(Visited 85 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

31 comments

  1. Brape kali nk samak la camni..
    Emmm hanya Allah yg maha mengetahui 🙂

  2. memang mulia hati pasangan ini…

  3. PEEEHHHRR…x sanggup I..hehe… kalo stkat 2-3 ekor boleh lah kot..ni spi beratus ekor..hhmm… tah sehari bape bnyak nasik diaorang masakkan.. 🙂

  4. tak terbayang saya macam mana nak jaga 700 ekor anjing dan 100 kucing..

  5. Assalammualaikum.

    Menolong makhluk Allah tu, tugas yang mulia.
    Moga pasangan ini dapat rahmat dariNya..

    700 ekor puteri..kita kalau satu pun tak terjaga.. nak merungut salu tu adala,hehehe

  6. Terbaca kisah ni kat FB haritu 🙂
    800? Tersangatlah banyak nak dijaga. Hehe

  7. agak sensitif pd masyarakat perkara ini wlu niatnya murni…apapun niatnya hanya Allah jua yg maha mengetahui dan membalasnya 🙂

  8. bagi pendapat saya la, dalam islam “MANA” ada suruh kita hina anjing, xda pon, malah disuruh berbaik dan penyayang terhadap haiwan. Yang dikata haram itu adalah memakannya, itu sahaja. Akan tetapi secara peribadi lebih baik urusan bela anjing tu diletak pada tangan bukan islam, dan kita orang islam pula mestilah berbaik dengan binatang binatang termasuk anjing agar masyarakat faham yang kita umat islam x hina anjing cumanya x digalakkan bela anjing, tu ja dan anjing bukannya haiwan belaan didalam rumah

    • yer memang betul tu juan…puteri setuju

      tapi mungkin mereka dah sayangkan kesemua haiwan itu dan bukan mudah untuk berpisah. Moga niat mulia mereka itu mendapat balasannya nanti kan 🙂

  9. Banyaknya…camne dia jaga ye & brp kos perbelanjaan satu hari …

  10. tak salah niat beliau..cuma binatang tu mmg da haram di sisi agama…kalau pun kesian apa salahnya hantar kat pusat pemulihan haiwankah…baik betul hati pakcik n makcik ni…cuma tak kan nak hari2 samak???apa pandangan puteri?

    • sekarang ni rasanya dah bertahun-tahun mereka menjaga haiwan-haiwan tu..pasti susah nak berpisah. Lagipun dah 800 haiwan kesemuanya. Kalau di hantar ke pusat pemulihan haiwan sekalipun..entah diorang nak terima ke tidak…banyak sangat kan.

  11. wahh bole buka zoo anjng ngn kucing tu..huuu..
    yaya kt uma kucing seko pon da ponin..heee

  12. Hatimi Tahirruddin

    mak ai…byknya….mmg taktau la camne dia nak cari duit utk bagi makan kat binatang2 kesayangan dia tu….

  13. Kepada Suami Isteri yang hati mulia itu, kami ingin memberi sumbangan yang mana kami mampu. Sila beri alamat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *