Khasiat Sayur-Sayuran

 

Korang suka makan sayur tak? Ramai yang tak suka makan sayur-sayuran, lebih-lebih lagi budak-budak dengan alasan sayur tu rasanya pahit. Sayur-sayuran sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan mampu mengubati dan mencegah pelbagai jenis penyakit.

Sayur-sayuran mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, protein dan karbohidrat. Antara sayuran yang biasa kita makan dan memiliki khasiat mengubati yang tersendiri adalah :-

TIMUN
– merawat masalah cacing pada kanak-kanak.
– merawat sakit tekak
– mengembalikan suara yang hilang akibat batuk

TERUNG PIPIT
– meredakan sakit perut yang berterusan
– mengubati retak kulit pada kaki

KENTANG
– merawat penyakit batu karang
– mengatasi masalah jerawat dan bisul
– merawat kudis dan luka

TOMATO
– mengekalkan kecergasan badan
– melicinkan kulit

BAYAM
– merawat penyakit kurang darah
– menambahkan tenaga

PERIA
– penawar untuk penyakit kencing manis
– penawar batuk pada kanak-kanak

KACANG BUNCIS
– membantu menurunkan tekanan darah
– mengawal metabolisme gula dalam darah
– membantu menurunkan berat badan

LOBAK PUTIH
– merawat masalah ketidakhadaman

KOBIS
– mengubati penyakit ulser
– menurunkan paras kolestrol
– meredakakan saraf dan menenangkan fikiran

DAUN SALAD
– menenang dan melapangkan fikiran
– menghilangkan rasa dahaga
– melancarkan sistem pernafasan

Diharap selepas membaca ini, ramailah yang akan mula makan sayur-sayuran.

p/s tanpa sayur terasa tak lengkap makanan tu.

(Visited 202 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

39 thoughts on “Khasiat Sayur-Sayuran

  1. ayie suka makan sayur…klu mkn tak ada sayur mcm tak der selera jer…hehe

    dlm senarai tu ayie suka sayur…Timun, Kentang, Kacang buncis, Lobak dan kobis πŸ™‚

Comments are closed.