Tuesday , 27 June 2017
Home » berita » Dibunuh Hanya Kerana Memandang Lelaki

Dibunuh Hanya Kerana Memandang Lelaki

Puteri nak kongsikan dengan korang semua, satu tragedi yang berlaku di Khasmir, Pakistan yang buat puteri terfikir. Tragedi dimana  Anosh Zafar, gadis yang berusia 16 tahun, telah dibunuh oleh kedua ibu-bapanya dengan alasan gadis ini telah mencemarkan nama keluarga kerana telah memandang dua budak lelaki yang menaiki motor.

Berdosakah seorang wanita andainya dia memandang lelaki yang lalu lalang?

Ibu bapa Anosh Zafar bertindak kejam dengan memukul mangsa dan kemudian  mencurahkan asid ke mukanya dan membiarkannya sehingga mati.

Tindakan kejam mereka disedari kakak mangsa yang berasa curiga kerana tidak dibenarkan untuk melihat wajah adiknya buat kali terakhir sebelum pengebumian. Kakak mangsa bertindak membuat laporan polis dan kedua ibubapa gadis malang itu telah ditangkap. Dan akhirnya mereka mengaku melakukan tindakan kejam itu.

Kalau yer pun ibu bapa gadis malang itu ingin mendidik anak untuk menjaga maruahnya sebagai seorang wanita, pastinya itu bukan caranya.

Satu lagi yang mengejutkan adalah kajian mendapati pada tahun lalu sahaja, seramai 943 wanita telah dibunuh dengan sembilan mangsa telah dipotong hidung, 98 lagi didera, 47 dibakar manakala 38 orang diserang dengan asid di Pakistan.

Ternyata zaman semakin maju, namun tahap pemikiran sesetengah penduduk dunia masih jauh ketinggalan.

Mendera dan membunuh bukan cara untuk mendidik.

p/s nak mulakan bulan ni atau bulan depan? hurmm

(Visited 91 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

63 comments

  1. Ya Allah.. 🙁 sedih nya..

  2. Kejam sangat kot, tengok aja pun (-_-)”…kenapala dengan sesetengah manusia ni… kejam tak kena tempat…

  3. Ya Allah.. baru tau ada kes macam ni kat sana. banyak pulak tu.. T_T

  4. masyarakat dunia lain mmg macam2 kisah…ermm

    sedih…

  5. kejam sangat tu.. Ya Allah

  6. kalau tak ada agama, mcm tu la jadinyeeee…..Subhanallah!

  7. apa nak jadi dengan dunia hari ini…kejam..#apa yg puteri nak mulakan tu??

  8. tak patut perkara mcm ni berlaku di zaman moden ini

  9. pemikiran kat sana masih kuno. maybe faktor kepadatan penduduk dengan kekurangan pendidikan.

  10. ye la cara yg digunakan tu kejam sgt la,smpai mati…
    p/s:apa yg nk mulakan bln ni or depan tu?

  11. Ya ALLAH sedih nya.~! Zaman semakin maju, tp pemikiran sesetengah org masih lagi jauh ketinggalan. =(

    dunia akhir zaman….

  12. gila betul lah diaorang nih

  13. sampai hti mak bapak dye

  14. amalan area sana agak terburu2 bila menghukum & mudah berlaku zalim…

  15. Kejamnyer cra org kat sana tu…
    ngeri plak kalu tbyg cmne dia wat tu..
    haii..dunia mcm2 skrng..kejam dan xberperikemanusiaan
    mcm tu la org kalau tiada pegangan agama yg betul..
    dah diberi akal tp xtaw nk gunakan..hmmm

  16. kalau betul budak 2 buat salah,
    denda je la dengan apa yg Allah suruh
    nie ikut nafsu nie

  17. sape yang gampang sangat nih..

  18. sampai macam tu sekali.. huhu.. kesian..

    p/s: mulakan ape sis? e-novel baru? hehe

  19. tgk pun salah? x patut btol la.

  20. memang kesian

  21. aih… diorg nie extremist btul aa..

  22. inilah yg jd bila menyimpang dr ‘jalan’ sebenar..zalim!

  23. wow..seriously?? seyes xtahu =.=’ mmg dh lama xhadap paper.hehe

  24. teruk betul cara diorang mengajar anak….

  25. sanggup dorang wat camtu kat anak sendiri, dunia2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *